Sesi Tanya Pakar Bersama Syazwani Binti Mansor, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh.
Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Selepas bersalin memang ramai wanita yang bising berat badan naik. Ramai yang cuba turunkan berat badan, ada yang berjaya ada yang sebaliknya. Jadi, apa cara yang paling berkesan? Bukan sahaja inginkan berat badan turun, ada juga yang ingin mengembalikan semula tenaga yang hilang sewaktu bersalin dan sepanjang mengandung. Tambahan lagi jika ada diet yang boleh membantu memeriahkan susu badan, lagi ibu-ibu suka. Jadi, jika anda sebarang pertanyaan tentang diet apa yang sesuai selepas bersalin, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang diet pemakanan selepas bersalin bersama Syazwani Binti Mansor, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh, BSc (Hons) Dietetics (UniSZA) pada 9 Februari 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.
Saya nak tanya berkaitan diet. Tapi off topic. Saya cuba jika dibalas. 😁 Berat badan turun mendadak selepas bersalin. Masa hamil 65kg. Sekarang 9 bulan selepas bersalin 46kg. Setelah membuat pemeriksaan di klinik, saya pre diebetis. Saya juga menyusukan anak dgn susu ibu sepenuhnya. Syukur saya bertenaga sejak sehari selepas bersalin hingga kini kecuali jika tak makan on time. Saya akui saya tak jaga waktu makan terutamanya makan tengahari kerana tak sempat masak dek melayan anak, jadi makan pun tak menepati diet no sugar less carbohydrates. Adakah makan energy bar boleh menjadi alas perut pada waktu makan tengah hari? Adakah ia sesuai untuk saya ikhtiar reverse pre diabetis? Mohon penjelasan. Terima kasih.
Baca lagimacamana cara diet yang betol yer doctor...saya tidak minum air manis..hanya air masak..makan nasi powm kurang ..tapi berat xturun powm..berat mse mngdung 80...lpas brslin 69...smpy ank dah masuk 4 bulan msih berat sama 69 walaupun makan dah kurang..
time ksih puan syazwani☺️☺️
salam puan..boleh suggest x pemakanan yg betul utk kempiskan perut selepas bersalin? sy ada pakai bengkung tp macam kurang membantu sbb buncit sy mcm pouch bag,kulit terkeluar habis..sy dah kali ke2 bersalin dan perut mmg xpernah kempis🥲
Salam puan, tiada diet khusus untuk kempiskan perut. Diet yang sihat dan seimbang adalah lebih penting. Walaubagaimanapun jaga diet sahaja tidak cukup, puan perlu tingkatkan aktiviti fizikal. Saranan sekurang-kurangnya 30-60minit sanaman intensiti sederhana 5-7 hari seminggu.
boleh ke minum kafein selepas bersalin dalam tempoh berpantang sedia maklum ibu2 akan tak ckup tidor untuk handle anak waktu malam waktu pagi huhu. so adekah boleh kalau nak minum nescafe/ latte utk mengelakkan mengantuk?
Hai Puan. Bersumberkan CDC, terdapat had untuk ibu mengandung dan menyusukan anak untuk minum minum berkafein iaitu 200-300mg caffeine sahaja sehari. Bersamaan 2 ke 3 cawan coffee sahaja. Walaubagaimana pun kandungan caffein di setiap air nescafe/latte/coffee/air gas/teh dan minuman coklat adalah berbeza. Kurangkan pengambilan minuman berkafein adalah digalakkan.
Hi puan syazwani , Kandungan saya sekarang 37minggu 3hari , saya kerap mengalami perut mengeras 10minit skli dalam beberapa jam , tapi dia hilang dan kembali normal ? Jadi saya Perlu pegi ke hospital ke ?
Salam Puan.. saya tidak boleh jawab soalan ini kerana saya bukan Doctor.. nasihat saya call hospital berdekatan atau pergi ke klinik puan checkup segera..
Hai Cik Syazwani, Bagaimana ingin mengamalkan diet pemakanan apabila menyusu anak? Bagaimana ingin mengawal selera makan sejak bermula 3rd trimester selera makan menjadi-jadi? Terima kasih
Baca lagiHai Puan Nora, pemakanan apabila menyusukan anak memerlukan penambahan kalori sebanyak 500kcal dan 13-19g Protein sehari. 500kcal dan 19g protein boleh di agihkan kepada 3 hidangan utama ATAU 3 hidangan ringan. Contohnya: - Semasa 3 kali waktu makan utama (sarapan, makan tengahari, makan malam): Boleh tambah 1/2 hidangan karbohidrat (1 senduk rata nasi/mihun/kueyteow/1 keping roti / 1 hidangan buah dan 1/2 hidangan protein (1/2 ketul ayam/1/2 ekor ikan kembung/selar/ 1/2 keping ikan tenggiri /1 biji telur/1 keping tauhu/tempeh / 1 gelas susu ATAU - Semasa 3 kali hidangan ringan (kudapan minum pagi, minum petang, minum malam): 1 keping roti+1biji telur / 2 biji telur rebus / 3 sudu oat+1gelas susu Jika ingin mengawal selera, puan boleh memilih makanan yang lebih sihat, kurang manis, kurang minyak dan kurang masin dan teruskan aktiviti fizikal setiap hari seperti berjalan kaki sekurang kurangnya 30 minit sekali sesi.
sebenarnya perlu ke diet kalau kita bf anak? bf kan asyik lapar je. 😂 tp Alhamdulillah dah 8 bulan anak, berat masih sama. risau kalau dh wean off nanti je 😅
Jika Puan mempunyai penyakit lain, puan perlu dapatkan nasihat dari Doktor Dan Dietitian yang rujuk kes puan.. Jika puan mempunyai penyakit IgA nephropathy, secara umumnya: 1. Hadkan makanan tinggi lemak tepu, lemak trans Dan kolesterol, 2. Gantikan dgn lemak Poli tak tepu Dan mono tak tepu 3. Kurangkan makanan tinggi sodium 4. Kawal pengambilan protein (jumlah protein seharian perlu bincang dengan Dietitian yang rujuk kes puan)
klau mkan sayur berangin ank akan jadi kembong perut ke? sya smua sayur mkan dlm pntang sbb asyik lpar nk diet tu 1% je
Hai Puan Iszah, setakat ini tiada kajian klinikal yang membuktikan sayur berangin boleh menyebabkan kembung perut bayi. Sayur adalah sumber serat, vitamin dan mineral yang bantu sistem penghadaman, membantu rasa kenyang lebih lama dan meningkatkan imuniti badan. Teruskan pemakanan sihat dan seimbang menggunakan konsep suku suku separuh iaitu suku pinggan karbohidrat, suku pinggan protein dan separuh pinggan adalah sayur semasa makan utama.
Selamt ptang doktr sy nak tny normal ke skit area servik klu nak tdo mmng sush rasa sngt tekana sakit tu
Selalu sembelit during breastfeeding 😞
Hai Puan Shafina. Untuk mengelakkan sembelit, puan perlu: 1. Minum air yang cukup iatu 6 ke 8 gelas air setiap hari. 2. Makan lebih serat iaitu sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah sehari. 1 hidangan sayur bersamaan 1/2 cawan sayur yang di masak / 1 cawan salad/ulam. 1 hidangan buah bersamaan 1 biji sederhana epal/oren/pisang atau 1/2 biji sederhana jambu batu/mangga/dragon fruit atau 1 potong tembikai/betik. 3. Semasa hidangan utama, 1/2 pinggan perlulah sayur-sayuran
seorang ibu ❣️