Mak mertua mahu jaga anak di kampung apabila usia 2 tahun

Mak mertua saya pernah menyatakan hasrat ingin menjaga anak saya setelah usianya 2 tahun. Tetapi saya tidak tinggal bersama mereka. Buat masa sekarang anak saya berusia 11 bulan dan saya menghantarnya ke taska kerana saya bekerja di KL. Yang pasti saya memang tak benarkan sebab berjauhan dengan saya. Saya memang tak pernah ada masalah dengan mak mertua dan anak saya adalah cucu pertamanya. Cuma saya kurang senang bila mak mertua saya ingin mengambil alih tugas saya sebagai ibu kepada anak saya dan apa yang diperkatakan kepada saya seperti saya tak dapat jaga anak saya sebab hantar ke taska. Apa pandangan ibu² semua?

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

apa yg susah sangat.. itu kn anak awk, awk lh tentukan.. ckp je “xkan”

2y ago

Masa lepas cuti pantang, mak mertua sy pernah minta nak jaga anak sy time tu 3 bulan. Lagi la tak boleh jauh kan. Baby menyusu badan lagi time tu. Sy dah siap² cari taska sebelum baby lahir. Boleh meroyan dibuatnya kalau baby kat kampung.