Mak mertua mahu jaga anak di kampung apabila usia 2 tahun

Mak mertua saya pernah menyatakan hasrat ingin menjaga anak saya setelah usianya 2 tahun. Tetapi saya tidak tinggal bersama mereka. Buat masa sekarang anak saya berusia 11 bulan dan saya menghantarnya ke taska kerana saya bekerja di KL. Yang pasti saya memang tak benarkan sebab berjauhan dengan saya. Saya memang tak pernah ada masalah dengan mak mertua dan anak saya adalah cucu pertamanya. Cuma saya kurang senang bila mak mertua saya ingin mengambil alih tugas saya sebagai ibu kepada anak saya dan apa yang diperkatakan kepada saya seperti saya tak dapat jaga anak saya sebab hantar ke taska. Apa pandangan ibu² semua?

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

jangan sis nanti sis dgn anak sis sendiri ada gap, saya dah pernah rasa walaupun tak sampai setahun ..cepat2 saya keluar merantau keluar ,bila saya urus anak 100% bru bonding dgn anak makin kuat😢terharu sgt time tu . Mak mertua sy pun baik tp , org tua bukan pikir apa pun . padahal dia sendiri pernah menjadi seorang ibu , dia sepatutnya tahu tiada seorang ibu pun boleh berpisah dgn anak .

Baca lagi
2y ago

Anak sy memang sangat rapat dengan sy skrg ni walaupun sy hantar kat taska still nak munmy je. Tak sanggup la nak berpisah.