Masa Untuk Menang Hamper Bernilai RM250!!

Mudah sahaja caranya, Mommies! Ikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan di sini: https://community.theasianparent.com/contest/komen-menang-hamper-raya-dari-ferns-n-petals/1470

Masa Untuk Menang Hamper Bernilai RM250!!
205 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Salam Ramadan Ferns N Petals dan semua🥰 Makanan kesukaan saya bila tiba raya aidilfitri semestinya ketupat lemang ( ketupat daun pisang) makan dengan rendang daging sesuai sangat. Ketupat lemang ni tradisi keluarga mesti ada bila raya. Sekarang bila sudah berkahwin ni, saya rancang nak buat untuk suami, keluarga kecil kami untuk raya ni. Harap alahan semakin berkurang bila tiba raya nanti. Kalau kueh kegemaran pula, mesti kueh semperit yang padu dengan rasa butter baru lah cair dalam mulut. Semoga raya pertama dengan suami tahun ni mengeratkan lagi silaturahim keluarga saya, keluarga mertua, saudara mara, kawan-kawan suami dan kawan-kawan saya juga. InshaAllah dapat raya sakan tahun ni da bole rentas😍, apapun jaga jarak, ikut SOP na. Semoga kita semua dimurahkan rezeki dari semua sudut rezeki, InshaAllah aminnn😊

Baca lagi
VIP Member

Salam Ramadan semua, saya kongsi makanan dan snek yang wajib ada hari raya kat rumah saya, pertama nasi dagang 😂 walaupun saya merantau di negeri orang, nasi dagang makanan terengganu tu wajib ada, ketupat, rendang ayam dan juga pulut kuning. Kalau untuk anak-anak saya pula, mereka lebih suka pulut kuning dan rendang ayam, snek pula, jenis kekacang. Kalau ada kekacang anak saya duk hadap yang tu jela depan tv, behave je.😆 Tahun ni beraya diperantauan dulu, suami saya tentera, jadi cuti pun kena bergilir, walaupun dah biasa hati tetap rindu kampung halaman, semoga dipanjangkan usia dapat bertemu sanak saudara di kampung. Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan jika berkesempatan dan berpeluang memenangi set Hamper Raya dari Ferns N Petals ni. Jutaan Terima Kasih buat theAsianparent. ❤️❤️❤️

Baca lagi

Hiii.. Salam Ramadhan al-Mubarak, Semoga dipermudahkan urusan semua mommies di sini.. Saya nak sharee… Makanan kesukaan saya yang wajib disediakan pada Hari Raya Aidilfitri ialah: Ketupat Palas & Ketupat Manis Rendang Ayam & Daging Lemang Serunding Ayam, Ikan, Daging Nasi Impit Kuah Kacang Lontong Laksa Mee Kari Soto Tahun ni mungkin ada penambahan Nasi Dagang hehe Manakala, snek snek di pagi syawal pula: Roti Jala Satay Kuih-kuih Raya seperti Tart Nenas, Kacang Mazola, Kuih Makmur, Samperit, Almond London, Kuih Kapit, Kuih Loyang, Kuih Karas, Cornflakes Madu, Crunchy Cornflakes, Sarang Semut, Chocolate Chip Cookies, dan pelbagai jenis kuih lain. Banyak sangat kuih menarik kalau nak list semuaaa. Hehe Semoga ada rezeki menang hamper untuk dikongsi dengan keluarga yang jauh di kampung. Aminn 🥰

Baca lagi
VIP Member

Di hari raya , masakan nenek selalu menjadi pujaan, antaranya ialah ; 1. Satey dan kuah kacang. 2. Roti jalan dan kari ayam. 3. Nasi dagang dan kari ayam. 4. Laksa lemak Kelantan. Saya juga menyukai biskut batang buruk, cornflakes madu, kerepek pisang dan semperit susu. Semua juadah dan snack nampak sedap di hari raya, jadi saya akan merasai sedikit setiap makanan supaya saya dapat merasai semua makanan. Terimakasih theAsianparent kerana menganjurkan contest ini, sudah tentu hari raya ini lebih ceria jika saya terpilih untuk menerima set Hamper Raya dari Ferns N Petals. Di kesempatan ini juga, saya nak ucapkan terima kasih theAsianparent kerana apps ini banyak membantu saya dalam memantau perkembangan anak seiring dengan umur. Salam Ramadhan Mubarak, buat team theAsianparent. ❤️

Baca lagi

Hi..Salam Ramadhan buat semua. Menu yg wajib pada pagi raya buat keluarga saya ialah..ketupat dan rendang atau kari daging.. Ia sangat menyelerakan dan mengenyangkan di pagi raya. Disamping menu itu juga, ada juga kuih raya iaitu tart nenas, samperit, kuih bangkit dan kuih tradisional yg lain. Saya sangat suka dengan kuih- kuih tradisional seperti bangkit dan bahulu. Ia mengingatkan saya masa zaman kanak-kanak saya. Harap pada tahun ini saya dapat meraikan raya bersama keluarga saya serta set hamper dari FERNS N PETALS juga boleh dinikmati bersama keluarga saya. Semoga set hamper ini dapat lagi memeriahkan suasana hari raya bersama keluarga saya di kampung. Tak pernah lagi merasa dapat gift sebesar ini..hope ada rezeki saya..😘 Selamat menyambut hari raya.

Baca lagi

Salam Ramadan Al Mubarak 💕 Saya rinduuuu nostalgia puasa dan raya di kampung nenek saya ketika beliau masih ada. Jiran dan saudara terdekat akan bertukar-tukar juadah ketika waktu berbuka hampir tiba. Dari hanya 3 lauk masakan nenek saya, setelah di campur ditolak hampir penuh meja dengan hidangan lebih berbelas-belas pinggan lauk. Antaranya ialah ayam masak kicap, ketupat nasi, ayam masak merah, acar buah, rendang, kuah kacang dan macam-macam lagi kuih muih. Paling kesukaan saya ialah burasak. Ianya adalah makanan tradisi orang bugis. Sekiranya rezeki saya memenangi hamper raya dari Ferns & Petals, inshaAllah saya akan berkongsi rezeki ini dengan saudara mara saya di hari raya nanti. Hari raya kan lebih bermakna bila kita kongsi kegembiraan 💕

Baca lagi
VIP Member

Makanan kesukaan saya dan suami yang wajib ada dan di sediakan pada Hari Raya Aidilfitri ialah ketupat , kuah kacang dan rendang daging . Bagi makanan snek yang kami suka dan buat sendiri ialah cornflakes madu, kek coklat moist dan kek lobak, serta maruku gulung bentuk ubat nyamuk handmade dari mak mertua saya beserta kerepek bawang. Jika saya menang hamper raya dari Fern N petals ini , pasti sambutan raya kami lagi meriah dan bermakna buat saya dan suami dan paling teristimewa buat anak kami sebab dia suka makan dan dalam masa yang sama masa hari raya aidilfitri kami akan menyambut hari lahirnya kerana ia lahir pada 30 Ramadan jadi kami akan sambut pada setiap hari raya pertama Aidilfitri anak saya pasti gembira pada hari tersebut❤️

Baca lagi

Mengikut darah utagha yang mengalir, sudah tentu WAJIB ada ketupat palas pulut yang akan dianyam bersama² malam raya. Dihidangkan bersama rendang ayam dan daging , nyummy! Mengikut selera timur dari belah ayah pula sudah tentu menjadi IGAUAN tetamu jugaa,,nasi dagang lauk gulai ikan tongkol. Dijamu bersama acar sayur yg krup krap. fuhh, merecik! Sambil- sambil bersalaman di pagi raya dan mengambil gambar, sudah pasti WAJIB ada kuih raya berbalang- balang yang diisi dengan tart nenas, cookies, kerepek ubi, mazola , florentina. Sedar- sedar tuan rumah yang habiskan dulu, sebelum tetamu datang di pagi raya 😆 Salam Ramadhan Mubarak buat ibubapa TAP , semoga ada rezeki yang baik buat semuanya di bulan mulia ini ☺

Baca lagi

Assalamualaikum warga TAP. Salam Ramadan Kareem 😍 Makanan kesukaan saya sewaktu Hari Raya Aidilfitri semestinya rendang, lontong dan kuah kacang. Tiga menu ni adalah antara menu yang wajib kena ada di pagi raya 😋 tak lengkap raya kalau tak dapat makan tiga makanan ni. Lontong umi dan kuah kacang mak mertua saya antara yang terbaik pernah saya makan. Untuk snek pula, semestinya tart nenas, biskut coklat chip, rempeyek dan popia nestum menjadi buruan saya dihari raya 😁 snek yang wajib dimakan, dicari apabila berkunjung kerumah saudara yang lain. Semoga diberi rezeki untuk memenangi hamper ni dan dibawa pulang ke kampung halaman untuk dinikmati bersama-sama keluarga tersayang 🥰 ig:hanisasafuan

Baca lagi

Makanan kesukaan dan wajib disediakan sewaktu hari raya adalah kuah kacang,rendang daging dan ayam nasi impit. biskut-biskut seperti tart nenas,semperit,susu arab. Snek seperti kerepek ubi dan pisang,agar-agar kering,kekacang. Terima kasih Ferns N Petals dan TheAsianparents menganjurkan peraduan ini❤️ Semoga saya bertuah dan terpilih salah seorang sebagai pemenang untuk menikmati set hamper raya ini,walau pun raya tahun ni saya hanya meraikannya bersama anak2 sahaja di perantauan.tapi saya tetap rayakannya dengan penuh kegembiraan saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada keluarga di kampung yang disayangi dan semua yang meraikankanya semoga gembira dan selamat di samping keluarga tercinta.

Baca lagi