BERSALIN NORMAL ATAU CZER

saya iui pregnancy, harini checkup dgn pakar. Masuk bilik doktor tu, dr terus tnya, dah plan ke nk bersalin mcm mana? Dr kata selalu nya ivf, iui ni dorang suggest czer sbb precious pregnancy. Not normal. Dorang tknk ambik risiko bersalin normal. Nanti 36w jumpa pakar lg, nk discuss pasal ni. Kalau korang, korang pilih czer ke normal ? Nk tnya org yg pengalaman czer, dari segi penjagaan dan side effect bius mcm mana ? Korang ada sakit sakit ke lepas czer ?

12 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Ikut nasihat doktor. Pergalaman bersalin kali pertama kena emergency czer. Penjagaan kena pastikan parut czer sentiasa kering, jaga postur daripada duduk / baring jd berdiri dgn betul. Slow motion. Elakkan angkat berat dan buat kerja berterusan. Slow walk semampu mungkin slps sedar drpd tidur slps czer. Makan, jngn tak makan walaupun takde selera. Sehingga kini, selepas bersalin setahun 5 bulan, kesan czer akan rasa tak best jika saya buat kerja berterusan. Ada orang 7 tahun masih terasa. Ikut badan masing2. Jaga pemakanan sihat lg baik. Minum air kosong secukupnya, ambil makanan sumber protein dan vitamin C utk pemulihan yg baik. Senam dan jaga postur sesuai post natal. Kesan bius hingga kini, tiada apa-apa kesan sampingan. Pastikan diri tak ambil jamu / supplement merepek. Ambil supplement atas nasihat doktor. Amalkan gaya hidup dan pemakanan sihat dgn betul.

Baca lagi
8mo ago

Half bius. Sedar semasa procedure czer.