Masa Untuk Menang LEGO® Harry Potter™ Hogwarts™ Moment!

Masa Untuk Menang LEGO® Harry Potter™ Hogwarts™ Moment!
38 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

House of Slytherin adalah kegemaran saya kerana meski watak2 dalam Slytherin dikatakan sebagai antagonis, namun mereka sebenarnya sayang dan ingin mempertahankn Hogwart namun disebabkan sesetengah daripada mereka mempunyai pemahaman yang salah dimana mereka hanya inginkan pure blood yang menguasai dunia magik, mereka seringkali ditindas. Selain itu, meski Harry Potter adalah dari Gryffindor, namun sifat2nya juga terserlah sebagai Slytherin, dimana dia berani melakukan apa saja untuk menegakkan kebenaran dan sentiasa bersemangat dalam setiap apa yang dilakukan. Harry Potter juga mempunyai kebolehan bercakap dengan ular (parselmouth). Pada akhir episod, anak Harry Potter juga menjadi ahli Slytherin bahkan nama anaknya juga diberi sempena nama tokoh Slytherin (Severus Snape). Selain itu, sejak awal perceritaan seringkali kita lihat Severus Snape sebagai watak antagonis tapi sebenarnya meski dia sangat membenci Harry Potter, dia tetap memegang janjinya kepada Dumbledore untuk menjaga Harry Potter hingga dia dewasa, sehinggakan Severus Snape terpaksa berlakon menjadi pembelot kepada Dumbledore untuk mendapatkan kepercayaan Voldemort namun malang tidak berbau, Severus Snape mati dipatuk Nigini. Ini menunjuk kesetiaan Severus Snape meskipun dia adalah dari Slytherin. Tidak bermakna Slytherin itu jahat kerana apa2 pun, semua terletak pada diri sendiri. Kita yang tentukan.. Kesimpulannya, saya suka Slytherin 💚💚💚💚

Baca lagi

House of Slytherin adalah kegemaran saya kerana meski watak2 dalam Slytherin dikatakan sebagai antagonis, namun mereka sebenarnya sayang dan ingin mempertahankn Hogwart namun disebabkan sesetengah daripada mereka mempunyai pemahaman yang salah dimana mereka hanya inginkan pure blood yang menguasai dunia magik, mereka seringkali ditindas. Selain itu, meski Harry Potter adalah dari Gryffindor, namun sifat2nya juga terserlah sebagai Slytherin, dimana dia berani melakukan apa saja untuk menegakkan kebenaran dan sentiasa bersemangat dalam setiap apa yang dilakukan. Harry Potter juga mempunyai kebolehan bercakap dengan ular (parselmouth). Pada akhir episod, anak Harry Potter juga menjadi ahli Slytherin bahkan nama anaknya juga diberi sempena nama tokoh Slytherin (Severus Snape). Selain itu, sejak awal perceritaan seringkali kita lihat Severus Snape sebagai watak antagonis tapi sebenarnya meski dia sangat membenci Harry Potter, dia tetap memegang janjinya kepada Dumbledore untuk menjaga Harry Potter hingga dia dewasa, sehinggakan Severus Snape terpaksa berlakon menjadi pembelot kepada Dumbledore untuk mendapatkan kepercayaan Voldemort namun malang tidak berbau, Severus Snape mati dipatuk Nigini. Ini menunjuk kesetiaan Severus Snape meskipun dia adalah dari Slytherin. Tidak bermakna Slytherin itu jahat kerana apa2 pun, semua terletak pada diri sendiri. Kita yang tentukan.. Kesimpulannya, saya suka Slytherin 💚💚

Baca lagi
TapFluencer

House of Hufflepuff adalah kegemaran saya kerana ia dikaitkan dengan kebolehpercayaan, kesetiaan dan etika kerja yang kukuh. Hufflepuff telah melahirkan ahli sihir yang paling sedikit berbanding dengan rumah yang lain. Ramai yang menganggap Hufflepuff sebagai kumpulan yang paling tidak pandai atau luar biasa, tetapi ini sebahagiannya disebabkan oleh ketidaksenangan ahlinya untuk bermegah-megah. Pengasasnya ialah ahli sihir zaman pertengahan iaitu Helga Hufflepuff. Hufflepuff juga adalah yang paling inklusif di antara empat rumah yakni menghargai kerja keras, dedikasi, kesabaran, kesetiaan dan permainan adil dan bukannya bakat tertentu dalam ahlinya. Oleh itu kebanyakkan ahlinya lebih peka dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Sama seperti saya🥰 #TAPxLEGO #HarryPotter20thAnniversaryXTAPMalaysia

Baca lagi
TapFluencer

House of Hufflepuff adalah kegemaran saya kerana ia dikaitkan dengan kebolehpercayaan, kesetiaan dan etika kerja yang kukuh. Hufflepuff telah melahirkan ahli sihir yang paling sedikit berbanding dengan rumah yang lain. Ramai yang menganggap Hufflepuff sebagai kumpulan yang paling tidak pandai atau luar biasa, tetapi ini sebahagiannya disebabkan oleh ketidaksenangan ahlinya untuk bermegah-megah. Pengasasnya ialah ahli sihir zaman pertengahan iaitu Helga Hufflepuff. Hufflepuff juga adalah yang paling inklusif di antara empat rumah yakni menghargai kerja keras, dedikasi, kesabaran, kesetiaan dan permainan adil dan bukannya bakat tertentu dalam ahlinya. Oleh itu kebanyakkan ahlinya lebih peka dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Sama seperti saya🥰 #TAPxLEGO #HarryPotter20thAnniversaryXTAPMalaysia

Baca lagi
VIP Member

House of Gryffindor adalah kegemaran saya kerana terdapat di dalamnya 3 lego figura bagi watak Harry potter , Harmione Granger dan Albus Dumbledore yang mana dalam cerita ini ia terkenal dengan ilmu magiknya . Selain daripada itu juga, keluaran lego kali ini adalah sangat unik yang mana rekabentuk buku yang di keluarkan bukan sebarang buku tapi di sebalik buku tu kita boleh simpan koleksi lego tersebut dengan kemas supaya tidak hilang atau cicir di mana mana tempat dan mudah untuk di simpan kerana rekabentuk nya sangat unik seperti sebuah buku. Saya sangat meminati House of Gryffindor sebab adanya figura watak utama di dalamnya. Moga ada rezki untuk saya dan anak..aamiin #HarryPotter20thAnniversaryXTAPMalaysia #TAPxLEGO

Baca lagi

House of Slytherin adalah kegemaran saya kerana bagi saya Slytherin ini seperti misteri tapi dalam masa yang sama mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Ahli-ahlinya juga mempunyai keyakinan dan cita-cita yang tinggi seperti pengasasnya Salazar Slytherin. Walaupun House of Slytherin ini sering disangka sebagai “evil house”, ahli-ahlinya mempunyai personaliti yang menarik seperti Severus Snape yang bekerja untuk Dumbledore dan Voldemort yang mana kedua- dua ini mempunyai sifat yang sangat berbeza. Selain itu, Regulus Black yang beraninya mengkhianati Lord Voldemort. Slytherin sepertinya kelihatan suka menyindir dan kejam, tetapi dia juga mengajar tentang nilai-nilai manusia kerana bukan setiap manusia adalah sama.

Baca lagi

House of Gryffindor adalah kegemaran saya kerana Gryffindor menghargai keberanian dan kesetiaan melampaui segala-galanya. Jatanya berwarna merah dan emas yang ternyata warna kegemaran saya. Tambahan pula tiga watak utama; Harry Potter, Hermoine Granger dan Ronald Wesley berasal dari rumah ini. Ia lagi menguatkan untuk menjadi rumah kegemaran saya. Mereka juga sangat ketengahkan sifat yang baik dan positif antara satu sama lain tanpa perlukan alasan yang kukuh - semangat setia kawan sangat tinggi. Saya berharap ada rezeki saya dan anak kerana saya sangat meminati siri Harry Potter kerana membesar pada zaman kegemilangan magis ini. Semoga rezeki ini milik kami 😊 آمين

Baca lagi

House of Gryffindor adalah kegemaran saya kerana Gryffindor untuk ahli sihir yang mempunyai keberanian, setia, suka mengembara dan juga sopan.Pengasas Gryffindor adalah Profesor Minerva McGonagall, beliau amat mengambil berat kebajikan dan disiplin pelajar.Profesor Minerva McGonagall juga tidak bersikap berat sebelah kepada pelajar lain sebab semua pelajar adalah sama. Sikap ketegasan beliau sering dihormati malah ada yang tidak suka. Beliau merupakan penyokong paling setia di belakang Albus Dumbledore dan juga ahli Kumpulan Phoenix #HARRYPOTTER20THANNIVERSORY #SELAMATBERJAYAUNTUKSEMUASUPERMOM

Baca lagi
VIP Member

House of Gryffindor adalah kegemaran saya kerana kumpulan itu mempunyai ahli yang paling pintar, paling berani dan paling lucu 😁. House of Gryffindor juga tidak bersifat anti sosial dan saling menyokong di antara sesama ahli yang lain dan ini dapat dilihat apabila 3 watak utama: Harry Potter, Hermoine Granger dan Ronald Wesley sentiasa mendapat sokongan dan bantuan daripada ahli yang lain tanpa mereka perlu meyakinkan. setiap tindakan yang diambil mereka pasti ada sebabnya dan akan membuahkan hasil yang diingini. #HarryPotter20thAnniversaryXTAPMalaysi #TAPxLEGO

Baca lagi
TapFluencer

House of Gryffindor adalah kegemaran saya kerana Gryffindor melambangkan keberanian. Ini terbukti kerana maskot serta bendera mereka adalah “singa” yang secara tidak langsung melambangkan kekuatan dan keberanian. Orang yang menyukai Gryffindor adalah orang-orang yang “daring” / berani, praktikal, idealistik, degil, suka “explore”. Semoga ada rezeki saya untuk menang Saya yakin rakan sebaya saya pasti akan mengenali Harry Potter, kerana kami semua dibesarkan dalam era kehebatan movie Harry Potter! Rindunya zaman Harry Potter ❤️

Baca lagi