Masa Untuk Menang Hamper Bernilai RM250!!

Mudah sahaja caranya, Mommies! Ikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan di sini: https://community.theasianparent.com/contest/komen-menang-hamper-raya-dari-ferns-n-petals/1470

Masa Untuk Menang Hamper Bernilai RM250!!
205 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Makanan kesukaan keluarga saya yang wajib disediakan di Aidilfitri adalah rendang ayam, ketupat , nasi impit dan lontong serta lemang.. Kuih muih semestinya ada untuk memeriahkan lagi juadah Hari Raya yang meraikan kemenangan orang Islam.. ❤️ Jikalau arwah mak dan ayah masih ada, mak yang akan beriya di malam raya mintak anak2 perempuan dia semua tolong di dapur.. Biasalah saya adik beradik 6 orang dan semua perempuan. Arwah ayah pula suka makan rendang & lemang… Kuih kesukaan saya sejak kecil ialah kuih semperit dan juga kuih mazola.. Tapi kini ade keluarga sendiri , semua saya yang sediakan sendiri bab juadah hari raya.. Harap ade rezeki baby kedua tahun ni.. 😘😘😍😊

Baca lagi

Makanan kesukaan yang pasti dihidangkan sewaktu hari raya saya ialah nasi impit yang dicicah bersama kuah kari ayam dan rendang ayam masakan mak saya🥰 makanan lain yang merupakan kesukaan saya yang dihidangkan pada hari raya ialah laksa penang nyumm.....favorite tu🤩 tapi tahun ni tak dapat nak makan laksa sebab berpantang😭 tapi hari raya saya tahun ini tetap bermakna kerana dapat merayakan bersama-sama keluarga setelah dua tahun tidak dapat balik ke kampung merayakan bersama-sama dan sudah pasti akan menjadi lebih meriah dan paling diingati jika saya dapat membawa pulang hadiah hampers raya Ferns n Petals ❤️.. semoga ada rezeki saya dan keluarga 🥰

Baca lagi
VIP Member

Makanan kegemaran saya yang pasti akan disediakan pada hari raya ini adalah Lemang bersama rendang Ayam. Saya amat menyukai makanan ini kerana ia merupakan sajian yang amat lazat dan sangat enak. Lebih enak lagi apabila dimasak oleh ibu saya. Keikhlasan dan kasih sayang dapat dirasai oleh air tangannya. Hangat kasih sayang ibu tiada terbatas walaupun anaknya sudah meningkat usia dan sudah beranak pinak. Namun,keringatnya masih gagah untuk menyediakan juadah kegemaran saya.Namun apakan daya,tahun ini saya beraya diperantauan.Sekiranya ia merupakan rezeki saya,saya akan hadiahkan buat ibu tercinta.Semoga ianya menjadi milik saya..Aminnn..

Baca lagi

hai assalamualaikum warga TAP.. selamat menjalani ibadah puasa.. makanan atau juadah yg wajib ada pada hari raya aidilfitri utk semua umat islam dah tentunya Rendang daging/ayam lemang nasi impit kuah kacang atau lodeh tak lupa jugak kuih raya yg tidak ditelan zaman seperti tart nenas, almond london, biskut makmur, batang buruk, rempeyek, maruku, kerepek pisang atau ubi.. bila ada semua ni.. xpandang yg lain dah.. bagi saya lah.. hehe.. semoga raya tahun ni sy dapat beraya bersama keluarga tersyg di kampung setelah 3 tahun xdpt pulang beraya.. dan semoga ada rezeki utk sy memenangi hamper Ferns N Petals.. Aaminn..

Baca lagi

saya berasal dari sabah, dan telah menjadi rutin raya setiap tahun harus menyediakan, makanan tradisi musim perayaan seperti burasak dan kelupis tapi makanan wajib seperti lemang juga WAJIB ada hehehe semua makanan ni adalah kegemaran saya. lgi nikmat makan bersama air oren fresh di pg raya bersama rendang daging hmmmm nyammiii trliur pulaa dah la mengandung 😭🤣🤣 menaip sambil membayangkan ! dannn lagii satu biskut raya kegemaran saya setiap kali raya adalah biskut suji atau jintan susu.. 😋😋 SELAMAT BERPUASA IBU2 SEMOGA KITA SEMUA DALAM LINDUNGAN NYA DAN SELAMAT BERSALINN NT ♥️

Baca lagi

Paling saya gemar makan pada hari raya mestilah ketupat daun palas dan rendang daging. Kedua nasi briyani kambing yang dimasak oleh abang ipar pergh padu betul. Ketiga masak lodeh makan dengan sambal bilis, uish nak cerita pun tak boleh rasa kecur liur bulan puasa ni. Kuih raya pula saya lebih suka tart nenas dan rempeyek nenek😋 tapi sebenarnya menu lain pun saya suka and makan. Batu and kayu je saya tolak🤣 juadah raya tak pernah menghampakan saya. Saya harap Ferns N Petals juga tak menghampakan saya untuk menang dan bawa balik hamper ni🥰 pasti raya saya lebih meriah tahun ni😍

Baca lagi

🌙 Menu Kesukaan Di Aidilfitri 🌙 Apabila Raya menjelma tiba,makanan kesukaan dan wajib ada di atas meja adalah nasi minyak bersama ayam masak merah bonda tercinta. Ianya sangat menyelerakan kami anak-anak dan tak sama dengan nasi minyak di luar sana.Sedap dan menyelerakan. 2 tahun pkp terpaksa beraya di rumah sendiri,saya usahakan juga untuk masak sendiri nasi minyak dan ayam masak merah untuk melengkapkan hari raya. Dan,tahun ni pastinya paling meriah kerana dapat beraya semula di kampung,menikmati juadah kegemaran kami dan pastinya menatap wajah bonda tercinta ❤️🥰🌹

Baca lagi

Salam mommies 💖, masakan wajib tiap kali raya adalah masakan Mama saya 😍 masakan yg wajib ada adalah nasi impit + kuah lodeh + sambal + kuah kacang perut + rendang daging..dapat semangkuk lengkap ni mmg tersandor kekenyangan..hihi 🤭😆 tapi sayang puasa & raya kali ni saya tengah berpantang..sobbsss..dan paling menyedihkan saya berpantang sendiri tanpa arwah Papa & Mama 😢 tapi kalau Raya ni saya dapat menang hamper raya drpd Ferns N Petals, terubatlah rasa sedih di hati ini 😌 semoga ada rezeki buat famili kecil kami.. Allahumma aamiin 🤲🏻 🥰♥️

Baca lagi
Post reply image

Makanan utama masa raya yang wajib ada dirumah kami mestilah ketupat,ayam masak lemak cili api,rendang daging dan masak lodeh.Berpuluh tahun tetap menu yang sama.Kalau jiran2 datang memang nak makan menu masakan mak kami ketupat dan ayam masak lemak cili api.Tak sama dengan orang lain masak dieorang kata.Kuih paling saya suka tart nenas,mesti ada setiap tahun.Setiap tahun mak mesti buat kerepek pisang sendiri untuk anak cucunya.Walaupon mak dah 75thn,mak tetap nak buat dan masak sendiri.Mak kata air tangan mak utk anak cucu.Sayang mak selamanya ❤️❤️❤️❤️

Baca lagi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Makananan / snek kesukaan yang pasti dihidangkan sewaktu Hari Raya dirumah saya mahupun rumah orang lain adalah : S - Sate & Nasi Impit Kuah Kacang E - Es Batu Campur L - Lemang & Ketupat A - Ayam Masak Kuzi M - Minuman Sejuk & Panas A - Aneka Kuih & Kek T - Tapai Pulut H - Hazelnut Cookies A - Ayam Masak Merah R - Rendang Daging & Ayam I - Ikan Pekasam R - Roti Jala A - Ayam Masak Kari Y - Yogurt A - Agar-agar Semoga ada rezeki saya untuk Hamper Raya ini. Terima kasih Ferns N Petals dan theAsianparent ❤ IG : @fizadorafi

Baca lagi