Sesi Tanya Pakar Bersama Syazwani Binti Mansor, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh.

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Selepas bersalin memang ramai wanita yang bising berat badan naik. Ramai yang cuba turunkan berat badan, ada yang berjaya ada yang sebaliknya. Jadi, apa cara yang paling berkesan? Bukan sahaja inginkan berat badan turun, ada juga yang ingin mengembalikan semula tenaga yang hilang sewaktu bersalin dan sepanjang mengandung. Tambahan lagi jika ada diet yang boleh membantu memeriahkan susu badan, lagi ibu-ibu suka. Jadi, jika anda sebarang pertanyaan tentang diet apa yang sesuai selepas bersalin, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang diet pemakanan selepas bersalin bersama Syazwani Binti Mansor, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh, BSc (Hons) Dietetics (UniSZA) pada 9 Februari 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Syazwani Binti Mansor, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh.
12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

sebenarnya perlu ke diet kalau kita bf anak? bf kan asyik lapar je. 😂 tp Alhamdulillah dah 8 bulan anak, berat masih sama. risau kalau dh wean off nanti je 😅

3y ago

Jika Puan mempunyai penyakit lain, puan perlu dapatkan nasihat dari Doktor Dan Dietitian yang rujuk kes puan.. Jika puan mempunyai penyakit IgA nephropathy, secara umumnya: 1. Hadkan makanan tinggi lemak tepu, lemak trans Dan kolesterol, 2. Gantikan dgn lemak Poli tak tepu Dan mono tak tepu 3. Kurangkan makanan tinggi sodium 4. Kawal pengambilan protein (jumlah protein seharian perlu bincang dengan Dietitian yang rujuk kes puan)