Masa Untuk Menang Hamper Bernilai RM250!!

Mudah sahaja caranya, Mommies! Ikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan di sini: https://community.theasianparent.com/contest/komen-menang-hamper-raya-dari-ferns-n-petals/1470

Masa Untuk Menang Hamper Bernilai RM250!!
205 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Assalamualaikum dan salam buat semua sejahtera warga TAP 💖. Salam Ramadan 🌙🕌 Makanan kesukaan saya yang pasti disediakan pada Hari Raya Aidilfitiri adalah ketupat, rendang, lontong, kuah kacang dan lemang. Manakala untuk snek, beraneka jenis biskut raya pasti disediakan. Antara yang wajib adalah biskut semperit. Biskut semperit ni adalah biskut kesukaan mak saya. Selain tu, antara biskut wajib kami adalah biskut kacang, biskut almond Landon dan tart nenas. Rasa gembira dan excited nak beraya bersama keluarga. Sejak berkahwin pada tahun Dec 2018, saya tak pernah lagi beraya di rumah keluarga saya 🥲. Kerana banyak faktor, antaranya beraya dirumah mertua -2019, mertua tiba2 jatuh sakit, balik berziarah dan kebetulan stuck dirumah mertua ketika PKP hinggalah Aidilfitri -2020, PKP dan saya sendiri bekerja di pagi Raya -2021. Saya ni orang yang berkerja shift. Kadang saya kerja shift malam, shift siang, shift weekends, public holiday. Dapat bercuti daripada kerja pada hari Raya adalah anugerah yang tak terhingga sekali. Semoga raya tahun ni adalah raya yang memberi seribu erti buat saya. Moga saya dapat meraikannya bersama emak dan adik beradik tercinta, menziarahi puasa arwah ayah yang telah lama meninggal dunia sejak saya sekolah rendah lagi dan menziarah sanak saudara di Kampung. Moga ada rezeki untuk saya memenangi set hamper ini untuk saya dikongsikan rezeki ni bersama sanak saudara yang lain. Allahumma Aamiin 🤲🏻💕

Baca lagi

Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan❤❤ Makanan favourite di pagi Aidilfitiri tentunya Ketupat Palas, Lemang, Ketupat, Perut Lembu Kuah Kacang & 2 jenis Rendang ( Rendang Minang & Rendang Ayam). Perut Lembu Kuah Kacang paling ditunggu kami sefamily kerana ia paling unik & resepi turun temurun dari arwah nenek belah Papa😋😋😋 Rendang Ayam pula resepi arwah opah dari sebelah mama. Specialnya, serdak Rendang Ayam ni trhasil dari hirisan nipis bawang, serai, halia, lengkuas (no blender ok!) yg dimasak selama 6 hingga 7 jam. Rendang Minang pula resepi dari aunty saya yg punya aroma menarik dari kerisik & daun limau. Rendang Minang kami harus berwarna Hijau yg hnya trhasil daripada cili hijau yg diblend. Satu lg favourite kami dihari Raya adalah Mee Siam yg seakan2 bihun goreng tp mgunakan pes kacang soya sewaktu menumis. Kuih raya favourite saya tntunya kuih traditional seperti Batang Buruk, Bahulu, Putu Kacang, Kuih Makmur, Rempeyek, Popia Pintal, Kuih Siput, aneka Kerepek & Maruku. Kalau ada rezki saya tahun ni, bolehlah sy hadiahkn Hamper yg cantik menarik ni buat kedua Mama & Papa ketika Bersalaman & Bermaafan di Pagi Raya yg bnyk membantu saya & suami ketika dilanda ujian ketika musim Pandemik Covid 19, Amin.Tak sabarnya menunggu saat Bersalaman & Bermaafan di pagi Raya. Baby dlm perut pon suka hati🥰🥰🥰

Baca lagi

IG : isyabalqis_ Hi semua! Selamat Berpuasa. Disini saya ingin berkongsi tentang snek&makanan kegemaran saya yang wajib ada semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pertama sekali, hidangan snek saya yang wajib ada ketika beraya adalah Kuih Cornflakes Madu. Hidangan snek ini bukan sahaja disukai kanak2 malah orang dewasa pun amat menyukainya. Yang lebih menyeronokkan ialah pembuatannya juga tidaklah rumit seperti kuih2 lain. Senang dibuat dan cepat siap. Berbalang balang pun cepat sahaja habis kalau buat kuih ni 🫢 Seterusnya, hidangan kegemaran saya sewaktu raya ialah semestinya ketupat&rendang ayam 😋 hidangan ini juga amat disukai orang ramai tidak kira usia tua ataupun muda. Saya sangat menyukai hidangan ini sejak dari kecil lagi. Memang tidak pernah sedikit pun saya berpaling pada lauk lain jika ada hidangan ini. Setiap kali sewaktu raya sahaja pasti saya akan mencari hidangan yang ini dulu😁 Akhir sekali, saya berharap saya dapat beraya kerana due date saya pada bulan 5. Hampir setiap hari pujuk baby supaya bagi ibunya beraya dulu hehe…Jika ada rezeki saya menang hamper dari Ferns N Petals ini akan sangat bermakna bagi raya saya 🥰❤️ & goodluck juga untuk ibu2 yang lain✌🏻

Baca lagi

Makanan kesukaan yang wajib disediakan pada hari raya ialah Ketupat, rendang, ayam masak merah, lemang, serunding, dodol & nasi impit bersama kuah kacang! 🥰 manakala untuk snek , kek prune kek coklat cornflake madu tart nenas tart cadbury & kerepek buat kudapan. Sangat penting ya! Sebab adik beradik & family mertua lagi jdi mmg beraya walaupun pkp tetap meriah. Tahun ni syukur tiada pkp, tapi saya & suami diuji kewangan & kena byk bersabar. Terpaksa berjimat pakai mana yg ada saja, nk sambut meriah mcm sblm ni tk boleh 🥲 agak sedih company husband buang pekerja dgn alasan covid. Saya pula suri rumah. Jdi dropship tapi untung tu boleh utk anak tk lepas utk diri sendiri 🙂 anak manja ni breastfeed & reject botol, nk tinggal dkt org utk pi kerja pn susah. Harap sgt kami suami isteri ada rezeki lebih dapat kerja, harungi susah senang bersama. InsyaAllah 🤲🏻 apapun THANKYOU FERNS N PETALS & THE ASIANPARENTS MENGANJURKAN PERADUAN INI 🥰 Semoga ada rezeki kami sekeluarga sebagai pemenang untuk menikmati hamper raya . Saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri semua ❤️

Baca lagi
Post reply image

Bismillah. Assalamualaikum warga TAP. Salam Ramadhan🤍 Makanan Favourite dipagi hari raya, Ketupat paling penting! Wajib ada. Takde ketupat, tak lengkap la makanan yg lain nanti kan? Hehe. So antara menu penting, Ofcourse Rendang Ayam, Kuah Kacang, Lontong & Ayam masak kicap. Masakan Mak Paling Fav!😋 eii Tak sabarnyaaa nak raya! Tak sabar nk beraya bersama family, Nak makan makanan raya!😍 Tapiii .. Paling sedih, Bila raya nii. Family tk lengkap mcm dulu. Ada ahli keluarga yg pergi meninggalkan kami semua buat selamanyaa. Masuk tahun ni, 2 tahun dh raya tanpa adik bongsu. Pastinya suasana dh tk ceria mcm dlu🥲 Alfatihah buat adik bongsu kesayanganku🥰🤲🏻 Ohhh yaaaa . Untuk snek, Menu wajib mesti ada kek. Kek pelangi atau Kek coklat. Lepas menjamu ketupat, Ofcourse nk makan biskut2 pulak kan? hehe. So antara biskut penting is conflakes madu/coklat. Mazola, Popia mini, Popia nestum & kerepek2 yg lain😋 Hopefully ada rezeki utk saya menang set hamper ni. Boleh laa saya hadiahkan utk parents di kampung. Tumpang rezeki baby dlm perut ni je hehe. Amin Amin🤲🏻

Baca lagi
VIP Member

Selamat menyambut puasa. 😊 Makan wajib hari raya mestilah lemang dengan rendang. Ayah saya mesti buat setiap kali raya. Tak sabar nak rasa makan lemang dengan rendang. Dah berapa tahun tak pergi beraya rasa rindu nak makan laksa dengan lontong jiran sekampung opah saya. Sedap siap tambah tambah lagi. Perut dah berkeroncong pulak. Tapi laksa dia perghhh memang kau, rasa inti ikan tu. Hari pertama selalunya jiran tu buat lontong, raya kedua laksa. Tapi kami sekeluarga pergi rumah jiran raya pertama dan kedua 🤭🤭 Nak meriahkan suasana hari raya. Kuih mestilah tart nenas, tambah-tambah lagi kalau opah opah yang buat dalam bentui bunga tu. Sedap ya amat. Almond london dengan kuih coklat bentuk batik atas dia. Tapi sekarang kuih ni susah nak jumpa 😭😭 kalau nak beli pun tak ada. Memang ada dekat rumah yang legend je baru jumpa. Tak sabarnya nak raya, moga raya kali lebih bermakna dan moga dapat beraya dengan orang yang tercinta 🥰 IG : syadanazurah

Baca lagi

Salam Ramadhan semua.. Setiap kali menjelang Syawal.. Saya paling suka dengan aneka biskut raya.. Di rumah saya.. wajib dihidangkan 3 jenis biskut yang memang menjadi rebutan tetamu yang tiba.. Biskut coklat kana, biskut samperit dan biskut popia nestum.. Saya selalu buat lebih, sampai bertong tong sebab disukai ramai.. Bila anak beranak datang beraya, saya beri juga kepada mereka untuk jadikan kudapan seisi rumah.. Kalau tak cukup, boleh jee nak tambah lagi.. Disini saya selitkan gambar nya.. Inilah biskut kana coklat yang saya selalu buat.. biskut yang lain, orang lain pon da biasa tengok.. hehe.. Tahun ni, saya beraya di kampung suami saya di Terengganu. InshaAllah, pasti saya akan bawa biskut kana coklat ni juga.. Mudah mudahan dengan asbab saya suka berkongsi biskut ni, moga ada rezki saya untuk memperolehi HADIAH DARI Ferns N Petals.. InshaAllah rezki untuk baby saya jugak, MUHAMMAD IMAN AFIFI (5 BULAN)..

Baca lagi
Post reply image
VIP Member

Salam Ramadhan Al Mubarak Makanan kesukaan saya pada hari raya yang wajib ada adalah : 1. Ketupat 2. Rendang 3. Laksa 4. Kuih Raya - Mazola, Almond London,Semperit Setiap kali raya puasa mesti saya akan menyiapkan sendiri semua juadah tersebut. Kuih raya saya akan buat sebelum raya, dan beri kepada ibu mertua dan ibu kandung saya yang jauh di mata🥲 Jika ada rezeki saya untuk menang set Hamper Raya Dari Ferns N Petals ini, Raya saya tahun ini akan lebih meriah, lebih meriah lagi bila saya akan kongsikan bersama keluarga tersayang dan ibu tersayang , sebab tahun ni baru saya dan suami dapat balik beraya di Penang, setelah 2 tahun PKP. Semoga Raya tahun ini lebih bermakna buat saya dan suami serta keluarga kami masing-masing. Semoga dengan kemenangan set Hamper ini dapat menceriakan ibu saya yang sedang sakit dan uzur. Aamiin InsyaAllah.. semoga rezeki memihak kepada saya🤲

Baca lagi

Salam Ramadhan 🥰 Makanan kesukaan saya d'bulan Syawal adalah biskut2 raya seperti Almond London, Shortbread, Makmur, Sarang Semut dan Cornflakes Madu yang terpaling favorite 😋 satu balang tak cukup untuk saya seorang je tau. 😅 Dan segala jenis biskut raya berasaskan coklat. 🍫 lagi banyak coklat lagi saya suka. 🤤 Untuk aneka lauk pauk saya gemar makan segala jenis Rendang (ayam@daging) buatan tok (nenek) saya paling top, setiap kali raya ini yang ditunggu. 😍 Berebut kami adik beradik, sepupu sepapat siap sanggup tong2 (kongsi) duit belikan bahan masak untuk buat Rendang. Apalah Rendang tanpa Ketupat Palas disamping pelengkap juadah. Ketupat yang isi lembut dan kosong ad citarasa saya. 😋 Moga dapat balik raya tahun ni. Tahun lepas raya sendirian di perantauan. 😢 Moga ad peluang untuk bawak pulang hamper ni untuk keluarga di kampung. In sha Allah, Aamiin.

Baca lagi
TapFluencer

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua umat Islam dan warga The Asian Parent ❤️ Makanan kesukaan yang wajib disediakan sewaktu Hari Raya Aidilfitri semestinya ketupat, lemang, kuah kacang (ni kegemaran suami kena wajib ada, tak boleh mengelat), rendang ayam, rendang daging dan lontong. Berselera menu kita! Snek kegemaran pula haruslah ada biskut raya yang sedap seperti Confleks Madu, Almond London, Semperit dan banyak lagi kalau nak disenaraikan 🤣 Kek kukus dan Tart Nenas kegemaran saya. Beli saja, tak tahu nak buatnya. Kikiki. Sedapnya semua jadi tak sabar nak hari raya! 😂Raya akan lebih meriah dan lengkap dengan adanya hamper dari Ferns N Petals. Semoga ada rezeki saya untuk berkongsi rezeki dengan anak², keluarga dan sanak saudara yang berkunjung ke rumah. Amin 🤲🏻🥰 Selamat Hari Raya buat semua ibu ibu hebat di The Asian Parent ❤️🌙✨

Baca lagi