Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Annie Liau Fui Vun (Pakar Pediatrik dan Laktasi)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Autisme kepada salah seorang pakar pediatrik kami memandangkan hari ini adalah Hari Autisme Sedunia dan kebanyakkan penghidap Autisme bermula dari kanak-kanak. Dr Annie Liau Fui Vun merupakan doktor pakar pediatrik dan laktasi, ‘Tiny Tots Children Specialist Clinic’ di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Tujukan soalan anda kepada pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Jumaat 3 April 2020, pada jam 11 pagi. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Autisme . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas pukul 11 berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Annie Liau Fui Vun (Pakar Pediatrik dan Laktasi)
61 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Apa beza diantara autism dan speech delay ye doktor? Adakah speech delay tu tanda anak austim? Anak saya 4 tahun masih belum lancar bercakap. Dia lebih banyak bercakap menggunakan bahasa inggeris daripada melayu. Tapi bila dia bercakap ada beberapa vocab yang dia tak tahu dia guna bahasa baby tapi kami masih boleh faham apa yang dia cuba cakap. And then, dia susah nak fokus terhadap sesuatu benda dan sometimes dia tak boleh follow arahan yang kami beri.

Baca lagi
6y ago

Speech delay merupakan salah satu ciri yang ketara untuk anak autisme . Selain speech delay, anak autisme juga ada ciri-ciri perkembangan social yang lewat / luar biasa dan kelakuan yang berulang-ulang /pelik, isu sensori, sukar menerima perubahan dalam rutin , minat terhad yang luar biasa dan ssangat intensif .....anak puan menunjukkan ciri-ciri kelewatan speech yang ketara . Saya cadangkan Puan untuk membuat temujanji dengan doktor untuk penilaian lanjut.