BERSALIN NORMAL ATAU CZER

saya iui pregnancy, harini checkup dgn pakar. Masuk bilik doktor tu, dr terus tnya, dah plan ke nk bersalin mcm mana? Dr kata selalu nya ivf, iui ni dorang suggest czer sbb precious pregnancy. Not normal. Dorang tknk ambik risiko bersalin normal. Nanti 36w jumpa pakar lg, nk discuss pasal ni. Kalau korang, korang pilih czer ke normal ? Nk tnya org yg pengalaman czer, dari segi penjagaan dan side effect bius mcm mana ? Korang ada sakit sakit ke lepas czer ?

12 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Macam saya ttc hampir 3 tahun. Memang nak cuba normal tapi very poor progress. Checkup 40w2d baby masih belum engage. Tapi contraction dah mula ada. Uri pun dah terlalu matang. Jantung baby dah mula slow. Dr nasihatkan untuk czer sebab risau kalau tunggu lagi takut apa2 jadi kat baby. Takut fetal distress, berak, then tertelan najis. Tapi dr still bagi pilihan. Nak terus czer, nak tunggu tarikh serah diri yang kk bagi which is lagi seminggu, atau induce. Tanpa fikir panjang saya buat keputusan untuk czer. Esoknya pagi2 terus czer 😊 Penjagaan InshaAllah sangat mudah. Just kena make sure tempat czer sentiasa kering. Lepas mandi biasa saya baring kejap, lap2 bagi kering dan sapu ubat. Kalau boleh jangan renyah sangat. Kalau betul cara penjagaan, 2-3 minggu dah tercantum helok dah tempat czer. Yang penting kena ada sokongan dari family. Husband kee, siapa2 yang jaga sis nanti kena juga bantu sis jaga baby kejap2 untuk bagi sis rehat sikit 😉

Baca lagi
TapFluencer

Ikut nasihat doktor. Pergalaman bersalin kali pertama kena emergency czer. Penjagaan kena pastikan parut czer sentiasa kering, jaga postur daripada duduk / baring jd berdiri dgn betul. Slow motion. Elakkan angkat berat dan buat kerja berterusan. Slow walk semampu mungkin slps sedar drpd tidur slps czer. Makan, jngn tak makan walaupun takde selera. Sehingga kini, selepas bersalin setahun 5 bulan, kesan czer akan rasa tak best jika saya buat kerja berterusan. Ada orang 7 tahun masih terasa. Ikut badan masing2. Jaga pemakanan sihat lg baik. Minum air kosong secukupnya, ambil makanan sumber protein dan vitamin C utk pemulihan yg baik. Senam dan jaga postur sesuai post natal. Kesan bius hingga kini, tiada apa-apa kesan sampingan. Pastikan diri tak ambil jamu / supplement merepek. Ambil supplement atas nasihat doktor. Amalkan gaya hidup dan pemakanan sihat dgn betul.

Baca lagi
1y ago

Half bius. Sedar semasa procedure czer.

saya pertma kali bersalin emergency czer sbb fetal distress. bukaan masa tu 4cm dah. penjagaan luka lepas mandi lap kering2 dah lap dgn tuala saya lap lagi tisu pula. bila free saya akan baring dan kipas saya hala pada bahgian luka sbbnya saya berpeluh di kawasan luka czer tu. luka saya terbuka sikit disebabkan sayaa lasak, saya akan kerap lap luka czer tu dan pastikan kering, kalau saya berpeluh saya akan hala kipas pada luka supaya betul2 kering. lepas habis buis alhamdulillah saya tak rasa sakit sgt. bila nak bgn dari katil saya kan bgn perlahan2 jalan pun sama perlahan2 je jalan sambil ampu. alhamdulillah sampai sekarang takde apa2 kesan bius.

Baca lagi
1y ago

Dr x spray kalis air ke pd luka tu? Sy dulu dia spray so air kena xda masalah. Sy operate cyst removal. Tapi incision sama mcm czer pnjgnya

Apa yg doktor ckp tu betul. Precious pregnancy better czer sebab takut komplikasi macam fetal distress ke apa. Czer ni tak seteruk yg dikatakan. Mula2 rasa takut tapi senang je sebenarnya. As long as masa lepas mandi keringkan tempat czer tu betul2. Nak batuk, bersin kena ampu perut dengan bantal. Nak berak nak kencing usually x sakit sebab bawah x luka. 2 minggu pertama mungkin awk susah nak bangun dari katil sebab kita kena guna otot perut utk bangun tapi dont worry, kena tekniknya x sakit pun nak bangun. For me, go for czer

Baca lagi

Sy 2x czer.. Skali di swasta dan skali di kerajaan.. Di swasta digam bahagian perut.. Ada ada infection luka terbuka sedikit.. Hari2 g cuci di kk😓bersalin di hospital kerjaan plak dia jahit pakai benang mcm mata kail tu.. Mmg 15 hari jgk jalan slow.. Tp jahitan ok.. Dlm masa 2,3mggu sy sihat dan ok mcm biasa. Bg sy ok je czer ikut bdn masing2 rasanya..sy ivf baby. Dua2 x boleh normal sbb baby besar. Dan x ada bukaan.

Baca lagi

sye dua2 anak emergency czer. biasa 6jam lps czer ubat bius akan hilang and nurse baru bg baby dkt kite. once ubt bius hilang bru trasa sakitnya perut😂. nk bgun batuk bersin semua susah sakit 😂. bnykkan makan oren untk luka cpt baik. sye alhamdulillah 2mnggu dh blh jalan laju 🫢 hihi.

1y ago

Haah side effect ni yg saya fikir ni, dr kata kalau czer, delivery lebih terancang. Kalau normal ni mcm mcm boleh jadi.

kalau saya diberi pilihan, nak bersalin normal + epidural.. tp ikut doktor yg tgk kita lah dgr dia kata apa

Saya pon doktor cadangkan suruh czer sebab ttc 8 tahun lebih ank ptama. tapi belum buat keputusan lagi.

sorry lari topik. nk tnya pengalaman org czer. lepas czer ambil masa berapa lama utk long drive?

1y ago

3jam lebih. Dalam 1 hari tu pergi dan balik pada hari yg sama sebab beraya rumah abg ipar sahaja. Hampir 7 jam kalau ikut kiraan pergi dan balik.

nasihat sy, ikutlah cadangan Dr. sebab diorang lebih pakar dalam bidang ni

1y ago

stuju..