Suami tk faham

Macam mana ya nak jadi orang paling penyabar. Saya semenjak beranak allahu terlalu stress. Tak terurus kehidupan saya dah. Mana nk urus anak, rumah, suami lagi😔 saya penat dengan suami saya, asyik lepaskan tekak dia je, mudahkan dia je. Dia je nk rileks. Dia je penat. Yela dia bekerja, saya suri rumah je.. tapi suri rumah lagi penat dari bekerja. Dia betul betul tk terfikir nak bagi saya rehat. Taknak me time pergi spa apa pun, cuma nak berehat 2 jam tanpa gangguan. Seminggu ni anak asyik nak dengan saya je. Saya faham la. Sebab dia bf, baby fully bf mmg extra manja dengan mak nya kan. Senang cerita ngempeng jela. Asal nak tidur je kena menangis, setakat ngempeng kadang kadang tak jalan utk dia tidur. Kena berdiri dodoi dodoikan. Mmg seminggu ni dia nak tidur je nangis, mmg susah tidur maybe sebab baru baik demam. Tapi suami saya langsung tk faham saya.. saya penat lah. Dia balik makan, main phone isap rokok, main dengan anak 10 minit. Anak nangis je terus bagi kt saya. Kkdg saya dah terlampau penat, yela dari pagi anak nak melekat je dengan saya. Mana tekejar kejar nak masak, nak kemas rumah, sidai baju, kkdg saya buat kerja rumah pakai carrier dia. Saya buat je kerja rumah sambil dukung dia dalam carrier. Menyapu ke memasak ke, dukung je asalkan dia tk nangis. Sbb nangis mcm kena pukul sangag sangat. Anak nangis bukan sentiasa nak menyusu, kkdg nak dukung, nak dodoi. Tapi suami saya terus bagi kt saya bukan dia nak try dodoi dulu. Saya penat sangat, smpai kkdg nak terpukul anak. Klau x boleh nk tlg jaga anak at least tolong la settelkan kerja rumah. Tk byk pun at least dpt la ringankn beban saya.. ni tak, balik kerja makan main phone hisap rokok. Klau dia tlg lap meja mkn lepas dia mkn pun jadi lah. Makan dah la berterabur, dia macam mana eh nak ckp seolah olah macam semua nya dia tunggu sayaa yang buat. Padahal benda simple, dah makan lap. Saya ni makan pun rushing rushing. Buat air milo pun tk sempat minum. Dah la dia tak bagi saya nafkah apa apa. Dia bagi 50 ckp terima kasih pun saya dah terima kasih sangat sangat. 10 ringgit pun tkpa, asalkan dia ckp terima kasih tlg jaga anak jaga rumah. Ni dah lahtk bagi apa apa, macam raja pulak perangai nya.. dah tahu tk mampu bagi dari segi kewangan, ringankan la beban beban yang ada. Ty

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

laki nie kne suruh sis.. klu nk harapkn volunteer, memg harapan.. tetapkn la 1 keje yg memg hsband kne buat.. contoh bsuh bju.. Klu da luahkn kepenatan awak tp hsband x paham.. memg xde spe nk tlg kte mlainkn dri sendri.. nie antre cara sye uruskn rumah 1) cuci bju 2x smggu.. sye cuci wktu mlm.. sidai dlm bilik kosg.. sye ske wat keje mlm lps anak da tdo 2) vakum umah smggu 1x.. slalu nye weekend tyme hsbnd cuti.. dye tgk anak, sye vakum.. habuk2 byk tu tahan je la mte kejap smentare nk tggu ahad 3) msk 1 lauk.. ade anak kcik memg x sempat 2-3 lauk.. nak prepare pn mkn mse.. so sye try satukan lauk protein+sayur.. klu x pun, ulam timun.. anak sis umur bpe skg? klu newborn & blum ade rutin, susah sikit nk plan.. tp ble baby da mkin besar, da ade rutin sendri insyaaAllah mkin mudah.. sye gne buai, walker.. anything yg memudahkn sye keje & x stress duduk kt umah..

Baca lagi

dalam islam nafkah awak dan anak, suami wajib bagi. dh mmg menjadi tanggungjawap dia. kalau kata dia complaint awak xcantik sekalipon. dia kena provide duit utk awak maintainance awak. ambik satu hari cuba awak pillow talk dgn suami awak. lelaki ni kadang tu kita kena bagitau. baru dia tau.

Baca lagi
2y ago

Terima kasih awak. Insyaallah nnti saya try borak borak dengan dia. Susah nak berborak, lg lg bab duit. Takut dia terasa..

Sebab tu kawin ni kene komunikasi. Bincang berdua. Awk kne ckp kalaku laki jenis ni. Bgtau awk penat tolongla ape yg patut. Nafkah tu wajib minta jgk event 50. Dosa dia xbg sbb awk xredha ni. Cakap elok2 dgn dia

2y ago

Mmg biase isteri ni simpan je tp kalau dh sampi tahap ni sis kne cakap dgn dia. Nti dah kawin lama mmg dia ingat sis ok sampai bila2 dia gitu. Kdg laki ni kne ckp baru diorg tau. Laki ni kan slow skit. Lgpun itu tanggungjawab dia. Cari masa yg sesuai utk sembang dgn dia. Lepas mkn waktu weekend masa tenang2 la. Good luck ye

faham situasi awak. benda ni awk kena bincang dgn suami. slow talk. tak pun awk cakap "boleh tak tolong basuh pinggan?" "boleh tak tolong sidai kain?" "boleh tak tolong Sy kemas rumah harini?"

2y ago

tak semua lelaki ada common sense yg tinggi mcm ppuan. nampak sepah, nk tolong kemas. percayalah, lagi awk tak bagitau, lagi awk stress. Sy pun pernah mcm awk. stress sorang2 sebab rasa mcm semua kerja rumah kena buat sorang. so nak taknak, bagitau suami. nk mntk buat itu ini. lama² dia akan boleh buat sendiri, jarang dah kita mntk tolong dulu. itu yg berlaku dekat suami Sy. sebab kita dari asuhan yg berbeza dan selalunya ada orang tua dulu2 dia tak ajar sangat anak lelaki buat kerja rumah/terbiasa tengok Mak je yg buat kerja rumah, Ayah kerja² luar. so mereka dah terbiasa. jadi kita as a wife kena ajar dia. takpe nampak mcm mengarah dia buat kerja, janji kita tak penat sorang2. nanti bila mood tak okay, rumahtangga kita pun jadi tak okay. Sy pun kadang penat nk bagitau benda sama setiap hari tapi daripada kita penat sorang2, Sy pilih utk bagitau je. InshaAllah yg baik2 utk awk. be strong ye mummy 💪