Alahan teruk

Hi saya pregnant 10 weeks and alahan sangat teruk sejak tahu pregnant dari 5 weeks. Sampai sekarang alahan teruk. Bukan pagi je, siang malam muntah makan je muntah. Ada apa apa tips tak untuk kurangkan alahan. Saya bukanlah peminat asam dah cuba makan asam tapi tak suka. Please mummy help me 😭

13 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Makan buah oren? Tips saya makan sikit tapi kerap. Setiap masa makan. Saya buat macamtu alhamdulillah kurang sikit muntah. Sis boleh bancuh air milo kosong (tak letak gula/susu langsung). Air milo 2 sudu besar + air suam. Saya sampai sekarang nasi tak lalu makan jadi saya ganti dengan roti, mee. Nasi kalau ambil pun sikit sangat dalam 4-5 suap je. Bangun pagi, saya minum milo + roti + buah oren (separuh buah). Then makan biskut. Tengahari, saya masak then makan nasi/mee. Makan roti lagi lepas makan ataupun saya minum jus buah. Malam, saya makan nasi/mee then minum susu. Air masak pun saya minum juga sambil makan tu. Harap tips ni boleh tolong sis ☺

Baca lagi
2y ago

Thank you sis for the tips! In Shaa Allah maybe lepas ni boleh cuba 🥰

Takde tips sis, sy pun lepas masuk 20w baru berkurang sikit alahan 😭 faham sangat mcm mana seksanya. Berat turun berkilo2 sbb alahan. Dalam first tri tu yg sy boleh telan air yogurt bliss tu je utk elak pengsan takda tenaga, itu pun buat sy sangkut gdm lepas minum air gula masa 9w, walaupun bacaan tak tinggi. So sy tak sarankan amik air glucose/ jus kotak yg manis2. Better blend jus sendiri utk bagi tenaga. Makan ikut mood sis, kalau rasa nak makan tu, makan je ok! Semoga tabah dan kuat 💪🏻

Baca lagi
2y ago

Sis rnma ; sy minum bliss tu alhamdulillah takda effect apa pun utk baby. Doc kata bagus amik yogurt utk elak sembelit, sbb majoriti mommy awal2 trimester mesti sembelit. Membuang jd lancar je minum bliss. Tp tula, gula tinggi kan, so sangkut gdm pulak. Lepas sy tinggal bliss tu, gula jd normal. So seeloknya makan greek yogurt yg takda gula tu je, blend sendiri dgn buah2 yg kita suka.

Saya pun sama. Tahuu je pregnant 5weeks terus kena alahan. Terus sensetiv dgn bau tumisan. Oh tuhan je tahu. Bila tak boleh bau tumisan, otometik tak boleh masuk semua jenis makanan . Muntah hijau setiap hari. 😢 yg sy boleh makan cuma buah... Asam mmg saya tak boleh telan, walaupun sebelum pregnant sy penggemar asam/jeruk.. Yg sy boleh telan cuma buah naga / oat shj... 4bulan sy menanggung alahan. 😭😭😭 Semoga sis terus kuat ya ! Nnt lama lama alahan tu hilang 😘

Baca lagi

sama la sy... arini dah 12w scan td... alahan mmg teruk... ikut makan apa, asal xkena muntah... hilang kejap rasa penat pergi scan td anak aktif... bergerak, berpusing.... Sy set, biarlah alahan teruk janji anak dlm perut sihat.

VIP Member

Sy dlu mcm ni jgk. Mmg xleh makan lgsg. Tp paksa minum air tw. Muntah xpe asal ada air yg masuk. Kalo x mmg kene warded. Sy letak ais baru bleh minum. Tu pn seteguk je stiap kali minum. Minyak angin letak kat kepala n leher.

2y ago

Paling takut kena warded. Harap harap dah masuk 2nd trimester okay dah 😭😭

Cuba lebihkan minum air kosong. Badan tgh guna air banyak waktu mengandung. Saya pun sama, tapi lepas minum air kosong ok pulak. Cubelah ye semoga berjaya.

2y ago

try guna straw mcm sy😬😬 air sejuk je lalu kat tekak

VIP Member

Alahan sebab perut kita kosong sis. Makan sikit2 jangan tunggu lapar. Tips saya sebelum makan saya akan muntah dulu buang asid2 tu.

2y ago

Haah biasanya bila perut lapar lagi rasa nak muntah tapi masalahnya tu takut nak makan sebab lagi rasa nak muntah. Okay sis thanks for the tips🥰

Kalau x leh makan sgt sis ambik la air glucolin tu.. at least xde la badan kekurangan gula

2y ago

Pernah minum. Seksa nya nak telan😂😭

Sabar je tips nya mummy.. insyaAllah masuk 2nd trimester alahan akan hilang sendirir

2y ago

Thank you awak. Harap harap 2nd trimester hilang 😭

VIP Member

Maaf sis, takde tips. Semoga dipermudahkan urusan ye sis. Allahumma Aamiin