Luar nikah

Maaf nak tanya pendapat yg ada dlm apps ni, skng sy bawa kandungan ank luar nikah 6 minggu , perlu ke sy gugurkan atau jaga seperti biasa hingga bersalin atau selepas bersalin beri pada org? Hati sy berbelah bgi.. bapak kpda budak ni suruh jga tpi dia xnk nikah dgn sy .. dia hanya hulur kan duit dan bantuan shja.. tpi sy takut dia bantu setengah jalan .. sy tkde tempat bergantung.. x tahu nk pergi mana dan apa patut sy buat, sy risau keadaan sy x kuat nak hadap ni.. sy boleh jga tpi emosi sy tkde sape ii fhm , asik menangis sorang ii

30 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Malam nisfu sa'aban. berdoa bersungguh-sungguh,mintak petunjuk Allah. Mintak Allah berikan kekuatan. Bertaubay nasuha di atas dosa² yg dilakukan. Kita semua sama sis,ada dosa masing². Ada khilaf masing². Saya harap awak tak akan ulangi lagi perbuatan tu. jadikan pengajaran terbesar dlm hidup awak. anak tu tak salah,yg salah adalah diri awak. kalau nanti awak yg akan jaga anak tu sendiri,sabar dan tabah ye dalam mendidik dan mengasuh dia. Beri dia didikan agama secukupnya. Insyaallah,dia akan jadi hamba Allah yg taat. Kalau nak beri pada org,kena pastikan org tu boleh terima dan jaga anak kita tu baik². Apa² pun semoga Allah permudahkan segala urusan sis ye. Belum terlambat untuk kita bertaubat. Allah sentiasa menerima taubat hambanya. kembalilah kepada asal ye..semoga bahagia selalu 🥰

Baca lagi