Ibu, waktu mengandung suka makan yang mana?
Hi semua mommies komuniti TAP🥰 Waktu mengandung dulu/sekarang, mommies lebih suka makan makanan yang mana satu ya?🤤 Makan makanan kiri tu pon sedap tapi tu lah mesti ramai takut nak makan waktu mengandung kan😅


sebelum saya mengandung, saya tak suka makan yang manis manis sangat macam kuih ke kek ke jarang lah. Tapi makan pedas suka gila. Samyang tu celah gigi je. Memang hantu pedas. Tapi sejak mengandung haritu; trimester kedua ke atas memang akan selalu ada stok kek batik/kek coklat & cadbury bar yg besar tu... Hari2 akan telan. Alhamdulillah takde GDM. Pedas pulak makin berkurang. Sambal biasa je pun rasa pedas betul. Padahal kalau dulu makan sambal ratah gittew cicah roti pun boleh je. sekarang tengah pantang hopefully habis pantang boleh lah makan pedas balik. Sedang berpantang czer. Doakan sy speed recovery
Baca lagi


