Minum air gula

Apa perasaan anda semua bila minum air gula. Share sikit. Baru first time nak kena minum air gula risau pula rasanya ??

61 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Super Mum

Mula-mula perasaan nervous tu hilang sekejap sebab kakak ipar cerita dia minum air gula berperisa oren & pakai cawan kecik je..tapi rupa-rupanya setiap klinik lain cara pemberiannya. Saya dapat air gula original, macam air gula yang dijual kat pasar malam, dan dalam 1 gelas plastik yang tinggi. Rasanya ya Allah..lepas tu tak dibenarkan balik rumah so dudukla kt klinik tu selama 2 jam. Saya pening kepala selama 2 jam kat situ..nasib baik tak muntah..kalau tak kena minum balik 🤢.

Baca lagi

First time sy minum air gula yg xde perisa. Rasa air gula macam air sira/pengat pisang yg manis sgt. Masa sy minum tu sy imagine sy makan sira pisang. Jadi x fikir sgt air gula klinik bg. 😅 lepas teguk 4 kali siap jilat bibir sbb manis lekat bibir. Bg sy biasa je perasaan tu. Imagine kite mengadap makanan yg manis je. Lepas minum air gula, minum la air kosong sikit bagi hilangkan rasa likat gula kat tekak. 😁

Baca lagi
5y ago

Hahahha best la mcm tu...imagine mkn pengat pisang..hahahahh

Dari experience kawan2 yang dah pernah minum sume ckp tak sedap, nak muntah semua... But for my experience masa sy minum air gula tu rasa anggur mcm ribena tu, hehe so takde lah rasa nak muntah ke apa sume tu.. Alhamdulillah... Masa tu sy dh lewat sgt utk buat mgtt so doc kat kk mohon sy pergi klinik luar buat mgtt.. Jadi sy ke klinik Az zahra ampang, masa bulan puasa tu.. Dan minum air gula di situ.. 👍👍

Baca lagi

Sye dapat minum air gula berperisa oren dalam segelas plastik tinggi macam kat kedai makan tu. 1st tegukan niat nak minum sampai habis tapi sebab gula dia rasa melekat pada tekak. Terpaksa stop. 2, 3 tegukan dah abis. Minum abis tak sampai 10 minit. Malam sebelum dah kena puasa pukul 10 malam. Mesti boleh minum sebab esok pagi tu haus. Hehe

Baca lagi

Mula mula ingatkan tak ok sebab ramai yang cakap macam tu tapi bila dah minum ok je..dapat pulak yang suam suam lagi..huhu..dapat yang original flavour🥰..rasa sikit dulu then minum dan minum sampai habis..takde minum air kosong pun sebab tanye nurse nurse kata tak boleh jugak sebab takut ganggu jugak result dia..then habis minum , settle🖤

Baca lagi

Tips sy buat.. Pandang dinding. . Minum sekali teguk.. . Tarik nafas dalam2.. Tp sy xleh skli.. Sbb byk.. Dah suku.. Bnti.. Tarik nafas lagi.. Baru sambung.. Sy stnby asam bt kemam lps minum.. Bt rasa2 je.. Jgn mkn asam tu dgn byk plk.. Huhuhu.. Nk elak mabuk je.. Xpun mnyk angin.. Alhamdulilah ok je.. Appun mindset.. 😍

Baca lagi

Sy 25/06 ne minum untk kli ke2....y ptama dlu muntah, smpai kna repeat 4kali😭😭😭, sedih weh, balik klinik je,sy nagis2, suami sediakn mkn minum sy, pujuk2 or biarkan sy ttido n bru dia masuk kerja,...x tau lh nasib 25/06 ne mcm mna, harap2 dh x muntah2 lg, seramm je rasa klau ingatkn air gula kat klinik to

Baca lagi

Okay je saya minum utk kali pertama haritu . Cuma kalau boleh minum sekali or 2x teguk je .. then lepas minum tu mgkin akan rasa nk muntah atau loya .. tapi cuba tahan .. baring2 kt surau kee .. InshaAllah lepas 2 jam nnti dh okay .. kalau muntah rugi la . Kene minum lgi sekali nnti 😂

Sebenarnya kalau sis xde alahan loya2, ok je rasa air gula tu. Yg perit tu bila org yg ada alahan loya2, muntah2. Sebab minum trlalu byk dlm keadaan perut kosong. That's why kadang2 nurse tnya dlu ada alahan apa2 tak sblum bg tarikh minum air gula. Klu termuntah, kena repeat balik hari lain.

First pregnancy : air orange, sejuk, x manis sangat, dalam gelas. ok je sbb haus. kalau dia nak bagi lagi segelas pun ok je saya minum. 😂 Second pregnancy : air orange, dlm botol 250ML, pekat mcm kordial yg x campur air, suam, nak muntah minum. saya paksa ja tahan tahan x muntah.

Baca lagi