Sesi Tanya Pakar Bersama Syazwani Binti Mansor, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh.

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Selepas bersalin memang ramai wanita yang bising berat badan naik. Ramai yang cuba turunkan berat badan, ada yang berjaya ada yang sebaliknya. Jadi, apa cara yang paling berkesan? Bukan sahaja inginkan berat badan turun, ada juga yang ingin mengembalikan semula tenaga yang hilang sewaktu bersalin dan sepanjang mengandung. Tambahan lagi jika ada diet yang boleh membantu memeriahkan susu badan, lagi ibu-ibu suka. Jadi, jika anda sebarang pertanyaan tentang diet apa yang sesuai selepas bersalin, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang diet pemakanan selepas bersalin bersama Syazwani Binti Mansor, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh, BSc (Hons) Dietetics (UniSZA) pada 9 Februari 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Syazwani Binti Mansor, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh.
12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

boleh ke minum kafein selepas bersalin dalam tempoh berpantang sedia maklum ibu2 akan tak ckup tidor untuk handle anak waktu malam waktu pagi huhu. so adekah boleh kalau nak minum nescafe/ latte utk mengelakkan mengantuk?

3y ago

Hai Puan. Bersumberkan CDC, terdapat had untuk ibu mengandung dan menyusukan anak untuk minum minum berkafein iaitu 200-300mg caffeine sahaja sehari. Bersamaan 2 ke 3 cawan coffee sahaja. Walaubagaimana pun kandungan caffein di setiap air nescafe/latte/coffee/air gas/teh dan minuman coklat adalah berbeza. Kurangkan pengambilan minuman berkafein adalah digalakkan.