Sesi Tanya Pakar Bersama Syazwani Binti Mansor, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh.

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Selepas bersalin memang ramai wanita yang bising berat badan naik. Ramai yang cuba turunkan berat badan, ada yang berjaya ada yang sebaliknya. Jadi, apa cara yang paling berkesan? Bukan sahaja inginkan berat badan turun, ada juga yang ingin mengembalikan semula tenaga yang hilang sewaktu bersalin dan sepanjang mengandung. Tambahan lagi jika ada diet yang boleh membantu memeriahkan susu badan, lagi ibu-ibu suka. Jadi, jika anda sebarang pertanyaan tentang diet apa yang sesuai selepas bersalin, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang diet pemakanan selepas bersalin bersama Syazwani Binti Mansor, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh, BSc (Hons) Dietetics (UniSZA) pada 9 Februari 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Syazwani Binti Mansor, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh.
12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

salam puan..boleh suggest x pemakanan yg betul utk kempiskan perut selepas bersalin? sy ada pakai bengkung tp macam kurang membantu sbb buncit sy mcm pouch bag,kulit terkeluar habis..sy dah kali ke2 bersalin dan perut mmg xpernah kempis🥲

3y ago

Salam puan, tiada diet khusus untuk kempiskan perut. Diet yang sihat dan seimbang adalah lebih penting. Walaubagaimanapun jaga diet sahaja tidak cukup, puan perlu tingkatkan aktiviti fizikal. Saranan sekurang-kurangnya 30-60minit sanaman intensiti sederhana 5-7 hari seminggu.