Masa Untuk Menang Hamper Bernilai RM250!!
Mudah sahaja caranya, Mommies! Ikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan di sini: https://community.theasianparent.com/contest/komen-menang-hamper-raya-dari-ferns-n-petals/1470


Salam Ramadan semua, saya kongsi makanan dan snek yang wajib ada hari raya kat rumah saya, pertama nasi dagang π walaupun saya merantau di negeri orang, nasi dagang makanan terengganu tu wajib ada, ketupat, rendang ayam dan juga pulut kuning. Kalau untuk anak-anak saya pula, mereka lebih suka pulut kuning dan rendang ayam, snek pula, jenis kekacang. Kalau ada kekacang anak saya duk hadap yang tu jela depan tv, behave je.π Tahun ni beraya diperantauan dulu, suami saya tentera, jadi cuti pun kena bergilir, walaupun dah biasa hati tetap rindu kampung halaman, semoga dipanjangkan usia dapat bertemu sanak saudara di kampung. Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan jika berkesempatan dan berpeluang memenangi set Hamper Raya dari Ferns N Petals ni. Jutaan Terima Kasih buat theAsianparent. β€οΈβ€οΈβ€οΈ
Baca lagi