LORA profile icon
PlatinumPlatinum

LORA, Malaysia

Contributor

About LORA

be happy

My Orders
Posts(141)
Replies(3613)
Articles(0)

Information

 FAMILI Tidak Boleh Bin Atau Binti Bapa Jika Tidak Sah Taraf- Mahkamah  ByAnis Affandi Posted on February 14, 2020 6.7K SHARES  Mahkamah Persekutuan di Putrajaya dalam keputusan majoriti 4-3, memutuskan anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf tidak boleh di bin atau binti dengan nama bapanya. TIDAK SAH TARAF TAK BOLEH GUNA NAMA BAPA  Menerusi laporan Harian Metro, panel tujuh hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Rohana Yusuf membenarkan sebahagian rayuan dikemukakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), ketua pengarah JPN dan kerajaan untuk mengetepikan keputusan mahkamah rayuan. Dengan itu, Mahkamah Rayuan pada 2017, memutuskan anak orang Islam yang tidak sah taraf tidak boleh menggunakan nama bapa dan sebaliknya perlu ‘di bin atau binti Abdullah’. Hakim Rohana yang menyampaikan keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan itu hari ini berkata Seksyen 13A Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA) tidak terpakai bagi pendaftaran kelahiran anak orang Melayu Islam kerana orang Melayu tidak menggunakan nama keluarga. Beliau berkata Seksyen 13A tidak diguna pakai dalam sistem nama orang Melayu dan tidak membolehkan anak-anak di bin atau binti dengan nama peribadi orang yang diketahui adalah bapa kepada anak itu. Hakim Rohana, bagaimanapun mengeluarkan perintah penting bagi ketua pengarah JPN mengeluarkan ‘bin Abdullah’ daripada sijil kelahiran kanak-kanak itu dalam kes ini. ‘BIN ABDULLAH’ PERLU KEKAL  “Nama responden pertama (kanak-kanak) tanpa ‘bin Abdullah’ perlu kekal,”  Hakim Rohana berkata ketua pengarah JPN tidak boleh menggunakan fatwa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terhadap kanak-kanak itu kerana tiada fatwa tentang bagaimana memberi nama pada kanak-kanak tidak sah taraf yang diwartakan di Johor. Keputusan majoriti itu adalah daripada Hakim Rohana, Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed dan Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Mohd Zawawi Salleh dan Tan Sri Idrus Harun manakala penghakiman minoriti daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri David Wong Dak Wah dan Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Nallini Pathmanathan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan. Kanak-kanak itu dilahirkan kurang enam bulan selepas pernikahan ibu bapanya, yang disifatkan sebagai anak tidak sah taraf di bawah Undang-Undang Syariah.  Ibu bapa kanak-kanak (yang identiti mereka dirahsiakan oleh mahkamah) itu memohon kepada JPN mengikut Seksyen 13 BDRA untuk kanak-kanak itu di bin dengan nama bapanya di dalam sijil kelahirannya tetapi JPN enggan menggantikannya dengan nama bapa atas alasan kanak-kanak itu tidak sah taraf walaupun permohonan dibuat. Ibu bapa itu kemudian memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi tetapi ditolak pada 4 Ogos, 2016. Pada 25 Mei, 2017, Mahkamah Rayuan membenarkan semakan kehakiman mereka untuk mengarahkan ketua pengarah JPN menggantikan nama keluarga kanak-kanak berkenaan iaitu ‘Abdullah’ dengan nama bapa kanak-kanak itu dalam sijil kelahiran. *Terbaharu: Anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf, boleh di bin atau binti dengan 99 nama Allah atau Asmaul Husna, selain nama Abdullah – Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad Sumber : Harian Metro

Read more
VIP Member
 profile icon
Write a reply

DARAH NIFAS SEDIKIT?

Ada beberapa patients saya tanya, kenapa selepas Caesarean section, darah nifas sedikit saja? Saya jawab jangan bimbang, kalau sedikit, bermakna tiada banyak yang perlu keluar, bukan sebab ada darah terkumpul dalam rahim. Darah tak boleh terkumpul dalam rahim, sebab organ rahim sangat istimewa dan akan berusaha mengecut dan keluarkan darah juga. Darah nifas boleh kering di antara 14 hingga 60 hari. Puratanya ialah di antara 24 hingga 36 hari. Tetapi bagi pesakit saya yang menjalani pembedahan Caesar, ramai yang kata darah nifas hanya sedikit dan kering lebih cepat. Saya kata sebabnya ialah selepas saya keluarkan bayi dan placenta, saya ambil kain gauze yang sterile dan saya lap permukaan dinding rahim supaya tiada cebisan uri, tissue atau membrane kantung yang tertinggal dalam rahim. Selepas itu saya pastikan dinding rahim mengecut dengan betul semasa menjahit rahim semula dengan dua lapisan jahitan. Semua pesakit yang menjalani Caesar menerima suntikan ubat yang mengecutkan rahim, sama juga seperti semua yang bersalin secara normal. Jika anda selepas bersalin mendapati darah nifas sedikit saja dan kering sebelum 44 hari, jangan bimbang. Angka 44 hari itu hanya mitos zaman dulu. Darah nifas boleh kering lebih awal dan tiada racun atau darah kotor terkumpul dalam rahim jika kering lebih awal. Pada zaman dulu, nenek moyang tidak dapat ubat suntikan mengecutkan rahim, maka uri placenta mengambil masa yang lebih lama untuk keluar dan darah nifas lebih lama sebelum kering. Zaman dulu, kita perlu urut-urut rahim untuk mempercepatkan uri keluar supaya rahim mengecut. Zaman sekarang, tak perlu lagi urut rahim, kecuali bagi mereka yang rahim tidak mengecut selepas suntikan ubat syntometrine atau syntocinon. Saya sendiri akan urut rahim di bilik bedah jika rahim itu lambat mengecut dan kemudian tambahkan ubat lain yang lebih kuat untuk mengecutkan rahim seperti ubat prostaglandin F2-alpha. Dengan cara ini, saya tidak benarkan pendarahan yang banyak berterusan. Saya tak urut rahim ibu jika tidak perlu selepas ubat suntikan telah diberikan, sebab mengurut rahim ibu itu menyakitkan ibu, dan saya tak suka buat apa yang menyebabkan ibu sakit jika tak perlu buat. Jangan percaya kepada makcik bawang yang menakut-nakutkan anda sebab tidak tahu teknologi moden dan tak tahu cara penjagaan kesihatan ibu bersalin zaman sekarang sudah berubah. Jangan bimbang jika zaman sekarang darah nifas kering dengan lebih cepat dari zaman dulu. Sekarang anda bersalin dengan doktor atau bidan bertauliah, bukan bersalin sendiri di rumah dengan bidan kampung yang tiada ubat-ubatan moden, dan bukan bersalin dengan doula. Terimakasih. Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetrics & Gynaecology, Subspecialist Maternal & Fetal Medicine.

Read more
VIP Member
 profile icon
Write a reply