Masalah hb rendah
Hai mommy’s..boleh sahre tak cara nk maintain hb semasa pregnant dan rutin harian pemakanan yg betul?

Dulu hb saya pun low juga bila dah nak masuk 2nd trimester. Maybe fasa baby nak membesar, keperluan zat makanan pun semakin bertambah dan berkongsi dengan kita. Saya try makan buah jambu batu, oren, epal merah/hijau, kurma, kacang hijau (bubur/icecream homemade), ceri merah, prune, kacang badam, walnut, kuaci, gajus, kerang, hati ayam/lembu, daging, minyak zaiton, telur rebus, sayur sawi, bayam merah/hijau, kailan, carrot, ikan sardin segar (bukan tin ya)& ikan bilis. Selain tu elakkan kopi & teh, supaya badan boleh serap ubat klinik tu semua dengan baik. Jarakkan waktu makan ubat tu dalam 2 jam selapas makan. Konsisten masa yang sama setiap hari (Wajib). Jaga waktu makan sarapan, tengahari dan malam. Minum air secukupnya dan letak borol air mineral kat banyak tempat yang kita boleh capai. 1 liter air untuk 25 kg berat badan. Kalau berat kita 50 kg, maka keperluan air tu dalam 2 liter sehari. Makan yang mana ada je masa seminggu before checkup tu, ikut portion suku²separuh (karbohidrat- suku, protein-suku, vitamin&fibre -separuh) dan dijadikan makanan snacking. Setakat ni hb konsisten atas 13.0. Alhamdulillah. Semoga Allah mudahkan urusan sis juga dan diberikan kesihatan yang baik buat baby dan ibunya. InsyaAllah amin.😊
Baca lagi


