Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Annie Liau Fui Vun (Pakar Pediatrik dan Laktasi)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Autisme kepada salah seorang pakar pediatrik kami memandangkan hari ini adalah Hari Autisme Sedunia dan kebanyakkan penghidap Autisme bermula dari kanak-kanak. Dr Annie Liau Fui Vun merupakan doktor pakar pediatrik dan laktasi, ‘Tiny Tots Children Specialist Clinic’ di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Tujukan soalan anda kepada pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Jumaat 3 April 2020, pada jam 11 pagi. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Autisme . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas pukul 11 berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Annie Liau Fui Vun (Pakar Pediatrik dan Laktasi)
61 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi doktor..adakah anak autisme ada peluang berjaya dalam hidup?..dan kebanyakan minat anak autisme ni fokus dan minat hanya pada satu perkara shj contoh melukis jalanraya...bagaimana cara tanam minatnya selain melukis?..bila melukis dia hanya lukis jalanraya shj, itulah minatnya dari dia kecil lg, sekarang anak sy sudah 12thn..alhamdulillah walau dia seorang slow leaner tapi ada sisi lain yg buat sy bangga dgn dia..tqvm Dr Annie.

Baca lagi
6y ago

Semua anak , termasuk anak autisme ada potensi sendiri masing-masing. Mereka ada kekuatan dan cabaran masing- masing. Cadangan saya ialah mendedahkan anak-anak kepada aktiviti-aktiviti yang berlainan . Apabila mendapati anak minat atau ada potensi dalam satu bidang, kita memupuk and memperkuatkan lagi kemampuannya dengan memberi galakan dan memberi rangsangan yang diperlukan. Semua anak-anak autisme tidak sama dan progress dengan kelajuan yang berlainan.