Mak mertua mahu jaga anak di kampung apabila usia 2 tahun

Mak mertua saya pernah menyatakan hasrat ingin menjaga anak saya setelah usianya 2 tahun. Tetapi saya tidak tinggal bersama mereka. Buat masa sekarang anak saya berusia 11 bulan dan saya menghantarnya ke taska kerana saya bekerja di KL. Yang pasti saya memang tak benarkan sebab berjauhan dengan saya. Saya memang tak pernah ada masalah dengan mak mertua dan anak saya adalah cucu pertamanya. Cuma saya kurang senang bila mak mertua saya ingin mengambil alih tugas saya sebagai ibu kepada anak saya dan apa yang diperkatakan kepada saya seperti saya tak dapat jaga anak saya sebab hantar ke taska. Apa pandangan ibu² semua?

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Awk tanya pn dh menunjukkan awk taknk n rs pelik bila mak mertua nk jaga. So tak payahlah puan..

2y ago

Memang tak nak bagi pun sis. Anak sy skrg dah nak setahun. Sy makin risau bila anak dah meningkat usia ni mak mertua akan asyik nak sebut je pasal nak jaga anak sy. Stress mendengarnya.