Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Annie Liau Fui Vun (Pakar Pediatrik dan Laktasi)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Autisme kepada salah seorang pakar pediatrik kami memandangkan hari ini adalah Hari Autisme Sedunia dan kebanyakkan penghidap Autisme bermula dari kanak-kanak. Dr Annie Liau Fui Vun merupakan doktor pakar pediatrik dan laktasi, ‘Tiny Tots Children Specialist Clinic’ di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Tujukan soalan anda kepada pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Jumaat 3 April 2020, pada jam 11 pagi. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Autisme . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas pukul 11 berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Annie Liau Fui Vun (Pakar Pediatrik dan Laktasi)
61 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi Dr. Sy hendak bertanya kerisauan saya tentang anak lelaki sy yg berumur 2 tahun dia belum boleh berbicara banyak ,boleh menyebutkan beberapa ayat saja,dia boleh memanggil perkataan papa dengan lancar sejak umur bayi (walaupun papa selalu tidak ada dirumah /bekerja),tetapi memanggil sy ibu boleh dihitung dengan jari ,dia tidak memanggil saya .. - Bila saya ,kami memanggil namanya dia tidak menjawab mahupun menoleh. * Dia seorang yang aktif,suka belajar melukis,memasak & backing (dia tahu fungsi peralatan memasak) ,dia suka bertanya apa ini (sejak usia masuk 2 tahun)?... -mainan yg dia suka dia main dia tak suka langsung tidak mahu main. -sy melihat dia boleh memahami arahan tapi bila nama dipanggil dia tidak akan menoleh dan tidak memanggil mama. -apabila tidak puas hati dan marah dia akan membuang semua barang yang dia ada. - Dia boleh mengenali sifat seseorang itu , dia tidak berkawan dengan orang itu jika orang itu garang dan nampak kasar,dia hanya akan selesa berkawan dengan orang yang lemah lembut dan menunjukkan kasih sayang pada kanak-kanak -Adakah ini ciri2 autisma tahap sederhana atau bagaimana?

Baca lagi
6y ago

Hi Dr. Ya saya telah bawa anak sy berjumpa doktor pakar kanak-kanak semasa anak sy berumur 1 tahun setengah tapi doktor tidak mendiagnosis dan hanya berkata dia tidak austime..hanya speech delay,Sy ingin sekiranya bertemu Dr pakar seperti puan tetapi di bandar dimana sy tinggal tidak ada doktor specialist seperti Dr .sy da buntu