Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Annie Liau Fui Vun (Pakar Pediatrik dan Laktasi)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Autisme kepada salah seorang pakar pediatrik kami memandangkan hari ini adalah Hari Autisme Sedunia dan kebanyakkan penghidap Autisme bermula dari kanak-kanak. Dr Annie Liau Fui Vun merupakan doktor pakar pediatrik dan laktasi, ‘Tiny Tots Children Specialist Clinic’ di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Tujukan soalan anda kepada pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Jumaat 3 April 2020, pada jam 11 pagi. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Autisme . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas pukul 11 berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Annie Liau Fui Vun (Pakar Pediatrik dan Laktasi)
61 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sebelum ni anak saya ada tanda2 mcm autisme. Tapi skrg sy dh x nampak autisme, sy nampak dia lebih pada hyper. Lebih ke arah ADHD. Sgt ssh utk fokus. Bila kita tak habis cakap lagi dia dh potong. Hyper dia terlalu hyper. Sy ada refer hospital, dia kata bln 8 ni baru nk tgk, skg dh 5 tahun. Masih tak sekolah lagi.. Soalan sy,ada kah autisme ni blh jd hyper juga? Dulu dia ada sikap suka buat perangai berulang 2 mase umo 2 tahun.

Baca lagi
6y ago

> 50 % pesakit autisme pun ada ciri-ciri ADHD ( Attention deficit hyperactivity disorder ) . Ini bermaksud sesetengah anak autisme berkemungkinan juga mempunyai diagnosa ADHD .