Masa Untuk Menang Hamper Bernilai RM250!!
Mudah sahaja caranya, Mommies! Ikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan di sini: https://community.theasianparent.com/contest/komen-menang-hamper-raya-dari-ferns-n-petals/1470


Salam Ramadan Ferns N Petals dan semua🥰 Makanan kesukaan saya bila tiba raya aidilfitri semestinya ketupat lemang ( ketupat daun pisang) makan dengan rendang daging sesuai sangat. Ketupat lemang ni tradisi keluarga mesti ada bila raya. Sekarang bila sudah berkahwin ni, saya rancang nak buat untuk suami, keluarga kecil kami untuk raya ni. Harap alahan semakin berkurang bila tiba raya nanti. Kalau kueh kegemaran pula, mesti kueh semperit yang padu dengan rasa butter baru lah cair dalam mulut. Semoga raya pertama dengan suami tahun ni mengeratkan lagi silaturahim keluarga saya, keluarga mertua, saudara mara, kawan-kawan suami dan kawan-kawan saya juga. InshaAllah dapat raya sakan tahun ni da bole rentas😍, apapun jaga jarak, ikut SOP na. Semoga kita semua dimurahkan rezeki dari semua sudut rezeki, InshaAllah aminnn😊
Baca lagi