Luahan hati

Saya rasa saya paling byk berkorban untuk suami, walaupun tgh mengandung. Suami kerja kkm, tahu2 la penat dia mcm mna. Semua saya buat atas sbb sayang, kasihan dkt suami, penat bekerja. Tp bila saya perlu juga rasa nk perhatian, walaupun dah bgi dia masa “me time” siap dgn jaga makan pakai dia, dia kata saya tak faham kepenatan dia, bila kita cuma nk perhatian dan kasih sayang. Kata2 dia buat saya terkilan, sedih dan agak murung. 1 mlm saya nangis mata bengkak. Kesian dkt baby dlm perut ibu sedih2 sorang2. Saya dah prepare mentally kalau masa berpantang, pun mgkin saya tk dpt emotional support, perhatian or kasih sayang sprti org lain 😔 tp saya mmg tahu dia penat bekerja, jadi saya lah yg akan mengalah. Ada siapa sama mcm saya? Supaya saya kuat hadapi ni sorang2.

19 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Kalau lah tetiba husband sis ckp die dah bg mcm2 kat awak, dah tanggung makan minum pakai awak, bayar bil2 kt rumah semua, mesti lagi sakit kan rasa hati tu... Sbb tu apa2 dlm rumah tangga nie buat kena ikhlas kan hati tu. X kisah lah tgh pregnant atau x. Kalau awak uruskan makan pakai husband niatkan kerana Allah swt insha Allah ada ganjaran pahalanye. Jgn rasa beban sbb tu. Kalau awak perlukan kasih sayang belaian perhatian, ambik 1 mlm bila husband balik, lyn die extra, from there awak boleh terus terang dgn die. X jalan 1 mlm, awak ckp semula terus terang dgn die the next day. Lelaki nie die x faham betapa penatnye pregnant nie, lg2 yg baru 1st time berkahwin. So awak terangkan kat die. Ingatkan die byk kali. Pregnant is about 2 people, not just only u. Kalau mcm sy, sy dan husband bekerja, ada 2 years kid, mmg penat sgt2 seharian, sy bekerja dari hari Isnin - Sabtu, husband pun lebih kurang, husband tanya sy dah makan ke, itupun dah cukup bagi sy for my emotional support. Mgkn ada husband awak support in emotional tp awak mgkn x perasan sbb awak nk kn perhatian. I x faham yg itu u nk perhatian yg mcm mana. Just take deep breath n try slowly ckp dgn husband okay.

Baca lagi
7mo ago

Betul juga kata sis, terima kasih atas tips insyaAllah saya cuba ❣️

Faham sgt2, kita mmg kecian suami keluar cari nafkah.. Sampai suami sy buat 2 kerja nak tanggung kami dgn baby baru lahir.. Sy faham, dia kena keluar rumah siang mlm, cuma kdg kita perlukan suami masa saat kita burnout, kdg semua kita rasa sorg2, kita nak ada tempat meluahkan tp suami jarang ada.. Pernah sy cuba meluahkan dlm keadaan beremosi, tp sy lupa yg dia pon penat juga.. Bila luah dlm keadaan beremosi, pasangan kita mesti akn salah faham seolah sy ni tak mampu, tak boleh jaga ank.. Tp sebenarnya kita cuma letih penat sgt and need support.. Apa yg sy buat, sy cuba bercakap dgn mil, and mil faham sgt keadaan sy dan bincang dgn suami.. Alhamdulillah slow2 suami pon cuba bantu juga, sekurangnya kita rasa kehadiran dia dlm bab menjaga anak.. Kalau tak kita sorg2 tak de tempat meluahkan.. Sy cadangkan sis cuba cari someone yg boleh bincang elok dgn suami bkn utk buka aib.. Sekarang pon kami masih belajar lg utk uruskan baby sendiri and kalau boleh sy tak nak bebankan suami. Kalau tgh mlm baby berjaga, sebolehnya kalau mampu sy tak nak suami terjaga, awal2 dulu rasa tak puas hati tp lama2 sy cuba ikhlaskan hati ni.. Mmg penat tp kita kuat

Baca lagi
7mo ago

Wahh saya harap saya sekuat sis 🥺 thank you, saya cuba ya ❣️

TapFluencer

Hormone mengandungan mcm tu la kot. Saya husband keje sendiri business sendiri biarpun mostly 24 jam depan mata pun kadang ade terasa hati juga. Biarpun dia baik sngat2 mmg dia upah maid trus buat keje rumah smua, saya masak je sbab saya suka masak and husband suka mkn masakan saya. And husband active sukan so mcm futsal, bola padang, gym, skateboard mmg slalu la pg. Kadang awal pagi dah pg gym smpai 1-2pm balik . Makan2 skit pastu 5pm kuar g main futsal pulak 😵‍💫 pastu seminggu skali setiap jumaat 11pm main bola padang smpai 1am. Camtu la. Maybe hormone time pregnant saya jadi cepat trasa. Yela kite nak husband sentiasa ade dngan kite kan. Tp husband cuba juga kadang setiap hari bawa kluar g mall jalan2 (tu usaha dia la juga nak happy2kan saya). Atau kadang saya ikut pg gym duk dlam gym kat fitness first platinum subang tu smpai tertido kat sofa. Husband ok je cuma dia kesiankan saya dah la pregnant pastu kena tunggu dia bersukan2 pula. Dia asyik tekankan suruh rehat la bnyak2 slagi blh rehat sbab nnt baby dah kuar ni mesti xckup rehat 😅

Baca lagi
7mo ago

❤️‍🩹❤️❤️

I feel u sis. Sy pernah kena masa anak sulung. Anak sulung nak masuk 4 thun thun depan masih segar ye dalam fikiran sy apa suami buat. Masa tu dah la pkp. Dia main game dari malam sampai la sesudah sahur dia tidur. Sy yg mengandung terkontang kanting sensorang. Masa tu 7 bulan x silap. Memang la sy x boleh puasa tak boleh la dia sambil lewa. Sahur lauk sy kena panaskan. Berbuka sy masakkan. Yela tk puasakan. Dia relax je duduk rumah. Tk tgok anime main game. Ada sekali tu dia tido sampai terlajak waktu buka. Sy kejut sy yg kena marah. Sy terkilan. Sy nk makan apa apa gigih buat sendiri masak dkt dapo tu. Dia sedap je dah siap makan. Ni baby no 2 sy due bulan puasa thun depan. Sy tak tahu nak hadap mcm mana. Tgok suami mcm masih sama. Bngun liat, susah masuk dapo dsb. Nak pantang rmh mama, mama pula dah duduk atas kerusi roda. Tak nak la susahkan Lagipun bulan puasa tu. Semua akan penat siapkan juadah sahur dan berbuka. Sy pun dlm pantang agaknya kena siapkan sahur dn berbuka suami. Entah la tgh berfikir jugak. 😭

Baca lagi
7mo ago

Awak saya pun suami yg suka main game. Cara saya mmg saya cakap elok2, abg masa tido ni la boleh me time berdua, bbual2, boleh tak nak tido skali, abg main lepas maghrib smpai wktu tido je boleh? Mcmtu saya cakap elok dgn dia, kena tgk mood dia. Cakap baik2. Inshaallah akan okay, kalau tak smpai anak 2 3 4 dok gitu dia rasa apa dia buat betul..

sy berpantang di rumah fmly sniri. walaupun suami kerja siang malam 7 hari smggu, sy tk stress. dalam pantang pun sy masih boleh jaga makan minum dia. wktu malam nk tdo pun sy sebolehnya taknk baby newborn sy nangis smpai mengganggu tidur suami. sy bangun bancuh susu anak, tukar lampin smua sniri. sbb nak suami bgun tdo dalam keadaan segar dan semangat bekerja cari nafkah. kena ikhlaskan layan suami kerana Allah . jgn merungut. kalau penat, cari benda yg awk dgn suami boleh buat bersama untuk pulihkan semangat. cakap elok2 inshaAllah takkan terjadi pergaduhan atau keluar kata kata yg melukakan. kalau sy, sblom tdo sy mintak nak peluk suami . kalau rasa nak nangis, sy nangis dalam pelukan dia. tkde ckp pape. kadang2 bila kita bnyk brckp, org salah faham . sy tktaulah situasi awak ni mmg bergantung dgn suami semata mata atau awak ada family atau kawan2? cuba arahkan support yg awak nak tu ke arah org lain. jgn harap dari suami sahaja sbb dia pun penat kerja. 🥲

Baca lagi
7mo ago

betul apa awak fikir. jaga aib dan maruah suami. cuma busykan diri dgn org lain juga. spend time dgn parents , adik beradik, kawan2, buat perkara yg happykan diri. masalah setiap org lain2 kn. sy harap ada jalan penyelesaian untuk awak suami isteri.

Saya masa mngandung, suami saya memang kerja rumah dia yang buat, tapi satu prkara tu buat saya tak puas hati mcm dia kerja pkl start 7 pagi, balik rehat dia selalu nak rest kdg dia dah makan dgn boss dia,lps rest g kerja balik smpai kdg pkl 7 ptg bru balik, mmg office dia dkt, tapi lepas balik krja lps mgrib dia prgi gym, hari2 macm tu, buat sya rasa saya kesorgan, n sy rasa takut jdi ap2 time dia brgym, lagipun sya rasa dia x dk msa dgn saya. So msa tu sya face to face dgn dia dia kata sya kna support minat dia, ya mmg sya spport, tak kisah pun dia nk bgym, at least ad msa dgn sya, sbb siang dah busy kerja. Kdg sy okey kdg x biasa la org kta hormon mngdung kan. So sya srh kak kak ipar saya bgi nasihat kat dia, Alhamdullilah dia dngar n lps tu dia bnyak luangkan masa dgn syaa

Baca lagi
7mo ago

Baik, terima kasih ❣️

Saya faham sis. Saya pun kerap juga bebel hal mcmni pasa suami saya. Saya dah hujung pregnancy tunggu nak beranak ni. Saya dikampung. Dia jauh. Terpaksa berkorban. Dia ot cari duit lebih. 7pgi sampai 8mlm kdg 9 baru balik. Balik rumah dia dah penat. Pukul 10-11 dah nak tidur. Hanya mampu vc. Even masa dekat pun mcmni. Tapi hanya fikir sebab pregnant kita jadi mudah terasa. Lgipun dia kerja bekerja keras sebab wife pun dah tak kerja. Sblm ni okay je. Jadi stay positive ye. Kadang2 itu perasaan je. Yelah tengah pregnant memang cepat terasa. Cuba berbincang. Lelaki ni kita tak ckp dia taktahu. Saya doakan awak dipermudahkan segala urusan dan sihat selalu ya. Be strong dear.

Baca lagi

sy Masa first mengandung..time lockdown. suami bnyk stress pasal kerja sbb dia seorng je kerja. kami selalu je gaduh sbb duit Tak cukup. sy pula emosi sgt hari2 nangis sbb husband Tak layan dgn kasih syg. sy Tak dpt attention drpd dia. last Sy keguguran Masa 13 minggu. this happened in 2020. and sampai sekrng kami masih menunggu utk baby. lps incident tu husband mmg jaga sy baik..sangat memahami Dan selalu dpt attention Dan care drpd dia. kami dua2 sngt menyesal sbb dulu Tak pandai control emotions and stress. hopefully akan dpt baby soon.. sis jgn stress , keadaan skrng temporary je..relax and enjoy ur pregnancy journey

Baca lagi

Faham , saya pon ada sekali tu nangis . Jadi suami bawa saya tinggal dengan mak saya , sebab suami memang busy dan penat sangat tapi sekali2 dia dtg peluk cium . Memang masa pregnant ni sensetif sikit tapi kena usaha faham . Suami saya rajin full , dia kerja f&b dari pukul 8 sampai 11 Tapi sampai rumah kdg2 pukul 12 lebih smpai pukul 1 ... memang penat. Just cuba tahan mulut ni dari sakitkan hati dia , tapi saya selalu terlepas juga 😂 .. saya tktau suami sis mcm mana . Cuba la sekali2 tu minta nak peluk walau beberapa saat . InsyaaAllah terubat sikit . Doa la semoga suami jadi lebih penyayang . Stay strong 💪🏻

Baca lagi
7mo ago

Aamiin, terima kasih 🥺❣️

Sy masa mngandung ank sulung mcm tu la. suami kerja bank balik mmng lambat sngt tambah kalau hujung bulan. Sy lak baru resign sbb alahan mngandung. Mula la rasa diri serba kurang, xde pendapatan, menyusahkan suami. Suami lak balik keje mndi dan tido. Fasa awal perkahwinan mcm tu sis. kita rasa kita kenal hati budi masing2 rupanya bnyk bnda kita belum kenal masing2. sekarang mengandung anak ke4. Sy pun dah faham dia, dia pun dah faham saya. masing2 happy Alhamdulillah. Insyaallah anak y bakal lahir tu nanti akan eratkan lagi hubangan sis dan suami insya-Allah

Baca lagi
7mo ago

Suami awal2 kawin tu dia stress dgn kerja tp dia x nak share. masalahnya bila blk keje terbawak2 ke rumah. kita tgok pun mcm salah anggap x happy blk rumah. Cara dia nak hilangkn stress tu dia ngadap fon. mcm nak avoid sembang hal keje dia. Km jnis pendam masing2. Lps dah ada ank masing2 mcm berubah. Dia tgok sy letih urus ank sorg2 kat rumah sbb dia tau ank sulung km jnis high need baby. mndi, mkn, masak semua terkejar2. Dia start luah appreciate sy jaga ank. Sy pun bljar hargai dia ckp terima kasih penat cari rezeki utk km. Slow2 dia mula bersembang hal tempat keje dia dan sy sembang hal sy sepnjng masa kat rumah. Lama2 baru la rasa mcm km ni team mate bkn sekadar housemate. Tula org ckp ank tu penghubung kasih syg mak ayh kn