Mak mertua mahu jaga anak di kampung apabila usia 2 tahun

Mak mertua saya pernah menyatakan hasrat ingin menjaga anak saya setelah usianya 2 tahun. Tetapi saya tidak tinggal bersama mereka. Buat masa sekarang anak saya berusia 11 bulan dan saya menghantarnya ke taska kerana saya bekerja di KL. Yang pasti saya memang tak benarkan sebab berjauhan dengan saya. Saya memang tak pernah ada masalah dengan mak mertua dan anak saya adalah cucu pertamanya. Cuma saya kurang senang bila mak mertua saya ingin mengambil alih tugas saya sebagai ibu kepada anak saya dan apa yang diperkatakan kepada saya seperti saya tak dapat jaga anak saya sebab hantar ke taska. Apa pandangan ibu² semua?

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sama la dengan saya, mak mertua dan kakak ipar beriya nak jagakan anak saya lepas habis cuti maternity dgn alasan saya bekerja. risau kalau hantar ke pengasuh nnt jadi apa apa sebab anak baru 3 bulan. rumah dah lah jauh, takkan nak jenguk sabtu ahad je. memang tak lah. tapi saya cakap direct je takpe, saya taknak nanti anak tak kenal maknya pulak🤣

Baca lagi