Yaya profile icon
PlatinumPlatinum

Yaya, Malaysia

Kontributor

About Yaya

Mommy to be

My Orders
Posts(11)
Replies(317)
Articles(0)

PART 2 -PRE TERM CONTRACTION & PP TYPE 2

Mmg pakai pad la sepanjang dekat wad tu. Tpi bleeding dah takde. Terima kasih sangat nurse2 dekat wad tu. Dorg la yg tukar pad. Dorg la yg cuci sy punya tuttt. 3 hari je dekat situ. Sepanjang dekat situ kena drip NS. Smpai sembab muka😅 Dan kena puasa juga. Nk minum air sikit pun tak boleh. Boleh makan waktu pgi dan ptg je. Waktu melawat dekat situ pun singkat. Husband menangis tgk sy penuh jarum wire2 siap oksigen lgi sbb oksigen sy drop dan kitaorg takpernah berjauhan. Tetiba malam tu tgh tido oksigen makin drop 2x. Nurse kejut suruh tarik nafas dalam2. Yg sy ingat sy tarik 2x mcm tu je pastu terus terlelap. Rasa mengantuk sangat2. Hahahah. Hari ke 2 bangun2 tido rasa sakit dada pulak smpai menangis. Buat ECG kali ke 2 pun sama result normal. Dah kena buat CT scan pulak. Result menunjukkan jantung besar sikit. Tpi doktor kata normal utk org pregnant. Dpt appointment lgi 3 hari utk buat echo pulak. Result echo pun normal je. Hari ke 3 oksigen pun dh ok bleeding pun dh takde, nurse bangunkan, pimpin bawak pegi mandi. Siap masuk toilet sekali sy sebab sy pening. 3 hari kan tak bangun, terlantar je atas katil. Lepas mandi nurse tolak masuk wad biasa dah. 25 hari sy dekat hosp tu. Dari 28minggu sampai 31minggu 4hari. Doktor nak tahan smpai sy beranak. Siap dh booking tarikh utk ceaser 26/10. 2x buat TVS. Takde perubahan pun uri sy still kt bawah. Setiap minggu kena FBC. Pernah HB smpai 8 dan kena drip cosmofer. Tangan ni dah lebih 10 kali kena cucuk tukar jarum. Sebab dh bengkak lebam. Smpai dh takde tempat nk cucuk. Doktor kan nk tahan sampai beranak. Hari ke 25 tu husband mintak nk discharge sebab nk beranak kampung. Dekat sini takde org jaga. Nk tanam uri pun taktau kat mana. Tpi AOR laa.. kena bebel dlu sebelum keluar. 😅 Esok tu bermula la perjalanan kami balik kmpg. Alhamdulillah sepanjang atas jalan selama 9jam tu takde bleeding pape sampai la skrg dah nk masuk 35minggu. Dekat kmpung dapat appointment dgn pakar utk check balik uri pada 33minggu 4 hari. Alhamdulillah uri dah naik dan boleh beranak normal. Tunggu masa je baby keluar. Tak sabar nk jumpa baby. Terima kasih pada ibu sy yg tak putus doa kat sy. Dan mertua yg buat solat hajat utk sy. Sebenarnya kampung tu rumah mertua, dia jaga sy baik sgt. Setiap pagi sblm sy bangun mesti dh prepare makanan utk sy. Sepanjang kt sini tak pernah pun sy masak. Selalu dia ckp hati2 bila jalan licin. Pagi2 kejut bangun subuh. Tak terbalas jasa dia. Itu saja cerita sy. Terima kasih sebab baca sampai habis.

Read more
 profile icon
Write a reply

PRE TERM CONTRACTION & PP TYPE 2

Hai ibu2 semua. Sy just nk share pengalaman mengandung semasa 28 minggu. Sorry kalau panjang sangat. Nk cerita dari A-Z. Ini anak pertama sy dan sy ttc 2 tahun. Dalam pukul 5 petang, sy start rasa sakit perut. Tapi still boleh berdiri masak kat husband lagi. Hujung2 masak tu sy betul2 tak tahan sampai menangis terbaring. Siap pakej muntah. Husband cakap gastric kot ajak pegi klinik pukul 7.30mlm. Tak jadi dia nk masuk OT. Otw g klinik, muntah lagi. Sampai klinik sy mintak inj ranitidine dekat doktor utk hilangkan sakit tu. Doktor tekan2 perut dia cakap bukan gastric ni. Ni contraction sebab perut keras. Dia tak boleh bagi inj. Mana la sy tahu contraction ke gastric sebab tak pernah sakit pun😅 Dia buat referral letter ke hosp. Otw g hosp pun muntah lgi. Smpai hosp pukul 9.30mlm doktor tekan2 mmg betul contraction. Medical panggil pre term contraction. Kekerapan sakit tu setiap 10 minit tpi sakit tu dlm 10 saat je. Doktor pun check jalan pkai muncung itik. Masa masuk tak sakit. Bila dia bukak bagi luas tu ya Allah sakitnyaaaaaa . Terangkat bontot. Tpi Alhamdulillah jalan tak bukak pun. Lepas tu buat scan atas bawah pulak. Tetiba dpt diagnosed pp type 2. Maka hospital la rumah kita. Pkl 2.30pgi baru masuk wad. Lama sebab proses kt PAC tu lambat. Tunggu doktor tu dtg la doktor ni dtg la. Kesian husband dekat luar setia menunggu. Dpt injection dexa incase nk terberanak awal. Dalam pukul 7pgi baru la contraction stop. 9.30pgi tetiba ada spotting pinkish gitu dekat tisu. Ingat ke luka sbb muncung itik semalam tu. Rupanya bukan. Doktor kata mmg ada bleeding dekat cervix. Tpi jalan tak bukak. Dan2 la masa tu terus naik darah tinggi. Nadi 135. Sempat la nurse buat ECG tpi result normal je. Terus masuk wad pemantauan sbb bleeding. Dah la hp takboleh bawak masuk. Husband susah hati dh kat rumah. Dekat situ siap pkai tiub urine lagi. Tak sakit langsung pun. Ngilu sikit je. Pastu dpt ubat panas. Tpi sy rasa takpanas langsung. Nurse pun pelik. Org lain taktahan panas tu. Pkl 3pm dpt 2nd dexa. Sambung part 2

Read more
 profile icon
Write a reply