Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Annie Liau Fui Vun (Pakar Pediatrik dan Laktasi)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Autisme kepada salah seorang pakar pediatrik kami memandangkan hari ini adalah Hari Autisme Sedunia dan kebanyakkan penghidap Autisme bermula dari kanak-kanak. Dr Annie Liau Fui Vun merupakan doktor pakar pediatrik dan laktasi, ‘Tiny Tots Children Specialist Clinic’ di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Tujukan soalan anda kepada pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Jumaat 3 April 2020, pada jam 11 pagi. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Autisme . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas pukul 11 berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Annie Liau Fui Vun (Pakar Pediatrik dan Laktasi)
61 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi doctor . Macam mana nak bezakan anak autism dgn speech delay. Anak saya 1tahun 11 bulan. Words dia tau baru dlm 10-20 words. Pergaulan, eye contact,attention so far okay. Cuma kalau dia xpuas hati dia akan cmpak barang2 yg berdekatan dgn dia. Dulu kalau dia marah dia akan gigit je apa yg ad dekat dia, sperti bantal, bucu meja, bucu sofa. Tp mcm da xbuat gigit2, just campak barang. Normal ke ea? Soalan ke2, boleh ke anak dilahirkn normal tp membesar menjadi autism? Apakah cara cara untuk mengelakkan dr terjadi perkara seperti ini? Terima kasih

Baca lagi
6y ago

soalan satu Puan boleh rujuk jawapan saya sebelum ini berkenaan ciri-ciri autisme. soalan kedua, autisme ialah gangguan kecelaruan sistem neurologi (saraf ) yang menyebabkan kelewatan and keluarbiasaan perkembangan anak, ini bermaksud anak autisme semasa dalam kandungan and semasa lahir , otak and sistem saraf yang dibentuk adalah tidak normal . Tetapi ciri-ciri autisme hanya ketara kepada penjaga selepas 1 tahun .