SEMBELIT BAHAYA VS SEMBELIT TIDAK BAHAYA

Secara amnya, jika seseorang itu mengalami kesukaran buang air besar bersama-sama dengan rasa sakit pada bahagian abdomen, ia mungkin tanda yang bahaya. Doktor mungkin akan memberikan ubat pelawas bagi memudahkan buang air besar. Jika najis dapat dikeluarkan, mungkin masalah sembelit itu tidak berbahaya. Secara amnya masalah sembelit menunjukkan tanda yang berbahaya apabila ia berlangsung melebihi dua minggu atau mengalami rasa memulas-mulas bersama dengan masalah sembelit. Atau masalah sembelit ini kerap berulang, dan hanya dapat membuang air besar itu hanya selepas mengambil ubat pelawas, ia mungkin tanda bagi penyakit berbahaya. Bagi individu yang mengalami masalah diabetes, multiple sclerosis atau pakinson’s, selalunya masalah sembelit berlaku bersama dengan masalah saraf yang lain, seperti masalah kebas tangan, lemah anggota atau kesukaran berkaitan membuang air kecil. Salah satu tanda berbahaya ialah apabila terdapat darah pada najis. Ia mungkin tanda kanser usus, sama ada kanser kolon atau kanser rectum. Oleh itu, saya sering memberitahu pesakit saya, jika berumur lebih 50 tahun, sembelit yang menyebabkan najis bercampur dengan darah, berkemungkinan besar, bukan penyakit buasir. Buasir adalah penyakit yang tidak berbahaya. Ia hanya disebabkan oleh saluran darah yang mengembang pada sekeliling lubang dubur. Oleh itu ramai yang terlepas pandang, dan menyangka najis yang bercampur darah itu buasir, tetapi sebenarnya adalah tanda kanser usus besar. Oleh itu individu yang mengalami sembelit, yang berulang atau mengalami najis yang bercampur darah, terutama yang berumur 50an, dinasihatkan menjalani pemeriksaan lanjut. Mereka tidak boleh hanya bergantung ubat pelawas saja. Saya bimbang masalah sembelit ini adalah tanda penyakit yang berbahaya itu, terutamanya kanser. Lambat mendapat rawatan yang sempurna akan menyebabkan penyakit kanser menjadi bertambah serius. Selalunya doctor akan melakukan pemeriksaan darah, pemeriksaan xray yang melibatkan penggunaan bahan barium (barium study) dan pemeriksaan colonoscopy yang melibatkan penggunaan kamera yang dimasukkan ke dalam usus. Dengan ini doctor dapat membezakan sama ada masalah sembelit itu adalah masalah yang serius dan berbahaya atau masalah yang tidak berbahaya. #HealthDrZubaidi

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Thanks for sharing!

VIP Member

👍👍