Mak mertua mahu jaga anak di kampung apabila usia 2 tahun

Mak mertua saya pernah menyatakan hasrat ingin menjaga anak saya setelah usianya 2 tahun. Tetapi saya tidak tinggal bersama mereka. Buat masa sekarang anak saya berusia 11 bulan dan saya menghantarnya ke taska kerana saya bekerja di KL. Yang pasti saya memang tak benarkan sebab berjauhan dengan saya. Saya memang tak pernah ada masalah dengan mak mertua dan anak saya adalah cucu pertamanya. Cuma saya kurang senang bila mak mertua saya ingin mengambil alih tugas saya sebagai ibu kepada anak saya dan apa yang diperkatakan kepada saya seperti saya tak dapat jaga anak saya sebab hantar ke taska. Apa pandangan ibu² semua?

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

dengan orang tua sebolehnya elak cakap tak nak mentah2.. dengan orang tua ni kena cakap berlapik sikit.. kalau saya, mungkin saya akan cakap tak sanggup berpisah dengan anak.. tak rela nak menangis tiap hari sebab anak takde depan mata.. sob story technique.. kita jujur je tanpa kecikkan hati orang tua.. kalau anak nanti dah pandai berborak sikit boleh la telefon nenek dia tiap hari pun takpe

Baca lagi
2y ago

Thanks sis. Good idea. Kalau cakap macam tu faham² la kan betapa sedihnya hati ni nak berjauhan dengan anak.