Sesi Tanya Pakar Bersama Syazwani Binti Mansor, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh.

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Selepas bersalin memang ramai wanita yang bising berat badan naik. Ramai yang cuba turunkan berat badan, ada yang berjaya ada yang sebaliknya. Jadi, apa cara yang paling berkesan? Bukan sahaja inginkan berat badan turun, ada juga yang ingin mengembalikan semula tenaga yang hilang sewaktu bersalin dan sepanjang mengandung. Tambahan lagi jika ada diet yang boleh membantu memeriahkan susu badan, lagi ibu-ibu suka. Jadi, jika anda sebarang pertanyaan tentang diet apa yang sesuai selepas bersalin, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang diet pemakanan selepas bersalin bersama Syazwani Binti Mansor, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh, BSc (Hons) Dietetics (UniSZA) pada 9 Februari 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Syazwani Binti Mansor, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh.
12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

klau mkan sayur berangin ank akan jadi kembong perut ke? sya smua sayur mkan dlm pntang sbb asyik lpar nk diet tu 1% je

3y ago

Hai Puan Iszah, setakat ini tiada kajian klinikal yang membuktikan sayur berangin boleh menyebabkan kembung perut bayi. Sayur adalah sumber serat, vitamin dan mineral yang bantu sistem penghadaman, membantu rasa kenyang lebih lama dan meningkatkan imuniti badan. Teruskan pemakanan sihat dan seimbang menggunakan konsep suku suku separuh iaitu suku pinggan karbohidrat, suku pinggan protein dan separuh pinggan adalah sayur semasa makan utama.