Kemurungan

Berikut adalah simptom-simptom yang agak jelas: RASA KOSONG: - Sedih tidak, happy pun tidak. Perasaan takut mati pun tiada. Hidup tak ubah seperti mayat. SUSAH UNTUK SENYUM: - Pura-pura senyum tu boleh, tapi bukan senyum yang datang dari hati. Walaupun anak dapat anugerah pelajar terbaik, senyum itu bagai dipaksa. Bukannya tak seronok, tapi perasaan kosong tu menyebabkan saya tak mampu mencetuskan emosi secara natural. Untuk menunjukkan yang saya bangga dengan pencapaian anak, saya memaksa bibir untuk membentuk senyuman. MUDAH MARAH: - Silap sikit saja boleh mengamuk. Suami salah beli barang, dah mula berleter. Anak main gaduh-gaduh, kita mula melenting bak singa lapar. Anak panggil "mommy" dengan suara yang paling lembut pun, boleh kena jerkah. CEPAT LETIH: - Buat kerja tak banyak mana pun, tapi keletihan tu seperti baru balik hiking di Broga. Letih otak, letih badan. Simptom inilah yang buat saya dimasukkan ke wad selama 3 hari. Tidak demam, tidak buat apa aktiviti berat, tapi badan tak bermaya. RAMBUT GUGUR: - Bangun tidur, 10 helai rambut atas bantal, tepi katil pun banyak. Suami selalu tegur, kenapa rambut ada di merata-rata . Kadang-kadang rambut jatuh ke dalam masakan. Dah seperti musim luruh atas kepala, selak sikit rambut, ada saja yang dapat di tangan. LENGUH BADAN: - Setiap minggu kalau boleh nak pergi berurut. Sakit leher lah, sengal pinggang lah. Migraine pun ada. MALAS BANGUN TIDUR: - Ini paling ketara. Kalau boleh nak baring saja di katil. Anak-anak terpaksa makan Domino's Pizza bila taufan depresi datang. Kalau kena berhari-hari, saya keluar ke kedai beli nasi ayam atau apa-apa sahaja makanan yang mereka suka. Tapi untuk diri sendiri, tak ada. Tak berselera. TIDAK RASA SEGAR WALAUPUN SELEPAS MANDI: - Letih yang sama, panas yang sama, ketidakselesaan yang sama. Malah jika pergi ke spa buat facial sekalipun, tidak hadir rasa seronok walaupun wajah dah dimanjakan. TIDUR YANG TAK PUAS: - Nak tidur bukan main susah. Apa yang saya tak cuba? Aromaterapi, tukar bantal khas untuk imsomnia, tukar tilam khas untuk tulang belakang, minum green tea, makan berries. Tried it all, nothing works. Tapi kalau tidur lama pun, tak rasa macam tidur, 12 jam berlalu begitu sahaja. Segar tidak, letih kekal. INGIN BERSENDIRI: - Tak mahu berkomunikasi dengan sesiapa pun. Tutup Facebook, tutup Instagram, tutup phone, tutup pintu... berdiam dalam bilik. Nak kata mencari ketenangan, erti ketenangan pun entah ke mana. Rasa nak lari dari rumah lah, rasa nak mati lah, rasa nak bercerai lah. Padahal takde apa pun yang negatif dalam rumah ni. Husband supportive, anak pula aktif. SUKA BERBUAL DENGAN DIRI SENDIRI (DALAM KEPALA): - Saya lebih suka bersendiri dan bermonolog. Macam-macam discussion ada dalam kepala. Sembang tentang 'low latent inhibition' selepas tengok salah satu episod daripada siri Prison Break. Sekejap lagi sembang tentang how microwave oven works. Then ada pula diskusi tentang religion in the ancient world. Seronok bagi saya tapi tu lah...sorang-sorang layan kepala sendiri, tak nak berbual dengan manusia. Kenapa saya berkongsi pengalaman ini? Sebabnya ramai ibu sedang bertarung dengan depresi dan tak menyedarinya. Mereka dibisukan oleh pasangan masing-masing. Suami biasanya beri respon, "awak tu fikir banyak sangat, zikir lebih sikit, benda dah sudah... lupakanlah. Cepat sangat sentap" dan lain-lain. Inilah pemati kata yang digunakan untuk mendiamkan si isteri. Maka sampai ke sudah la si isteri menanggung sengsara. Nasihat saya, usahakan untuk mendapat rawatan pakar. Malu untuk berjumpa dengan psikiatris? Nak malu apa? Lagi malu kalau termengamuk di khalayak ramai sambil memegang stereng lock. Lebih malu terjerit-pekik marahkan anak di shopping mall. Sebelum orang label kamu gila, baik pergi berubat sebelum penyakit ini menjadi lebih kronik. Ini pesanan untuk ibu-ibu juga. Kita mahu anak-anak kita membesar dengan memori yang indah. Mereka ada ibu yang penyayang, supportive, sentiasa bertenang walaupun diuji, dan bersedia melindungi mereka jika musibah datang. Sekiranya gangguan emosi kita tidak dirawat, anak-anak akan berjauh hati, suami akan fed-up dengan sikap pemarah tak terkawal, dan lama kelamaan kita akan hidup bersendiri. Jika faham maksud saya, lekas-lekas ke hospital untuk dapatkan appointment. InsyaAllah, things will get better. Buat masa ini Alhamdulillah, saya sudah sembuh. Buat masa ini lah. Kemurungan ini satu penyakit yang boleh datang berulang kali. Ada masa elok, ada masa... hummm, payah nak cakap. Tapi dengan rawatan yang tepat, kita boleh disembuhkan sepenuhnya. Gabungkan rawatan moden, holistik, ubah gaya hidup dan cari kumpulan sokongan. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Begitu juga dengan kemurungan. Ianya boleh dirawat jika kamu berusaha mengubatinya. Kredit: Zeeda Aziz

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Super Mum

👍👌