Berpantang.

Rumah ibu atau mertua?Kalian mcmna..buntu

71 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Berpantang anak pertama mertua jaga. Tapi tak selesa. 2 minggu lepas bersalin saya dah cuci pinggan,basuh kain dan menjemur d luar rumah. Anak memang saya yg mandikan pagi petang. Senang cerita tak ikut pantang sangat. Biasa la kalau tinggal serumah ramai org,kan. Skrg saya pregnant anak ke 2 dan merancang berpantang rumah sendiri. Selesa dan suami blh tolong saya buat apa yg patut. Lagipun saya dah ada pengalaman bersalin sebelum ni,jadi adalah sedikit pantang larang yg blh diikuti nanti masa berpantang.

Baca lagi

Sy lg suka berpantang kat rumah sy sendiri dan urus semua sendiri..sy lbih berdikari sbb nak harapkan mertua,mertua sy kena strok,nak harapkan mak sy,mak sy pula OKU,Suami sy pula kerja balik tak tntu masa kalau balik awal dpat la dia bantu sy kerja rumah serba sedikit..Alhamdulillah setakat sy berpantang sendiri masak,cuci baju,kemas rumah,urus anak belum ada apa² masaalah yg tak di igini berlaku..semuanya baik² saja Alhamdulillah.Ramai puji sy sebab sy serba serbi boleh buat sendiri.

Baca lagi

Mak sdiri dah xda, kna la brpantang sdiri.. Mak mertua baik mmg nk jaga tp sy pula jnis segan, xnk susahkn org, lgpun mak mertua bkn sihat sgt.. Tp suami nk suruh duduk sna bpantang, sy ckp tgk dlu cmna.. Biasa la suami nk senangkan krja dia, rumah famili dia sdiri mmg dia selesa duk lma2 sna, tp syukur suami bkn jnis memaksa.. Alasan sy nanti nurse nk dtg mlawat susah n sy nk booking tukng urut dtg rumah nanti..

Baca lagi

Rumah mak sendiri. Walaupun mertua lg ada pengalaman jaga orang berpantang, sy lg selesa di rumah mak sendiri. Mak sy x pernah jaga org berpantang. Sy anak yg pertama akan lahirkan cucu utk mak. Tapi sy mmg lagi selesa dgn mak sendiri. Dgn mertua nanti segan kalau kita nk mtk tlg apa2. Takot menyusahkan. Mak sy pulak masih bekerja, so takde la sy pun susahkan dia. so basically berpantang sendiri tp di rumah mak.

Baca lagi

Ibu sendiri lebih selesa, lebih faham dgn perangai, cara & selera makan kita. Tak kesah di mana tempat. 1st anak rumah mak sendiri. Mertua klu baik, oklah. Tapi, kita malu nak minta dia buat sesuatu utk kita. Dia akan lebih membebel dlm hal yg dinampak. 2nd anak rumah sendiri tapi mertua yg uruskan pantang ditambah confinement lady lagi. 3rd sekrg syukurnya ibu sendiri dapat dtg menguruskan pantang.

Baca lagi

Better rumah ibu sendiri..tp ats rezeki msg2 jgk, ada mil yg sgt2 syg menantu mcm ank sndiri, boleh pilih yg mana sesuai..kalau sy, ank 1st better umh mak sendiri..berpantang ni is the serious thing, tempoh bertenang dan pembelajaran bnd baru.. kalau awk depress dlm pntg boleh affect mental akn dtg..kne buat keputusan yg terbaik untuk awk dan baby..

Baca lagi
VIP Member

Kalau ikut option u tu, off cos sy pilih rumah mak sendiri. Sy baru lepas bersalin 11 hari. 7 hari stay spital sbb baby NICU. So sy pun ambil bilik 1 kat spital supaya x payah ulang alik nak tgk baby.Kami berkampung di spital sekali dengan confinement lady. 🤭 Sekarang sy tgh berpantang kat rumah sendiri jer

Baca lagi
VIP Member

Berpantang sndiri... Mak sendiri & mak mertua dh xde. Dh la anak 1st..duk fikir cmne la nk pantang tnpa ada rujukan. Skrg sy tgh baca2 mcm mana cara nak berpantang dgn btul. Nak amek pakej luar tu mahal sgt smpai ribu2 harga... Xmampu rasanya.

5y ago

Berpantang sendiri? Tak ada masalah pun. Saya kongsikan cara berpantang yang tak menyusahkan diri dan orang lain. Dan yang paling penting, sesuai untuk rakyat marhaen yang tak ada kemampuan kewangan nak berpantang cara orang kaya. Mengandung, bersalin dan berpantang adalah suatu perkara yang normal untuk wanita. Kerana itulah satu-satunya cara manusia untuk membiak. Kekangan budaya yang membuatkan ia suatu benda yang menyusahkan dan meremehkan sehingga langsung tak masuk akal. 1. Berurut dan bertungku HANYALAH UNTUK memanjakan diri. Tak wajib. Harga yang dikenakan tukang urut bukan murah. Saya tak pernah menyarankan pada pesakit saya untuk mengambil tukang urut. 3 hari berurut RM300 - RM500. Tu boleh tampung makanan berkhasiat untuk satu keluarga. Kalau mampu silakan la. Tapi bukan untuk sengkak la, angkat rahim sampai ke langit la. Bukan. Hanya untuk relaks. 2. Makan minum seperti biasa. Ikut sukatan Suku karbohidrat Suku protein Separuh sayur dan buah Tak ada pantang larang

Saya pantang dekat rumah ibu sendiri. Kalau nak selesa dengan ibu sendiri la. Lagi pun tahun ni mertua terima cucu 3sekali gus and due dekat2. Kesian juga dia nak handle 3 org pantang sekali. 😅 apa-apa pun ikut keselesaan masing-masing.

VIP Member

Sy in sya Allah akan berpantang di rumah mertua sbb rumah ibu terlalu jauh. Lagipon sy tak pernah ade pengalaman lg. Ini 1st pregnancy sy. Mertua pon risau sy berpantang sorg diri dkt rumah. Siang suami kerja 😅