Mak mertua mahu jaga anak di kampung apabila usia 2 tahun

Mak mertua saya pernah menyatakan hasrat ingin menjaga anak saya setelah usianya 2 tahun. Tetapi saya tidak tinggal bersama mereka. Buat masa sekarang anak saya berusia 11 bulan dan saya menghantarnya ke taska kerana saya bekerja di KL. Yang pasti saya memang tak benarkan sebab berjauhan dengan saya. Saya memang tak pernah ada masalah dengan mak mertua dan anak saya adalah cucu pertamanya. Cuma saya kurang senang bila mak mertua saya ingin mengambil alih tugas saya sebagai ibu kepada anak saya dan apa yang diperkatakan kepada saya seperti saya tak dapat jaga anak saya sebab hantar ke taska. Apa pandangan ibu² semua?

14 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

kalau sye, sye xsanggup berpisah dgn anak😅. mntk husb sis ckp dgn mertua.

8mo ago

Sama la sis. Tak nak bagi. Tapi sy diam je tak cakap apa² bila mak mertua asyik cakap nak jaga anak sy. Dalam hati ni sabar je la.

Kalau awk nak bg, bg la. Klu sy, xnak 😂

8mo ago

Sy tak nak bagi pun sis. Sedang mengumpul kekuatan untuk cakap tak boleh😂

bincang dgn suami pasal hal ni

8mo ago

Thanks sis

Learn to say NO

8mo ago

Yes. Betul tu. Cuma mak mertua suka² buat keputusan tak fikir perasaan sy. Memang sy takkan bagi.