Sesi Tanya Pakar Bersama Syazwani Binti Mansor, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh.

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Selepas bersalin memang ramai wanita yang bising berat badan naik. Ramai yang cuba turunkan berat badan, ada yang berjaya ada yang sebaliknya. Jadi, apa cara yang paling berkesan? Bukan sahaja inginkan berat badan turun, ada juga yang ingin mengembalikan semula tenaga yang hilang sewaktu bersalin dan sepanjang mengandung. Tambahan lagi jika ada diet yang boleh membantu memeriahkan susu badan, lagi ibu-ibu suka. Jadi, jika anda sebarang pertanyaan tentang diet apa yang sesuai selepas bersalin, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang diet pemakanan selepas bersalin bersama Syazwani Binti Mansor, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh, BSc (Hons) Dietetics (UniSZA) pada 9 Februari 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Syazwani Binti Mansor, Dietitian, Pantai Hospital Ayer Keroh.
12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Hai Cik Syazwani, Bagaimana ingin mengamalkan diet pemakanan apabila menyusu anak? Bagaimana ingin mengawal selera makan sejak bermula 3rd trimester selera makan menjadi-jadi? Terima kasih

Baca lagi
3y ago

Hai Puan Nora, pemakanan apabila menyusukan anak memerlukan penambahan kalori sebanyak 500kcal dan 13-19g Protein sehari. 500kcal dan 19g protein boleh di agihkan kepada 3 hidangan utama ATAU 3 hidangan ringan. Contohnya: - Semasa 3 kali waktu makan utama (sarapan, makan tengahari, makan malam): Boleh tambah 1/2 hidangan karbohidrat (1 senduk rata nasi/mihun/kueyteow/1 keping roti / 1 hidangan buah dan 1/2 hidangan protein (1/2 ketul ayam/1/2 ekor ikan kembung/selar/ 1/2 keping ikan tenggiri /1 biji telur/1 keping tauhu/tempeh / 1 gelas susu ATAU - Semasa 3 kali hidangan ringan (kudapan minum pagi, minum petang, minum malam): 1 keping roti+1biji telur / 2 biji telur rebus / 3 sudu oat+1gelas susu Jika ingin mengawal selera, puan boleh memilih makanan yang lebih sihat, kurang manis, kurang minyak dan kurang masin dan teruskan aktiviti fizikal setiap hari seperti berjalan kaki sekurang kurangnya 30 minit sekali sesi.