Masa Untuk Menang Hamper Bernilai RM250!!

Mudah sahaja caranya, Mommies! Ikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan di sini: https://community.theasianparent.com/contest/komen-menang-hamper-raya-dari-ferns-n-petals/1470

Masa Untuk Menang Hamper Bernilai RM250!!
205 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Salam Ramadan Al Mubarak πŸ’• Saya rinduuuu nostalgia puasa dan raya di kampung nenek saya ketika beliau masih ada. Jiran dan saudara terdekat akan bertukar-tukar juadah ketika waktu berbuka hampir tiba. Dari hanya 3 lauk masakan nenek saya, setelah di campur ditolak hampir penuh meja dengan hidangan lebih berbelas-belas pinggan lauk. Antaranya ialah ayam masak kicap, ketupat nasi, ayam masak merah, acar buah, rendang, kuah kacang dan macam-macam lagi kuih muih. Paling kesukaan saya ialah burasak. Ianya adalah makanan tradisi orang bugis. Sekiranya rezeki saya memenangi hamper raya dari Ferns & Petals, inshaAllah saya akan berkongsi rezeki ini dengan saudara mara saya di hari raya nanti. Hari raya kan lebih bermakna bila kita kongsi kegembiraan πŸ’•

Baca lagi