Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Su
Dah Bersalin Baru Respon.. 😅😅
Alahai... Byk btul soalan2 time pregnant yg sy post, baru direspon. Baby dh masuk 4 bln dh pun...😂 Pepun harap posting tu blh jd rujukan utk yg lain. Sy doakan semua yg dlm ni happy lalui pengalaman pregnant. Yg mana tgh ttc tu InshaAllah one day dpt merasa mcm ibu2 lain.
37 Minggu 5 Hari (5 Mei 2020)
Hari ni appointment kk... Penat, pening semua ada. Tambah bila dh start PKPB ni org dh makin ramai dkt kk. Tmbah pulak aircond kk rosak td. BP mencanak² naik... So, start esk kena p kk hari² cek bp & urine... Bertabah la disaat dh sarat cmni.
Bengkak Kaki & Tangan
Normal ke pregnant 33 minggu kaki & tangan bengkak? Kdg² smpai nak jln pun susah.. Rasa bersemut je. Tgn pulak bengkak teruk time bangun tido. Ada yg ckp kalau start bengkak ni akan bersalin awal... Risau pulak rasa.
Set Pantang Nona rogay
Assalamualaikum.. Nak tnya pasal set ni. Cukup ke kalau sy beli 6 brg mcm dlm gambar tu? Sbb ada yg ckp kalau beli set lengkap, membazir.. Byk tak pakai. So, sy google mana yg perlu. Sy pantang sendiri & baby 1st..so, mmg takde pengalaman lg.
Suami Si Pak Buyong...
Just nak share... Kita ni dh pregnant biasa la kuat mkn & mengidam mcm2. Mcm sy ni skrg mmg tgh craving bnda2 manis. Pdahal dulu sblm pregnant, mmg xminat lgsg apa saja yg berasaskan coklat. So, dlm peti mmg penuh stok kek coklat, susu coklat, aiskrim coklat, puding. Tp... Asal sy nak mkn je tgk dh hilang. Nak nangis rasa... ?? Kalau susu coklat tu cnfirm2 tggal separuh... Mmg xde org lain la yg mkn, sbb sy duk berdua je dgn husband. Bila whatsapp dia dkt tmpt keje, dia ckp dia mkn sblm p keje. Kdg2 kantoi tgh mlm dia mkn... Duk dpn peti sejuk korek makanan sy dlm peti. ?? Tiap kali dia mkn tu la sy rasa nak nangis.. Sbb sy sndiri xpuas mkn. Last2 sy ckp dkt dia.. Pasni kalau nak beli apa2, pastikan beli 2. Sbb dlm rumah ni ada mak buyong & pak buyong. Sabar jela bakal ayah sorang ni... Dh mcm berebut mknan dgn ank kecik je rasa. ?? Ada tak yg husband dia sama cmni?? Blh share tak...
NAIKKAN HB - CARA SAYA
Just nak share cara sy naikkan hb tanpa mkn ubat kk. Sbb semua ubat kk sy xblh telan... Muntah2. B4 dis hb sy ok.. Tp lepas sy alahan teruk, xblh mkn & minum, hb sy drop. So dkt bwah ni sy share mcm mana sy naikkan balik hb sy. 1) Minum susu kurma jenama Farm Fresh. Dlm peti mmg ada 2 botol.. Habis je beli lain. Selalu sy minum time subuh & tgh mlm.. Time perut kdg2 rasa lapar sgt2. Sbb nk mkn berat risau berat bdan naik.. So sy minum susu utk isi perut. 2) Jus delima Gulsan. Sy amalkan 1 sudu siang, 1 sudu mlm. Kalau google pasal jus ni, ia sgt bagus utk ibu hamil & baby dlm kandungan. Lbh2 lagi utk kulit yg cantik sbb jus ni tggi antioksida. 3) Buah jambu batu. Mmg sy sedia byk2 dlm peti.. Tiap mggu p pasar mlm msti beli. Selalu buat snek mkn tgh hari atau mlm smbil2 tgk tv. Plg best kalau share dgn husband... ? 4) Ikan bilis. Yg ni mmg hari2 sy letak dlm masakan. Smpai husband mkn bertambah2 nasi. Ni antara menu yg sy selalu buat: - Kerabu ikan bilis - Sambal gesek ikan bilis - Sambal ikan bilis + petai - Sambal ikan bilis + tempe - Jejemput ikan bilis 4 jenis makanan ni je yg sy amalkan hari2... Alhamdulillah hb naik elok. Dh xrasa pening2 nak pitam. Rasa cergas je hari2. Kalau x dulu time solat pun blh rasa nak pitam. InshaAllah kita cuba mana yg mampu... ?
Alahan Mengandung
Alahan Mengandung ni rasanya tak sama mcm loya & muntah biasa. Siapa yg dah lalui saja yg tahu. Memang satu perasaan yg tak boleh nak dijelaskan secara terperinci. Sampai muntah hijau kuning pahit semua ada. Terjelepok lembik kat tepi sinki. Bila baring, tinggi sikit je dari lantai. Tapi kuasa Allah, cemana muntah, tak makan, berat badan turun berganda, tapi elok sehat baby dlm rahim. Memang tak boleh jumpa sape pun. Semuanya kena jeling je nanti. Takde muka manis dah masa tu. Mmg org akan kata kita sombong. Biarlah org nak kata, ada rezki, moga mereka akan rasa apa yg kita rasa. Kalau mereka tak rasa, itu bermakna Allah tahu mereka tak mampu mengharungi apa yg kita dah harungi. Yes! Itu maknanya kita lebih kuat dari mereka.... ?? Dan yg paling penting adalah org disekeliling, terutama suami. Masa alahan ni, sokongan dan pemahaman amatlah penting. Tak perlu marah isteri tu, kononnya isteri tu lembik, manja sgt, mengada². Tak perlu bandingkan isteri anda dgn isteri org lain kononnya org lain pun mengandung tapi tak mengada mcm isteri anda. Alahan ni bukan boleh dibuat², ia memang realiti. Tak payah 9 bulan, rasanya 9 jam pun mungkin anda tak mampu harunginya wahai suami.
Ubat Tahan Muntah
Ada tak yg mcm sy.. Bila mkn ubat tahan muntah tu, asyk rasa mengantok je. Mengantok yg xleh bawak bncang. Bangun utk solat je.. Lepas tu tido balik. Kalau mkn apa2, mmg xmuntah dah.. Tp rasa xselesa perut. Mcm nk muntah tp xnk kluar... Sy mkn skali je, pastu xmkn dah. Lain mcm kuat ubat tu...
Ibarat Lega Lepas Sembelit...
Pernah tak korang mengidam nak mkn something tp xdpt2...??? Pastu tiba2, apa yg korang nak mkn tu, last skali dpt.? Hari lega sungguh2 la.. Sy dpt mkn apa yg sy duk mengidam. Mmg rasa puas ht sgt2. Nak nangis pun ada.. Mcm dpt anugerah je...
Mengantuk..
Dah masuk trimester ke dua ni mata asyik layu je... Blh dikatakan tidur lbh 12jam sehari. Asyik nak tidur je keje. Kdg2 smpai xmndi.. Bila husband call drp tmpt keje, terpaksa tipu ckp dh mndi. Hahaha.. Kalau x nti kena bebel.