Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nirmala Ponnuthurai, Pakar Dermatologi Pediatrik

Hai pengguna yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai penyakit kulit atau EKZEMA yang sering dialami oleh bayi. Dr Nirmala Ponnuthurai merupakan Pakar Dermatologi Pediatrik dalam bahagian masalah kulit yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Khamis, 18 Jun 2020 pada pukul 11 pagi. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan masalah kulit atau EKZEMA sahaja. Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nirmala Ponnuthurai, Pakar Dermatologi Pediatrik
54 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

hai doktor ..anak saya masa umur 2 bulan lbih kena ruam susu..sy igt ruam susu biasa Dah msuk 3 bulan mkin truk pipi dia gatal smpai bdarah..mcm2 alternatif sy cuba dari ubat farmasi smpai bahan smulajdi spt aloe vera.. Org ckp ank saya mcm kena eczema...suami sy pula ada keturunan resdung,sy cuba pntang mkn makanan yg gatal spt ayam sbb tkut ank kena ruam smula n gatal2.. skrg dh okay pipi lpas sy jmpa doktor di klinik..dia beri ubat sapu warna putih tp xtau plak nama ubat tu.. Tp anak sy kerap naik gatal merah2 kat muka klu mkn atau lpas mndi ke.. sensitif jgk ank sy ni..jadi sy nk minta nasihat doktor utk jaga ank yg kulit sensitif ni..sy mmg xberi mndi dgn sabun dan xletak bedak.. sbb tahu anak sensitif Risau sgt kalau naik smula ruam ni..

Baca lagi
Post reply image
4y ago

Hai Nadia, Anak ada ekzema pada kulit bahagian pipi. Tolong jumpa doktor kulit. Ekzema ialah penyakit kulit kronik..ia boleh berulang dan perlu rawatan susulan.

Assalamualaikum Dr. Saya ada keloid lebih kurang 5 tahun. Ambil injection steroid setiap 6 minggu di hospital sebelum mengandung. Sekarang mengandung tak ambil injection sebab takut apa2 risiko kepada baby. Soalan saya : 1. Insya Allah saya mengandung kan baby girl. Nanti baby girl saya pun tak boleh tindik telinga juga ke macam saya? Baby akan mewarisi keloid saya ke? 2. Kata laa nak bersalin nanti, saya kena ceasar. Keloid akan tumbuh dekat parut ceasar ke? Ada cara nak cegah ke? Kalau bersalin normal & terkoyak/digunting, keloid akan tumbuh juga ke dekat bahagian yang dijahit? Sekian saja soalan saya. Harap sudi menjawab. Terima kasih 😇

Baca lagi
4y ago

Terima kasih Dr 😇

Just nak share pengalaman anak kena ruam susu. Masa pantang kat kg muka ok je. Balik rumah pantang sendiri muka anak jadi teruk dlm masa 2 hari je. Start naik merah tu saya ade sapu bedak & bby oil. Tp jd makin worst siap jd kuping. Risau betul terus bawak klinik pakar kanak2. Alhamdulillah dalam masa 3 hari dah flawless balik muka anak. Ni muka anak masa 11 jun. 14 jun totally ok dah muka. Salah saya lepas nyusukan baby tak lap muka dgn air. Bby kuat nyusu & muntah sbb over minum. Tu sebab jadi mcm tu. (pengalaman anak first)

Baca lagi
Post reply image
4y ago

klinik pakar kanak kanak di mana ye

VIP Member

Selamat sejahtera Dr. Anak saya timbul bisul sebanyak 3 kali dalam tempoh 3 bulan ini sejak dia berusia 7 bulan Dua kali di kepala dan satu di tepi mulutnya. Sekarang dia berusia 9 bulan. Adakah timbulnya bisul tersebut disebabkan anak ada alergi terhadap makanan tertentu atau disebabkan ada masalah kulit lain? Untuk pengetahuan Dr, anak telah menjalani i&d sebanyak 2 kali di bahagian leher dan rahang kanannya. Dan adakah recurrent abscess yang berlaku ini berkemungkinan disebabkan kulit anak mempunyai masalah?

Baca lagi
4y ago

Hi Siti, bukan normal untuk kerap timbul bisul hingga perly I& D saya risau anak mungkin ada masalah immune. Tolong periksa dengan pakar pediatrik untuk siasatan lanjutan.

VIP Member

Saya nak tanya.. Badan saya gatal sangat especially kat bahagian paha.. Lengan.. Betis.. Dada... kadang kadang sebab tahan gatal.. Saya garu sampai luka.. Sebelum pregnant lagi saya alami masalah ni.. Masa pregnant lagi teruk rasanya.. Gatal tak hilang²..saya ada pergi jumpa doktor di klinik swasta.. Doktor just bagi losyen eczema sebab saya xboleh makan ubat sebab sedang preggy.. Pakai lotion tu pun still xhilang gatal.. Apa masalah kulit saya sebenarnya ya doktor.. Kulit saya dah jadi xcantik sekarang..

Baca lagi
Super Mum

Hye doktor... Saya nak tanya... 1.Ekzema boleh berjangkit tak? 2.Kalau pernah jadi masa kecil, bila besar akan jadi balik tak? Sebab suami saya baru lepas kena ekzema. 3. Kalau ayah/ibu kulit jenis sensitif/kering, adakah anak berkemungkinan akan dapat jenis kulit sensitif/kering jugak? 4. Adakah faktor pemakanan memainkan peranan jugak dalam masalah kulit ni? 5. Minta doktor suggest jenis krim/lotion yang sesuai untuk anak yang kulit jenis sensitif/kering. Terima kasih banyak doktor...

Baca lagi

Hi doktor. Saya mengalami masalah gatal2 di bahagian celah peha sehingga menyebabkan kawasan celah peha menjadi hitam. Bagaimana cara untuk menghilangkan gatal2 & hitam di celah peha. Setakat saya dapati, kulit di celah peha amat senstitif dengan bahan pelembut pakaian. Saya berhenti menggunakan pelembut pakaian, kegatalan berkurangan tapi masih ada & hitam di celah peha tidak hilang walaupun tidak teruk seperti sebelumnya. Apakah cara terbaik yg doktor blh sarankan?

Baca lagi
4y ago

Rawatan yg bagaimana doktor blh sarankan. Berjumpa dgn doktor pakar kulit @ saya boleh dptkan ubat di farmasi sahaja?

Hai doktor, Adakah zat besi & hormon memainkan peranan penting untuk kulit yg gatal? Sbb sy ada msalh kulit lebih 5 thun dbhgian kaki atas tetapi masa sy pregnant mslh kegataln kulit tu brkurangn & lps sy bersalin masalh tu kembali semula.. Apa saranan yg bagus untuk sembuhkn kegatalan pd kulit yg boleh mmbuat smpi luka.. Smaada sy perlu ambil supplement atau mnjaga pmkanan sy.. Terima kasih

Baca lagi
4y ago

Hai, Zat besi dan hormone tidak memainkan apa2 peranan dalam kulit gatal.

Hai doc 💖 Suami saya mengalami eczema dan bunga badan. Adakah penyakit ini dpt tersebar kepada saya dan baby ? Baby saya berusia 5bulan dan baru baru ini terdapat rashes di kaki dan ada biji biji merah di peha beliau. Boleh doc cadangkan kepada saya ttg penggunaan sabun dan bahan bahan chemical yg patut saya gunakan di rumah ? Dan cara penjagaan untuk penyakit spt ini.

Baca lagi
4y ago

Salam Anis, Ekzema tidak sebar melalui sentuhan. Jika anak mewarisi gene ekzema dari suami, anak mungkin ada peluang untuk mendapat ekzema. Untuk penjagaan kulit pilih sabun yang tidak mengandungi pewarna dan perfume. Pilih jenis "Gentle cleanser". Sentiasa lembapkan kulit dengan pemakaian pelembab.

Hai doktor. Kandungan sy dh masuk 27 weeks, sy mengalami gatal2 yg teruk di kaki dan perut sehingga naik bintik2 kecil. Setiap malam sy tidur tak lena. Dah pergi klinik, doktor ckp bkn alergic maybe simpton pregnant. doktor bg ubat cream dan ubat makan. Tapi still sama. Sejak jadi ni sy rasakan bayi sy dh kurang gerak mcm selalu. Apakah yg perlu sy lakukan?

Baca lagi
4y ago

Salam, Ruam yang timbul waktu mengandung dipanggil "Prurigo of Pregnancy". Biasanya ia akan berkurang selepas anak lahir. Tolong semak dengan doktor ubat makan yang diberi, jika jenis yang mengantuk seperti Piriton ia boleh menyebabkan bayi kurang aktif