Sesi Tanya Pakar Bersama Khor Mei Mei, Ahli Psikologi Klinikal & Penasihat Kurikulum.

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Perkembangan Awal Psikologikal Kanak-Kanak & Bayi kepada salah seorang Ahli Psikologi kami. Khor Mei Mei merupakan Ahli Psikologi Klinikal & Penasihat Kurikulum yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Psikologi kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Sabtu 11 April 2020, pada jam 3 hingga 5 petang. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Perkembangan Awal Kanak-Kanak & Bayi . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Khor Mei Mei, Ahli Psikologi Klinikal & Penasihat Kurikulum.
58 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hi Dr, I'm a first mom and have a 1y1m old son. Saya ada beberapa soalan utk doktor. 1. Anak sy suka buat tarik nafas tp bunyi macam semput, macam dibuat2. Sbb nya bila sy tanya dan buat contoh mcm yg dia buat, dia akan buat kembali, dan selepas itu dia stop. Normal ke? 2.Dia sukar nak bina wooden blocks dua tingkat, belum pandai bermain sorting shapes and colours walaupun byk permainan jenis itu yg sy beli. Dia lebih suka masukkan dalam mulut. Tetapi adakalanya dia buat betul spt yg diajar. Cuma nya, kebanyakan permainan dia akan tolak jatuh dan campak. Adakah dikira lambat perkembangan nya? 3. Sekarang anak sy masih belum pandai cakap basic word seperti hai dan bai. Normal ke? Tapi sign language like waving ketika disuruh, dia akan buat. 4. Dia juga suka balingkan badannya kebelakang, terutamanya ketika sangat gembira bermain, kadang2 ketika sedih. Sampai kan kebanyakan terhantuk ke dinding dan lantai. Setakat ni tiada apa2 side effect. Tapi adakah ia menganggu perkembangan mental dan fizikal dia dari cara bermain dan bercakap? Terima kasih doktor.

Baca lagi
5y ago

Terima kasih doc atas nasihat, appreciate it it much

1. Bagaimana cara yg brkesan utk sy meningkatkan perkembangan emosi dan minda anak umur 6 bulan? 2. Adakah dengan mendukung anak umur 6 bln setiap masa akan membantutkan perkembangannya? Tetapi biasanya sy akn menerangkan benda di sekeliling sekiranya mendukung anak dan bersiar2 d kawasan rumah. 3. Sesuaikah sekiranya sy sudah mula expose anak sy dengan flashcard? 4. Adakah anak umur 6 bln sudah mulai memahami apa yg dilakukan oleh org di sekelilingnya? 5. Sesuaikah anak umur 6 bln didedahkan dgn tv? Walaupun rncangan itu cartoon sahaja. Atau lebih baik sekiranya dia experience benda tu scara fizikal cthnya dgn brmain scara terus dgn toys? 6. How to deal with 6months baby tantrum?

Baca lagi
5y ago

Hi Jellestah. 1. Boleh saya cadangkan mengamalkan “mindful parenting”, iaitu bertindak balas dengan anak secara bertimbang rasa dan wajar. Dengan itu, anak anda akan memperhatikan Dan belajar amalan tersebut. 2. Terdapat hasil bercampur mengenai gaya lampiran ini. Sesetengah kajian melaporkan secara positif dan beberapa dilaporkan negatif, tentang mendukung anak dgn setiap kali. 3. Sesuai 4. Saya tidak kenal pasti. Tetapi persekitaran bayi yang sedang membesar akan mempengaruhi pertumbuhannya 5. Pendedahan terhad adalah baik 6. Saya tidak dapat matlumat yg mencukupi utk menjawab soalan anda. Menjaga bayi adalah sangat stressful, dan boleh menjejaskan kesejahteraan ibu. Boleh saya mencadang anda jangan lupa menjaga diri sendiri dan buat byk aktiviti bersantai

VIP Member

Hello Ms , Soalan pertama . Baby sy baru 2bulan . Bbrapa hari yg lalu sy mandikan dia n perasan ada mcam ketulan di bawah ketiak belah kiri . Sy cuba pegang sebab nak tau sakit atau tak . Jawapannya sakit tapi ketulan tu tak bengkak or merah . Tu yg merisaukan sy . Sy ada google jugak ,tpi jwapan yg sy dapat tak puas hati . Mohon bantuan . Apa yg patut sy lakukan ?Setakat ni sy cuma sapu minyak angin je . Soaln kedua . Anak sy klau tido malam selalu mengeliat . Dia seakan tak lena . Tapi mata tutup . Skrg tido berkepit jdi kurang sikit mengeliat . Tpi bila siang ok je tak mengeliat. Adakah itu normal ? Ms. ada best solution untuk bayi sy ? Terima kasih . May God bless you 😊ï

Baca lagi
5y ago

Tulah . Skrg sy tngah perhatikan jugak . Sbb kdg bila pegang dia sakit kdg tak . Tu yg sy risau . Sy nk bwak p klinik pon risau dgn kedaan skrg 😅 Tq sis

TapFluencer

Hi doctor, Macam mana nak handle anak yang hyperactive? Anak sy 1y10m. Terlalu hyper macam tak pernah kenal erti penat. Dia cuma akan diam masa tidur shja. Kalau dia berjaga, sentiasa aktif. Bila duduk pun ibu jari kaki akan bermain2. Tak sampai berapa saat duduk, dia akan mula aktif balik. Aktif yang dimaksudkan dia akan berlari sana sini..bermain itu ini..memanjat dan pelbagai lahi aktiviti yang dia akan buat tanpa fikir bahaya. Bila ditegur dia tak nak dengar, buat2 tak dengar atau akan tantrum. Dan dia tak takut dengan orang sekeliling walau garang macam mana pun orang tu. Perkara macam ni agak merisaukan sy.

Baca lagi
5y ago

Baik doc. Selalu bg dia bermain2 dekat playground or swimming. Tapi sebab musim corona ni. Aktiviti terhad. Rumah pun kecik. But tq btw. Will try harder to make him involve in indoor activities.

Selamat petang Dr. Khor Mei Mei ... Soalan pertama, adakah seorang ayah boleh join ruangan ini ? Jika boleh, sudilah baca soalan saya di bawah ni ... Alhamdulillah ... Isteri saya sedang mengandung anak ke 2 ... Sekarang ni usia kandungan dah genap 3 bulan ... Tapi isteri saya tanya kat saya, kenapa perut dia tak besar lagi ? Masa anak yang pertama, 3 bulan pun dah naik perut (Isteri cakap kat saya) ... Adakah ini normal doktor ? Terima kasih ... Maaf ye ibu2 semua, saya hanya seorang ayah yang nak tau ...

Baca lagi
VIP Member

Hi doktor... Sy nak tanya.. Anak saya 2tahun 6bulan masih belum bercakap dengan lancar... Ada perkataan yang saya paham.. Dan ada perkataan yang saya tak paham (bahasa alien)... Dia jugak susah nak fokus dalam sesuatu perkara... Contoh... Bila saya ajar untuk mewarna, melukis dan sebagainya.. Tapi.. Bila dia menonton television dia sangat fokus.. Jadi macamana atau apa kaedah yang perlu saya buat untuk dia lebih fokus pada aktiviti fizikal dan sekaligus merangsang untuk dia bercakap dengan lancar...??? Terima kasih.

Baca lagi
5y ago

Hi Azielah Aziz. Puan boleh kurangkan screen time dan melakukan activity yg lebih seronok utk dia. Contohnya, bermain bersama dgn dia supaya ia dapat beri kebaikan kpd kedua-dua belah pihak. Utk dari segi percakapan, dicadangkan utk membuat appointment dgn speech therapist atau pediatrik utk penilaian

Anak saya berumur 2h 2b tapi masih tidak dapat menyebut perkataan walaupun mummy or daddy. Setiap hari saya perasan dia akan makin banyak bercakap bahasa dia, ada jer sebutan baru yg akan keluar dr mulut dia. Dia seorg yg aktif dan suka menahan perasaan mengantuk diwaktu siang. Segala arahan yang kita berikan dia dapat mengikutinya cuma kadang2 saya perasan yg dia malas untuk memberi feedback apabila kita bercakap dengan dia. Adakah anak saya ada ciri2 anak autisem atau ianya hanya speach dealy sahaja?

Baca lagi
5y ago

Hi Waniman. Maklumat ini tidak mencukupi untuk diagnose anak anda, tetapi symptom speech delay / lambat mula bercakap merupakan satu kebimbingan. Sila rujuk kepada ahli psikilogi untuk konsulten. ahli psikologi akan membuat satu penilaian yg lebih terperinci dlm masa itu

VIP Member

Hi Ms Khor, Soalan 1: Bayi saya berusia 9 bulan, pandai merangkak,berdiri dan bertateh serentak.Namun, semua objek yang yg dipegang akan dimasukkan ke dalam mulut utk digigit.Adakah tindakan itu normal dan bagaimana utk mengawal nya? Soalan 2: Bayi saya masih belum ada tanda tanda gigi pertama tumbuh,tetapi kerap menggigit. Adakah pertumbuhan gigi bayi disebabkan faktor pemakanan dan apakah makanan yg sesuai utk pertumbuhan gigi bayi? Terima kasih atas maklum balas info😉😊

Baca lagi
5y ago

baik.terima kasih ms khor👍

Hi Dr.!.sy nk tanya, 1) Adakah suasana sekeliling especially dlm rumah banyak mempengaruhi sikap dan karektor bayi..sbgi contoh suasana yg bising dgn suara² abang kakak, bunyi televisyen dll..(bayi usia 3 bln) 2) Apakah antara punca² utama bayi menjadi takut atau seorang penakut bila besar? 3) Kita tahu pendedahan gagjet tidak baik utk perkembangan bayi/kanak², adakah pendedahan berlebihan akan mempengaruhi personaliti seorang bayi/kanak² tersebut? Tq Dr. atas maklumbalas.

Baca lagi
5y ago

Hi Muzainah Musa. 1. Ya, suasana sekeliling adalah salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan bayi. Tetapi terdapat faktor-faktor lain yg juga boleh mempengaruhi karektor anak puan, seperti kerapatan hubungan kepada ibu bapa, gaya dan cara keibubapaan, keturuanan dan lain-lain. 2. Daripada focus kpd ketakutan, saya cadangkan puan utk fokus pada daya ketahanan anak. Semua orang akan rasa takut, dan ini adalah normal dan semulajadi. Kenyataannya, ia lebih penting utk membina daya tahan – mampu untuk menghadapi dan mengatasi ketakutan diri sendiri. 3. Ya, banyak penyelidikan telah mendapati pendedahan berlebihan pada skrin akan menjejaskan focus anak kerana rangsangan skrin yang berlebihan terlampau untuk kanak-kanak kecil.

Hi Doc. My baby is now 4 months old and he is actively engaging. What kind of activities that my husband and should do for to help him explore? Another question is he likes when we hold him like he is standing. Is that normal? What should we do for him to like tummy time more. When we are doing tummy time, he already could lift up his lower bottom with his legs. What is your advise regarding this issues? Thank you so much, 😊

Baca lagi
5y ago

Hi Nur Amirah Rusali. You can do reading with your baby. Babies like listening to parents’ voices and different intonation during story time. You can also expose your baby to different textures such as sand, grass, carpet, etc. This seems normal as babies like being held at different positions. To encourage tummy time, you can put a few toys in front of him to touch and play. When he is more stable with tummy time, you can increase the difficulty by getting your baby to reach for the toy. Each tummy time can last around 5 – 10 minutes.