Sesi Tanya Pakar bersama Dr Florence Wong (Pakar Pediatrik)

Hai pengguna yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai DEMAM SELSEMA ATAU SELSEMA. Kami pasti anda mungkin keliru tentang penyakit ini. Jadi, anda boleh menanyakan soalan PERBEZAAN atau bagaimana untuk MENGENAL PASTI simptom & sebagainya. Dr Florence Wong ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Jumaat, 12 June 2020 pada pukul 3 petang! Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan deman atau demam selsema sahaja. Soalan yang tidak berkenaan akan di buang dan pertanyaan selepas pukul 3 petang (Jumaat) berkemungkinan besar tidak akan dijawab

Sesi Tanya Pakar bersama Dr Florence Wong (Pakar Pediatrik)
63 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hi Doktor, 1. Boleh tak Doktor jelaskan simptom paling ketara apabila kanak² dijangkiti demam dan demam selsema? Supaya parent alert dan dapat rawatan yang betul. 2. Adakah natural remedies membantu/digalakkan sementara menunggu untuk dapatkan rawatan di hospital? Contoh guna bawang putih yang dibakar untuk keluarkan hingus/kahak dan sebagainya. 3. Apakah kesan paling buruk boleh dialami kanak² sekiranya lambat dapatkan rawatan? (Contoh : sawan/kegagalan fungsi organ dalaman dan sebagainya) 4. Boleh tak Doktor jelaskan macam mana suhu badan yang terlalu tinggi boleh menyebabkan sawan? Terima kasih 🤗

Baca lagi
4y ago

Thankyou so much Doctor. God bless you 🌹

VIP Member

Hai Dr, Baby sy ada sedikit demam dan selesma bbrp hari ni . Pada suntikan 2 dan 3bulan nurse kk ada bg ubat demam sekiranya baby demam slps suntikan dan alhamdulillah baby sy xde demam setiap kali suntikn. Cuma kebelakangan ini baby sy tidk berapa sihat. 1.Bole ka sy mmberikn ubat demam yg di berikn nurse kk semasa suntikan mengikut dos yg pihak kk tetapkan. 2. Adakah ubat demam yg pihak kk berikan, sy boleh gunakan pada musim2 akan datang sekiranya baby sy mengalami gejala demam. 3. Adakah garlic balm yg ramai ibu2 syorkan selamat untuk saya gunakan pada baby ketika selesma Terima kasih doktor😊

Baca lagi

Hi doc, baby saya berusia 1bulan 20hari. Masalah nya adalah, hidung anak sy akan tersumbat setiap kali lewat malam, tetapi tiada flu yg kelihatan. Cuma akan terdengar seperti bunyi kahak di bahagian batang hidung dan dada setiap kali bernafas. Ia menyebab kan anak saya sukar untuk bernafas, tidak dapat tidur dan tidak dapat menyusu sampai ke pagi. Bila hari siang, dia akan sihat seperti biasa. Tiada ubat diberikan jika ke klinik kerana setiap kali ke klnik keadaan baby sangat sihat pada waktu siang, hingga lah lewat malam. Apa yang harus saya lakukan? Terima kasih doc.

Baca lagi
4y ago

Mungkin mukus yang melekit atau kering menyebabkan hidung tersumbat, ibu boleh gunakan spray seawater untuk membersihkan hidung anak sebelum menyusu pada waktu malam/ tidur.

Salam sejahtera Dr Florence. Anak sy 1y9m old lelaki, congenital hypothyroidism patient. Disebabkan dia ada hypothyroid badan mcm lembap2 sebab selalu berpeluh, so malam mmg kami akan tido dalam aircond. Tapi tgh2 malam biasanya dia akan bangun dan terbatuk dan boleh dgr mcm ada hingus dalam hidung dia, biasanya kami akan cover cot dia dgn towel sbb tak nak bagi sejuk sangat sebab kalau guna kipas saja, confirm badan dia berpeluh sangat. Ini normal ke Dr? Sy belum bagi dia vaccine pneumococcal, should i give him or not? Or Is it too late?

Baca lagi

Hi Doktor, 1. Adakah pengambilan vitamin c atau multivitamin boleh mencegah anak² dari terkena penyakit selsema atau demam selsema? 2. Apakah perbezaan selesema dan demam selsema kerana gejala selsema juga disertai dengan badan yg panas (atau panas dalam)? 3. Bagaimana kanak² boleh terkena jangkitan selsema?..adakah dari udara yg tercemar, imun badan yg tidak kuat atau sebagainya. 4. Apakah cara terbaik menjaga tahap kesihatan anak² agar tidak mudah terkena jangkitan selsema atau demam? Tq Doktor atas maklumbalas.

Baca lagi
4y ago

1. Tiada kajian yang menunjukkan vitamin C dan multivitamin boleh mencegah selsema. Yang penting ialah menjaga kerbersihan diri dan makan makanan yang seimbang. 2. Terdapat perbezaan antara selsema dan demam selsema. Demam selsema simptoms lebih parah. Simptom demam selsema biasanya akan mendapat demam tinggi yang berlarutan sekurang-kurangnya 3 hari, sakit sendi , mengeletar ( chills) , lesu yang berlarutan untuk 3 minggu, batuk teruk dan sakit kepala. Selsema simptoms lebih mild. Jarang dapat demam, bersin, sakit tekak, hidung tersumbat, batuk ( mild) dan sembuh lebih cepat. 3. Selsema menjangkiti anda apabila virus merebak melalui titisan air yang tersebar apabila orang yang telah dijangkiti virus bersin, batuk atau disebarkan secara sentuhan seperti titisan pada sapu tangan atau objek lain yang telah disentuh pesakit yang menghidap selsema contohnya tombol pintu dan telefon atau mainan kanak-kanak 4. Cara pencegahan ialah mendapatkan Influenza vaksin setiap tahun, pratikkan

Selamat petang, doc.. Sy nak tanya.. Anak saya pernah sembelit teruk pada hujung tahun 2018..tp skrg sejak mengamalkan prebiotik arabic gum almana yg asli dr al muhayya anak saya sihat shingga sekarang dan masih mengamalkan sebagai makanan tambahan.. Soalan saya.. Perlukah saya menghentikan pengambilan prebiotik arabic gum tersebut? Memandangkan anak saya sihat sepenuhnya.. Tetapi byk khasiat di dalam prebiotik tersebut.. Terima kasih

Baca lagi
Super Mum

1. Anak saya umur 1 tahun 11 bulan, apabila kena selsema, mesti akan mengakibatkan telinga dia berair seakan2 menanah... Mcm mana nak ngelakkan kalau selsema x ke telinga? 2. Saya skrg dah 34 week mengandung, nak kata selsema, kdng2 mcm selsema, dari first trimester sampai trimester akhir ni, kdng2 1 masa tu, dia akan bersin2 yg teruk, hidung pun berair2, apa puncanya?

Baca lagi
4y ago

Saya selalu bersin, bila duduk tempat berhabuk, pagi2 pun kerap bersin, mengalir air hingus warna jernih

Hi Dr! Anak saya 4 bulan. Bila buka aircond time tidur, saya dengar dia macam ada kahak. Tapi bila tak buka aircond, dia berpeluh sampai ada ruam2 di leher dan belakang kepala. Bila off aircond, tak dengar kahak. Sy nak vaksin kan baby (rotavirus and pneumococcal) tp is it ok cucuk now? Since kejap ada kahak kejap tak ada kahak. Tq doc!

Baca lagi
VIP Member

Hi Dr, so far anak saya umur dh 8bln tak ada lgi demam teruk or demam selesama yang berpanjangan. Alhamdulilah. Akan tetapi, before demam or demam selesama teruk ada saya sapukan dihidung minyak kelapa dara atau saya titiskan sedikit didalam susu dia. Adakah ia akan mendatangkan keburukan utk anak saya??? Saya nak thu samaada ia elok atau tidak. Thanks Dr 😊👍

Baca lagi
4y ago

Minta maaf Puan, saya tidak berpengalaman atau knowledge pasal ubat herba yang Puan berikan.

Hi doc, Anak sy baru 27 days. Dan bila dia menangis, menangis sampai hilang suara. Dan suara dia akan serak. Bila tidur, akan berbunyi nafas kuat, tapi bila perhatikan pola pernafasan, tiada lekuk dalam seperti yg diajar masa dia di wad. Boleh ke menangis sampai hilang suara menyebabkan dia selsema? Dia jenis cepat berpeluh jadi waktu malam kami akan on aircon.

Baca lagi
4y ago

Ya suara bayi boleh jadi serak bila menangis kuat. Pernafasan yang kuat tu kadang-kadang disebabkan mungkin hidung tersumbat. Liang hidung bayi kecil , sekiranya ada mukus yang kering ( tahi hidung) yang besar, maka pernafasan bayi pun lebih kuat. Boleh gunakan seawater spray untuk membersihkan hidung bayi sebelum tidur. Menangis kuat tidak akan menyebabkan bayi selsema.