Sesi Tanya Pakar Bersama Syazwani Binti Mansor, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh.

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Selepas bersalin memang ramai wanita yang bising berat badan naik. Ramai yang cuba turunkan berat badan, ada yang berjaya ada yang sebaliknya. Jadi, apa cara yang paling berkesan? Bukan sahaja inginkan berat badan turun, ada juga yang ingin mengembalikan semula tenaga yang hilang sewaktu bersalin dan sepanjang mengandung. Tambahan lagi jika ada diet yang boleh membantu memeriahkan susu badan, lagi ibu-ibu suka. Jadi, jika anda sebarang pertanyaan tentang diet apa yang sesuai selepas bersalin, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang diet pemakanan selepas bersalin bersama Syazwani Binti Mansor, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh, BSc (Hons) Dietetics (UniSZA) pada 9 Februari 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Syazwani Binti Mansor, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh.
12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Saya nak tanya berkaitan diet. Tapi off topic. Saya cuba jika dibalas. 😁 Berat badan turun mendadak selepas bersalin. Masa hamil 65kg. Sekarang 9 bulan selepas bersalin 46kg. Setelah membuat pemeriksaan di klinik, saya pre diebetis. Saya juga menyusukan anak dgn susu ibu sepenuhnya. Syukur saya bertenaga sejak sehari selepas bersalin hingga kini kecuali jika tak makan on time. Saya akui saya tak jaga waktu makan terutamanya makan tengahari kerana tak sempat masak dek melayan anak, jadi makan pun tak menepati diet no sugar less carbohydrates. Adakah makan energy bar boleh menjadi alas perut pada waktu makan tengah hari? Adakah ia sesuai untuk saya ikhtiar reverse pre diabetis? Mohon penjelasan. Terima kasih.

Baca lagi
3y ago

Baik, faham. Terima kasih puan Syazwani