Mak mertua mahu jaga anak di kampung apabila usia 2 tahun

Mak mertua saya pernah menyatakan hasrat ingin menjaga anak saya setelah usianya 2 tahun. Tetapi saya tidak tinggal bersama mereka. Buat masa sekarang anak saya berusia 11 bulan dan saya menghantarnya ke taska kerana saya bekerja di KL. Yang pasti saya memang tak benarkan sebab berjauhan dengan saya. Saya memang tak pernah ada masalah dengan mak mertua dan anak saya adalah cucu pertamanya. Cuma saya kurang senang bila mak mertua saya ingin mengambil alih tugas saya sebagai ibu kepada anak saya dan apa yang diperkatakan kepada saya seperti saya tak dapat jaga anak saya sebab hantar ke taska. Apa pandangan ibu² semua?

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

kalau sis balik kampung tiap minggu atau 2 minggu maybe boleh pertimbangkan. kalau tak, risau juga. kalau sis selesa, boleh ajak MIL duduk rumah sis ke mcm mana. kalau nak tolak, fikir cara nak tolak dengan lembut. cakap kat MIL, tak nak susahkan dia ke etc.

2y ago

Nak balik tiap minggu memang susah sebab jauh. Penat drive. Kalau nak duduk dengan MIL tak selesa pula. Sy cuba cakap baik² dgn MIL nanti. Thanks sis.