Mak mertua mahu jaga anak di kampung apabila usia 2 tahun

Mak mertua saya pernah menyatakan hasrat ingin menjaga anak saya setelah usianya 2 tahun. Tetapi saya tidak tinggal bersama mereka. Buat masa sekarang anak saya berusia 11 bulan dan saya menghantarnya ke taska kerana saya bekerja di KL. Yang pasti saya memang tak benarkan sebab berjauhan dengan saya. Saya memang tak pernah ada masalah dengan mak mertua dan anak saya adalah cucu pertamanya. Cuma saya kurang senang bila mak mertua saya ingin mengambil alih tugas saya sebagai ibu kepada anak saya dan apa yang diperkatakan kepada saya seperti saya tak dapat jaga anak saya sebab hantar ke taska. Apa pandangan ibu² semua?

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Jgn bgi..bhya..nnti susah nk dpt balik tu..mcm mak mertua sy..jaga anak akak ipar sy dari bby..lps tu besar susah nk bg balik smpai gaduh2 dan xsuka suami dan anak2 akak ipar yg lain..pdahal duk dkt je..hri2 pon dia jaga lps balik sekolah cuma xtdo umah dia je..dia nk jaga 24jam..bdk tu dh besar darjah 3@4 mcm tu..anak2 akak ipar yg lain dia jadi xsuka, xnk jaga plk..xbg dtg umh dia..duk syg cucu sulung tu la..beli apa2 utk yg sukung tu je..yg lain langsung x dihiraukan..smpai akak ipar mtk tlg jaga sekejap pon xnk..pelik kn..pdhal semua cucu sendiri..sama je..😅

Baca lagi
11mo ago

Tau xpe..masalah bkn nk pisahkan cucu dan nenek..tpi mil sy tu siap duk ckp yg x elok2 pasal mak ayh bdk tu dpn bdk tu..kalau jenis ok, ok la..mcm mak sy sndri pon jaga ank sedara sulung sy masa kecik sbb mak dia beranak lg sorg..lama jgk jaga tapi xde pon melebih2 smpai bezakan kasih syg dgn yg lain..cucu2 lain sama je..tu semua atas org jgk..tpi lau mil sis paksa2 tu elakkan la..kan nnti tersyg lebih ssh nk dpt balik ank tu

jangan sis nanti sis dgn anak sis sendiri ada gap, saya dah pernah rasa walaupun tak sampai setahun ..cepat2 saya keluar merantau keluar ,bila saya urus anak 100% bru bonding dgn anak makin kuat😢terharu sgt time tu . Mak mertua sy pun baik tp , org tua bukan pikir apa pun . padahal dia sendiri pernah menjadi seorang ibu , dia sepatutnya tahu tiada seorang ibu pun boleh berpisah dgn anak .

Baca lagi
11mo ago

Anak sy memang sangat rapat dengan sy skrg ni walaupun sy hantar kat taska still nak munmy je. Tak sanggup la nak berpisah.

dengan orang tua sebolehnya elak cakap tak nak mentah2.. dengan orang tua ni kena cakap berlapik sikit.. kalau saya, mungkin saya akan cakap tak sanggup berpisah dengan anak.. tak rela nak menangis tiap hari sebab anak takde depan mata.. sob story technique.. kita jujur je tanpa kecikkan hati orang tua.. kalau anak nanti dah pandai berborak sikit boleh la telefon nenek dia tiap hari pun takpe

Baca lagi
11mo ago

Thanks sis. Good idea. Kalau cakap macam tu faham² la kan betapa sedihnya hati ni nak berjauhan dengan anak.

sama la dengan saya, mak mertua dan kakak ipar beriya nak jagakan anak saya lepas habis cuti maternity dgn alasan saya bekerja. risau kalau hantar ke pengasuh nnt jadi apa apa sebab anak baru 3 bulan. rumah dah lah jauh, takkan nak jenguk sabtu ahad je. memang tak lah. tapi saya cakap direct je takpe, saya taknak nanti anak tak kenal maknya pulak🤣

Baca lagi

Yeye je mak mertua tu, padahal da tua confirm tak larat jaga budak. Yakinnye dia nak jaga hehe..bg je la apa2 alasan pn sis, asalkan anak dgn ibu, bkn dgn org lain huhu. Nnti kang x pasal2 lpas ni dia membebel pulak penat jaga anak awk. Pastu mula la ada je benda x puas hati ngan awk nnti

11mo ago

Betul tu sis. Nak jaga budak kecil ni perlukan tenaga. Perlu bermain dan hiburkan dia. Nenek pula dah sakit lutut. Larat ke?

TapFluencer

kalau sis balik kampung tiap minggu atau 2 minggu maybe boleh pertimbangkan. kalau tak, risau juga. kalau sis selesa, boleh ajak MIL duduk rumah sis ke mcm mana. kalau nak tolak, fikir cara nak tolak dengan lembut. cakap kat MIL, tak nak susahkan dia ke etc.

11mo ago

Nak balik tiap minggu memang susah sebab jauh. Penat drive. Kalau nak duduk dengan MIL tak selesa pula. Sy cuba cakap baik² dgn MIL nanti. Thanks sis.

jangan bagi! Jangan bagi! u lagi berhak u mak kepada anak u. kesian anak u. baik macam mana pun someone tu, takkan sama kasih sayang dengan seorang ibu. protect ur child.

11mo ago

Betul tu sis. Thanks. Walau apapun sy tetap akan jaga anak sy even kena bekerja.

key point is...anak awk, awk lah tentukan. bukan mertua, mak sendiri, adik beradik, sepupu sepapat, etc. bincang dgn suami, minta suami ckp baik2 dgn ibu dia.

11mo ago

Suami sy pun memang tak setuju sebab kami ada cara kami sendiri untuk didik anak.

VIP Member

Awk tanya pn dh menunjukkan awk taknk n rs pelik bila mak mertua nk jaga. So tak payahlah puan..

11mo ago

Memang tak nak bagi pun sis. Anak sy skrg dah nak setahun. Sy makin risau bila anak dah meningkat usia ni mak mertua akan asyik nak sebut je pasal nak jaga anak sy. Stress mendengarnya.

apa yg susah sangat.. itu kn anak awk, awk lh tentukan.. ckp je “xkan”

11mo ago

Masa lepas cuti pantang, mak mertua sy pernah minta nak jaga anak sy time tu 3 bulan. Lagi la tak boleh jauh kan. Baby menyusu badan lagi time tu. Sy dah siap² cari taska sebelum baby lahir. Boleh meroyan dibuatnya kalau baby kat kampung.