Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Annie Liau Fui Vun (Pakar Pediatrik dan Laktasi)
Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Autisme kepada salah seorang pakar pediatrik kami memandangkan hari ini adalah Hari Autisme Sedunia dan kebanyakkan penghidap Autisme bermula dari kanak-kanak. Dr Annie Liau Fui Vun merupakan doktor pakar pediatrik dan laktasi, ‘Tiny Tots Children Specialist Clinic’ di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Tujukan soalan anda kepada pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Jumaat 3 April 2020, pada jam 11 pagi. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Autisme . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas pukul 11 berkemungkinan besar tidak akan dijawab.
Hi Dr. Sy hendak bertanya kerisauan saya tentang anak lelaki sy yg berumur 2 tahun dia belum boleh berbicara banyak ,boleh menyebutkan beberapa ayat saja,dia boleh memanggil perkataan papa dengan lancar sejak umur bayi (walaupun papa selalu tidak ada dirumah /bekerja),tetapi memanggil sy ibu boleh dihitung dengan jari ,dia tidak memanggil saya .. - Bila saya ,kami memanggil namanya dia tidak menjawab mahupun menoleh. * Dia seorang yang aktif,suka belajar melukis,memasak & backing (dia tahu fungsi peralatan memasak) ,dia suka bertanya apa ini (sejak usia masuk 2 tahun)?... -mainan yg dia suka dia main dia tak suka langsung tidak mahu main. -sy melihat dia boleh memahami arahan tapi bila nama dipanggil dia tidak akan menoleh dan tidak memanggil mama. -apabila tidak puas hati dan marah dia akan membuang semua barang yang dia ada. - Dia boleh mengenali sifat seseorang itu , dia tidak berkawan dengan orang itu jika orang itu garang dan nampak kasar,dia hanya akan selesa berkawan dengan orang yang lemah lembut dan menunjukkan kasih sayang pada kanak-kanak -Adakah ini ciri2 autisma tahap sederhana atau bagaimana?
Baca lagiGreetings Dr. I have an enquiry here. My 9months old baby, he is an active baby, he has good eye contact, hear when we called for him, responding to us, his parents, very well. However, he didn't talk back like ma-ma, ba-ba, da-da very much. It's really concern me. He does make sound when he play, really loud, however those word, even when we teach him, he won't pick it up. He did say tatatata nanana but not much. He really like to blow raspberries. Is this autism do we speak about? I really worry but his father just said that he might be a late talker, just like him before. Maybe he just want to console me. Help me here Dr. Please give me answer. Thank you so much Dr.
Baca lagiI agree with you Dr. Thank you so much.
Melalui pembacaan, autisme dipanggil Spectrum Autism Disorder. Apa tanda2 awal kanak2 ada autism dan masalah pertuturan. Ada mild autism , ada severe autism. Kanak2 mild autism boleh dengar dan ikut arahan yg mudah. Berbeza dgn kanak2 severe autism. Saya nak berkomunikasi ibarat bercakap dgn dinding. Bagaimana hendak berkomunikasi yg berkesan dgn kanak2 severe autism? Kanak2 severe autism bila nak sesuatu tak boleh bercakap dalam bahasa yg ibu bapa, waris fahami. Bagaimana hendak bimbing kanak2 autism bertutur dengan baik? Kanak2 autism ada bercakap bahasa yg kurang difahami mcm bunyi ahaaa, ahaaa. Bagaimana nak atasi masalah pertuturan ini?
Baca lagiDi rumah , ibu bapa boleh cuba bertutur dalam ayat yang pendek dan jelas , dan ulang jika perlu . Ada banyak kaedah yang boleh membantu seperti PECS ( Picture Exchange Communication System), Kaedah Hanen , ABA ( Applied Behavioural Analysis ) , video modelling . Ibu bapa boleh mendapat tips daripada Speech Therapist .
Hi doctor . Macam mana nak bezakan anak autism dgn speech delay. Anak saya 1tahun 11 bulan. Words dia tau baru dlm 10-20 words. Pergaulan, eye contact,attention so far okay. Cuma kalau dia xpuas hati dia akan cmpak barang2 yg berdekatan dgn dia. Dulu kalau dia marah dia akan gigit je apa yg ad dekat dia, sperti bantal, bucu meja, bucu sofa. Tp mcm da xbuat gigit2, just campak barang. Normal ke ea? Soalan ke2, boleh ke anak dilahirkn normal tp membesar menjadi autism? Apakah cara cara untuk mengelakkan dr terjadi perkara seperti ini? Terima kasih
Baca lagisoalan satu Puan boleh rujuk jawapan saya sebelum ini berkenaan ciri-ciri autisme. soalan kedua, autisme ialah gangguan kecelaruan sistem neurologi (saraf ) yang menyebabkan kelewatan and keluarbiasaan perkembangan anak, ini bermaksud anak autisme semasa dalam kandungan and semasa lahir , otak and sistem saraf yang dibentuk adalah tidak normal . Tetapi ciri-ciri autisme hanya ketara kepada penjaga selepas 1 tahun .
Apa beza diantara autism dan speech delay ye doktor? Adakah speech delay tu tanda anak austim? Anak saya 4 tahun masih belum lancar bercakap. Dia lebih banyak bercakap menggunakan bahasa inggeris daripada melayu. Tapi bila dia bercakap ada beberapa vocab yang dia tak tahu dia guna bahasa baby tapi kami masih boleh faham apa yang dia cuba cakap. And then, dia susah nak fokus terhadap sesuatu benda dan sometimes dia tak boleh follow arahan yang kami beri.
Baca lagiSpeech delay merupakan salah satu ciri yang ketara untuk anak autisme . Selain speech delay, anak autisme juga ada ciri-ciri perkembangan social yang lewat / luar biasa dan kelakuan yang berulang-ulang /pelik, isu sensori, sukar menerima perubahan dalam rutin , minat terhad yang luar biasa dan ssangat intensif .....anak puan menunjukkan ciri-ciri kelewatan speech yang ketara . Saya cadangkan Puan untuk membuat temujanji dengan doktor untuk penilaian lanjut.
Hi doktor..adakah anak autisme ada peluang berjaya dalam hidup?..dan kebanyakan minat anak autisme ni fokus dan minat hanya pada satu perkara shj contoh melukis jalanraya...bagaimana cara tanam minatnya selain melukis?..bila melukis dia hanya lukis jalanraya shj, itulah minatnya dari dia kecil lg, sekarang anak sy sudah 12thn..alhamdulillah walau dia seorang slow leaner tapi ada sisi lain yg buat sy bangga dgn dia..tqvm Dr Annie.
Baca lagiSemua anak , termasuk anak autisme ada potensi sendiri masing-masing. Mereka ada kekuatan dan cabaran masing- masing. Cadangan saya ialah mendedahkan anak-anak kepada aktiviti-aktiviti yang berlainan . Apabila mendapati anak minat atau ada potensi dalam satu bidang, kita memupuk and memperkuatkan lagi kemampuannya dengan memberi galakan dan memberi rangsangan yang diperlukan. Semua anak-anak autisme tidak sama dan progress dengan kelajuan yang berlainan.
Sebelum ni anak saya ada tanda2 mcm autisme. Tapi skrg sy dh x nampak autisme, sy nampak dia lebih pada hyper. Lebih ke arah ADHD. Sgt ssh utk fokus. Bila kita tak habis cakap lagi dia dh potong. Hyper dia terlalu hyper. Sy ada refer hospital, dia kata bln 8 ni baru nk tgk, skg dh 5 tahun. Masih tak sekolah lagi.. Soalan sy,ada kah autisme ni blh jd hyper juga? Dulu dia ada sikap suka buat perangai berulang 2 mase umo 2 tahun.
Baca lagi> 50 % pesakit autisme pun ada ciri-ciri ADHD ( Attention deficit hyperactivity disorder ) . Ini bermaksud sesetengah anak autisme berkemungkinan juga mempunyai diagnosa ADHD .
Hai dr. Sy nak tnya. Sy dh empat kali scan. Kali pertama scan masa 6week nmpak bby. Dalam kantung. Kali kedua scan 8week bby dah tak nmpak. Kantung kosong. Kali ketiga scan pon sama. And ke empat scan melalui bawah pon bby dah tak nampak. Tapi kantung membesar mcm biasa. Tp bby tak nampak. Ade kah baby tak jadi?.. Sy masih belum cuci. Lagi dua minggu. Pergi blik hospital untuk scan lagi.
Baca lagiSis.. Sy bca dkt ats, soalan ni hnya berkaitan dgn autism shj.. Selain Dr autism doc xjwb.
hi doc & selamat sejahtera, anak saya umur mencecah dalan 2 tahun , anak saya sukar nak bercakap, tak sampai 20 perkataan dia , mybe i though dia lambat bercakap sbb dia mix chinese n malay ,kdg speech dgn dia bahasa malag,eng & mandarin,its because different use language ? so she got confuse? & if she mengamok dia selalu pukul kepala dia . help me doc 😊 thank you
Baca lagiAnak Puan ada kelewatan bercakapan , kebanyakan 2 tahun sudah menyambung 2 perkataan seperti " nak makan ", " minum susu " . Saya cadangkan penilaian selanjut oleh doktor . Penggunaan beberapa bahasa tidak akan memyebabkan kelewatan pertuturan yang serious.
Hi Doktor... Anak saudara sy kembar... Mmg selalu pergi therapy.. normal ke utk anak² saudara sy ni utk xnak makan nasi..mereka hanya makan roti.. kerepek²..biskut.. dan minum susu shj. Untuk pengetahuan Doktor adik sy dh usaha utk pelbagaikan makanan yg berkhasiat tp tetap mereka xnak makan. Usia 4tahun kembarnya. Ada x caranya utk mereka terima makanan sebenar.
Baca lagiCuba sis buatkn bebola nasi atau cucur nasi.. try n error . Kot2 ank saudara mkn ke
Mama bear of 1 energetic son