Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Annie Liau Fui Vun (Pakar Pediatrik dan Laktasi)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Autisme kepada salah seorang pakar pediatrik kami memandangkan hari ini adalah Hari Autisme Sedunia dan kebanyakkan penghidap Autisme bermula dari kanak-kanak. Dr Annie Liau Fui Vun merupakan doktor pakar pediatrik dan laktasi, ‘Tiny Tots Children Specialist Clinic’ di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Tujukan soalan anda kepada pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Jumaat 3 April 2020, pada jam 11 pagi. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Autisme . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas pukul 11 berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Annie Liau Fui Vun (Pakar Pediatrik dan Laktasi)
61 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Melalui pembacaan, autisme dipanggil Spectrum Autism Disorder. Apa tanda2 awal kanak2 ada autism dan masalah pertuturan. Ada mild autism , ada severe autism. Kanak2 mild autism boleh dengar dan ikut arahan yg mudah. Berbeza dgn kanak2 severe autism. Saya nak berkomunikasi ibarat bercakap dgn dinding. Bagaimana hendak berkomunikasi yg berkesan dgn kanak2 severe autism? Kanak2 severe autism bila nak sesuatu tak boleh bercakap dalam bahasa yg ibu bapa, waris fahami. Bagaimana hendak bimbing kanak2 autism bertutur dengan baik? Kanak2 autism ada bercakap bahasa yg kurang difahami mcm bunyi ahaaa, ahaaa. Bagaimana nak atasi masalah pertuturan ini?

Baca lagi
6y ago

Di rumah , ibu bapa boleh cuba bertutur dalam ayat yang pendek dan jelas , dan ulang jika perlu . Ada banyak kaedah yang boleh membantu seperti PECS ( Picture Exchange Communication System), Kaedah Hanen , ABA ( Applied Behavioural Analysis ) , video modelling . Ibu bapa boleh mendapat tips daripada Speech Therapist .