The Inexperienced Mother profile icon
SilverSilver

The Inexperienced Mother, Malaysia

Contributor

About The Inexperienced Mother

Hoping For Miracle

My Orders
Posts(37)
Replies(107)
Articles(0)

Bagus Idea Ini : Anak & Brg Mainan

Firash ni mmg dr kecik lg kami didik dia klu nmpak mainan kt mana² toyshop, kedai DIY, kat kaki lima dia akn tgk je sambik kata umi, ni orang punya kan. Pernah kami lalu depan kaki lima, ada sorang makcik ni main² kan keta control depan dia, pastu kata adik nak ni tak? Si firash ni tgk muka umi dan kata umi, yg tu org punya kan. Hahhahaa Sbb masa dia kecik dlu(masa tu dh faham apa yg kita bgthu) bila dia nmpak bnyak toys kt kedai, dia kata nakk, daddy akan terus cakap tu orang punya, tak boleh ambik. Kalau kami nampak dia nak sgt benda tu (dia x mengamok guling² tp mata dia mcm berair, muka nampak frust) so kami faham la yg dia nak sgt² benda tu especially geng² giant truck mcm excavator, bulldozer, dump truck,daddy akan belikan TAPII bukan beli depan mata dia,bukan dia yg pegang dan bwk mainan tu ke kaunter. Kalau dia kata nak book, barulah kami izinkan dia bawak sndiri buku tu ke kaunter. Kami lg suka belikan buku sebenarnya. Umi akn alihkan pandangan dia ke tempat lain dan daddy yg akn ambik mainan tu and bayarkan. Bila mainan tu dh ada dlm plastik, dia takkan perasan yg tu toys yg dia nak. Bila dh smpai rumah, mainan tu akan kami letak depan tv atau atas meja (tempat yg dia senang nak nmpak).mula lah buat muka sengih manis macam nak jilat jeee muka manis tu.Mak mertua ninnie yg ajar petua ni. Klu nak beli mainan kt anak, jgn beli depan mata dia. Klu tak nnti dia akn terbiasa bila nmpak je toys, nak time tu jgk. Klu xdapat ngamuk dalam kedai tu jgk. Budak² kannn.bukan dia tahu barang tu mahal ke murah. Nak² hrga toys skarang mahal kot, takkan tiap kali lalu kedai mainann kita nk kena belikan. Smpai la sekarang Firash xde nak ngamuk²,merajuk bila nmpak toys banyak² kt kedai. Semalam bawak dia dan Raisya masuk DIY. si adik pegang patung barbie.boleh plk si firash ni jerit kat adik, "adikkkkk, tak boleh ambik, yg tu orang punya!! Smpai menangis² adik dia marah mcm tu (si firash ni mmg bajet abanggg kawasan sgt bila adik dia buat salah). Hehe sekian untuk hari ni. Lain orang lain caranya.ini cara umi utk elakkan anak tantrum in public. Alhamdulillah cara ni masih berkesan utk anak kami setakat ni. Kat Raisya pun kami buat jgk cara ni. Tp dia xfaham sgt lg. Dia suka ikut kepala dia je sbb kecik lg kot hahhaa. Guling sana guling sini tu mmg hobi dia. Bukan sbb nak barang, tp dia xsuka org dukung atau pegang dia masa berjalan. Tapi mmg bajet diva kot nak jalan sndiri nak bebas. Haha. Hat tu mmg xleh nak buat apa dah. Mata kita kena perhatikannn ja mana dia nak pegi ? Sumber : Ninnie Kiddie love

Read more
undefined profile icon
Write a reply

Bahaya main SLIME

Dr FB Syuraida Eeda..katanya akibat main Slime..' IBU BAPA Tolong ALERT Permainan kanak2 yang boleh menyebabkan buta pada mata Saya just sharing apa yg berlaku pada anak buah saya.. Bulan lepas dorg balik kpg, anak sulung adik saya bernama Ain happy sgt dpt jumpa sepupu diorang.. Tgh dorg bermain ramai2 tiba2 si ain mcm nampak tak selesa pada mata.. kejap2 dia gesel mata..nmpak mcm dia gatal2 dan pedih.. ibu nya cepat2 basuh mata dia.. entah macammana tiba2 nampak kelainan pada mata Ain..mata putih dia membengkak...?.. mata hitam dia tenggelam.. bila tanya sekumpulan anak2 buah.. diorang cakap kami semua main SLIME.. nyaris anak buah yang lain tak kena mcm ain.. adik saya cepat2 bwk Ain pegi ke klinik berdekatan..doc bgtau ini sejenis allergyc yang bahaya..boleh buta..? dia sruh refer ke Pakar Hospital besar.. Rupa2 nya slime ni ada bahan kimia yang merbahaya bernama *BORAX ONE* nama sains _Tetrasodium Borate_ . BORAX ni bahan yg boleh didapati pada sabun pencuci salah satu bahan dalam slime yang boleh menyebabkan banyak kesan buruk pada kesihatan anak.. - jika termakan boleh menyebabkan CIRIT BIRIT - jika terkena mata boleh menyebabkan keradangan dan brngkak mata dan boleh menyebabkan mata BUTA -Jika terhidu secara berlebihan boleh menyebabkan sesak nafas -jika terlalu kerap sentuh boleh menyebabkan kulit jadi melepuh dan rosak.. Bahan2 dalam SLIME mudah didapati dirumah.. cara2 buat nya banyak diyoutube..kanak2 mudah buat sbb bahan2 senang didapati dirumah Kepada ibu dan bapa sekalian tolong tgok sekiranya anak2 ada main benda ni tolong suruh diorang BUANG.. risau nanti dah terkena baru menyesal..

Read more
VIP Member
undefined profile icon
Write a reply

SEMBELIT BAHAYA VS SEMBELIT TIDAK BAHAYA

Secara amnya, jika seseorang itu mengalami kesukaran buang air besar bersama-sama dengan rasa sakit pada bahagian abdomen, ia mungkin tanda yang bahaya. Doktor mungkin akan memberikan ubat pelawas bagi memudahkan buang air besar. Jika najis dapat dikeluarkan, mungkin masalah sembelit itu tidak berbahaya. Secara amnya masalah sembelit menunjukkan tanda yang berbahaya apabila ia berlangsung melebihi dua minggu atau mengalami rasa memulas-mulas bersama dengan masalah sembelit. Atau masalah sembelit ini kerap berulang, dan hanya dapat membuang air besar itu hanya selepas mengambil ubat pelawas, ia mungkin tanda bagi penyakit berbahaya. Bagi individu yang mengalami masalah diabetes, multiple sclerosis atau pakinson’s, selalunya masalah sembelit berlaku bersama dengan masalah saraf yang lain, seperti masalah kebas tangan, lemah anggota atau kesukaran berkaitan membuang air kecil. Salah satu tanda berbahaya ialah apabila terdapat darah pada najis. Ia mungkin tanda kanser usus, sama ada kanser kolon atau kanser rectum. Oleh itu, saya sering memberitahu pesakit saya, jika berumur lebih 50 tahun, sembelit yang menyebabkan najis bercampur dengan darah, berkemungkinan besar, bukan penyakit buasir. Buasir adalah penyakit yang tidak berbahaya. Ia hanya disebabkan oleh saluran darah yang mengembang pada sekeliling lubang dubur. Oleh itu ramai yang terlepas pandang, dan menyangka najis yang bercampur darah itu buasir, tetapi sebenarnya adalah tanda kanser usus besar. Oleh itu individu yang mengalami sembelit, yang berulang atau mengalami najis yang bercampur darah, terutama yang berumur 50an, dinasihatkan menjalani pemeriksaan lanjut. Mereka tidak boleh hanya bergantung ubat pelawas saja. Saya bimbang masalah sembelit ini adalah tanda penyakit yang berbahaya itu, terutamanya kanser. Lambat mendapat rawatan yang sempurna akan menyebabkan penyakit kanser menjadi bertambah serius. Selalunya doctor akan melakukan pemeriksaan darah, pemeriksaan xray yang melibatkan penggunaan bahan barium (barium study) dan pemeriksaan colonoscopy yang melibatkan penggunaan kamera yang dimasukkan ke dalam usus. Dengan ini doctor dapat membezakan sama ada masalah sembelit itu adalah masalah yang serius dan berbahaya atau masalah yang tidak berbahaya. #HealthDrZubaidi

Read more
VIP Member
undefined profile icon
Write a reply

Tips Bg Ibu2 & Ayah2

1) Jangan makan maggi depan anak. 2) Jangan bagi kenal YouTube. Download je biar dia nengok video yang ada dalam galeri je. ? Kalau tak bagi hp langsung kang anak ketinggalan pulak. Sekat apa yang boleh sekat. 3) Letak pen, pensil, krayon tempat tinggi. Jangan sepah-sepah. 4) Seminggu sekali je dapat makan ice-cream, coklat, sumi/puding. Gula-gula jangan bagi langsung. Jangan tak tau, pnyebab anak tantrum pun iya jugak gula ni. 5) Nak mandi ke, nak solat ke, or nak pergi kerja or mana-mana kena bagi tau dia. Kalau kecik lagi ajarkan cakap "Babai, ummi nak mandi jap. Tunggu kejap ok" Walau dia kecik dia paham. Dia nangis tu biasa. Lama-lama biasala tu. 6) Ajarkan kemas mainan sebelum nak tidur or sebelum ajak jalan. 7) Segala rak yang simpan pisau, barang kaca, peti ais, rak baju kalau boleh kunci. Beli macam dalam gambar tu kat DIY ada jual. 8.) Tv kalau boleh gantung kat dinding. Letak atas kabinet tv tu boleh jatuh pecah. TV i pernah pecah si anak memanjat kabinet tu. (Taip ni dalam keadaan redha jeee) ? 9) Anak bangun tidur bagi salam kat dia, peluk dia. Tanya-tanya tadi tidur mimpi apa (borak-borak walau macam cakap sorang2). Kawan sis sampai besar anak dia bangun tidur je akan bagi salam kat mak ayah dia. Baguskan? 10) Jangan ajar anak takut kan apa-apa. Jangan sebut pun perkataan momok, hantu, kucing gigit dan sebagainya. Takut Allah dengan takut bila ummi bertukar jadi hulk itu xpe. Hehe Kbai. Semuga bermanfaat. Nak bagi si kecik bijaksana bakal ustaz ni tidur. Kredit : Icha Abd Razak

Read more
undefined profile icon
Write a reply

Kemurungan

Berikut adalah simptom-simptom yang agak jelas: RASA KOSONG: - Sedih tidak, happy pun tidak. Perasaan takut mati pun tiada. Hidup tak ubah seperti mayat. SUSAH UNTUK SENYUM: - Pura-pura senyum tu boleh, tapi bukan senyum yang datang dari hati. Walaupun anak dapat anugerah pelajar terbaik, senyum itu bagai dipaksa. Bukannya tak seronok, tapi perasaan kosong tu menyebabkan saya tak mampu mencetuskan emosi secara natural. Untuk menunjukkan yang saya bangga dengan pencapaian anak, saya memaksa bibir untuk membentuk senyuman. MUDAH MARAH: - Silap sikit saja boleh mengamuk. Suami salah beli barang, dah mula berleter. Anak main gaduh-gaduh, kita mula melenting bak singa lapar. Anak panggil "mommy" dengan suara yang paling lembut pun, boleh kena jerkah. CEPAT LETIH: - Buat kerja tak banyak mana pun, tapi keletihan tu seperti baru balik hiking di Broga. Letih otak, letih badan. Simptom inilah yang buat saya dimasukkan ke wad selama 3 hari. Tidak demam, tidak buat apa aktiviti berat, tapi badan tak bermaya. RAMBUT GUGUR: - Bangun tidur, 10 helai rambut atas bantal, tepi katil pun banyak. Suami selalu tegur, kenapa rambut ada di merata-rata . Kadang-kadang rambut jatuh ke dalam masakan. Dah seperti musim luruh atas kepala, selak sikit rambut, ada saja yang dapat di tangan. LENGUH BADAN: - Setiap minggu kalau boleh nak pergi berurut. Sakit leher lah, sengal pinggang lah. Migraine pun ada. MALAS BANGUN TIDUR: - Ini paling ketara. Kalau boleh nak baring saja di katil. Anak-anak terpaksa makan Domino's Pizza bila taufan depresi datang. Kalau kena berhari-hari, saya keluar ke kedai beli nasi ayam atau apa-apa sahaja makanan yang mereka suka. Tapi untuk diri sendiri, tak ada. Tak berselera. TIDAK RASA SEGAR WALAUPUN SELEPAS MANDI: - Letih yang sama, panas yang sama, ketidakselesaan yang sama. Malah jika pergi ke spa buat facial sekalipun, tidak hadir rasa seronok walaupun wajah dah dimanjakan. TIDUR YANG TAK PUAS: - Nak tidur bukan main susah. Apa yang saya tak cuba? Aromaterapi, tukar bantal khas untuk imsomnia, tukar tilam khas untuk tulang belakang, minum green tea, makan berries. Tried it all, nothing works. Tapi kalau tidur lama pun, tak rasa macam tidur, 12 jam berlalu begitu sahaja. Segar tidak, letih kekal. INGIN BERSENDIRI: - Tak mahu berkomunikasi dengan sesiapa pun. Tutup Facebook, tutup Instagram, tutup phone, tutup pintu... berdiam dalam bilik. Nak kata mencari ketenangan, erti ketenangan pun entah ke mana. Rasa nak lari dari rumah lah, rasa nak mati lah, rasa nak bercerai lah. Padahal takde apa pun yang negatif dalam rumah ni. Husband supportive, anak pula aktif. SUKA BERBUAL DENGAN DIRI SENDIRI (DALAM KEPALA): - Saya lebih suka bersendiri dan bermonolog. Macam-macam discussion ada dalam kepala. Sembang tentang 'low latent inhibition' selepas tengok salah satu episod daripada siri Prison Break. Sekejap lagi sembang tentang how microwave oven works. Then ada pula diskusi tentang religion in the ancient world. Seronok bagi saya tapi tu lah...sorang-sorang layan kepala sendiri, tak nak berbual dengan manusia. Kenapa saya berkongsi pengalaman ini? Sebabnya ramai ibu sedang bertarung dengan depresi dan tak menyedarinya. Mereka dibisukan oleh pasangan masing-masing. Suami biasanya beri respon, "awak tu fikir banyak sangat, zikir lebih sikit, benda dah sudah... lupakanlah. Cepat sangat sentap" dan lain-lain. Inilah pemati kata yang digunakan untuk mendiamkan si isteri. Maka sampai ke sudah la si isteri menanggung sengsara. Nasihat saya, usahakan untuk mendapat rawatan pakar. Malu untuk berjumpa dengan psikiatris? Nak malu apa? Lagi malu kalau termengamuk di khalayak ramai sambil memegang stereng lock. Lebih malu terjerit-pekik marahkan anak di shopping mall. Sebelum orang label kamu gila, baik pergi berubat sebelum penyakit ini menjadi lebih kronik. Ini pesanan untuk ibu-ibu juga. Kita mahu anak-anak kita membesar dengan memori yang indah. Mereka ada ibu yang penyayang, supportive, sentiasa bertenang walaupun diuji, dan bersedia melindungi mereka jika musibah datang. Sekiranya gangguan emosi kita tidak dirawat, anak-anak akan berjauh hati, suami akan fed-up dengan sikap pemarah tak terkawal, dan lama kelamaan kita akan hidup bersendiri. Jika faham maksud saya, lekas-lekas ke hospital untuk dapatkan appointment. InsyaAllah, things will get better. Buat masa ini Alhamdulillah, saya sudah sembuh. Buat masa ini lah. Kemurungan ini satu penyakit yang boleh datang berulang kali. Ada masa elok, ada masa... hummm, payah nak cakap. Tapi dengan rawatan yang tepat, kita boleh disembuhkan sepenuhnya. Gabungkan rawatan moden, holistik, ubah gaya hidup dan cari kumpulan sokongan. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Begitu juga dengan kemurungan. Ianya boleh dirawat jika kamu berusaha mengubatinya. Kredit: Zeeda Aziz

Read more
Super Mum
undefined profile icon
Write a reply