Luar nikah

Maaf nak tanya pendapat yg ada dlm apps ni, skng sy bawa kandungan ank luar nikah 6 minggu , perlu ke sy gugurkan atau jaga seperti biasa hingga bersalin atau selepas bersalin beri pada org? Hati sy berbelah bgi.. bapak kpda budak ni suruh jga tpi dia xnk nikah dgn sy .. dia hanya hulur kan duit dan bantuan shja.. tpi sy takut dia bantu setengah jalan .. sy tkde tempat bergantung.. x tahu nk pergi mana dan apa patut sy buat, sy risau keadaan sy x kuat nak hadap ni.. sy boleh jga tpi emosi sy tkde sape ii fhm , asik menangis sorang ii

30 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

depends on sis kalau sis rasa sis takda kekuatan nak jaga selepas itu jangan lah , kalau sis rasa sis kuat untuk jaga sis jaga anak tu Kalau nak serahkan baby dekat orang pun boleh but fikir banyak kali adakah sis bersedia untuk lepaskan darah danging sendiri pada orang yang mampu jaga dia , kalau tak sis kene kuatkan diri if lelaki tu tak bertanggungjawab sepenuhnya pun sis boleh jaga anak tu sampai besar

Baca lagi

Pelihara saja ya sis .. anak tu sumber rezeki Sy percaya sesusah apa pun tuhan akan permudahkan banyak berdoa , bertaubat Jangan lah gugurkan berdosa 🥺, kalau sis betul tak mampu rasanya ada saja tu family yg dah lama mau anak akan jaga sis smpi habis berpantang tetap semangat dan kuat sis ingat bila bertaubat .. tuhan nampak Ia x kan pernah lepas tangan menolong ❤️

Baca lagi

jangan gugurkan… jgn tambah lg dosa yg ada… sy ada kenalan dulu dia pernah mengandung ank luar nikah, lepastu dia gugurkan… bila dia dah kawin sah, susah sgt nak lekat.. susah nk ngandung.. ingt kifarah tu ada… please ambil iktibar… awak boleh pergi rumah perlindungan klu one day bapak dia taknak sara awak lg… ingt awak tk sendiri…

Baca lagi

saya harap awak kuat tempuhi semua ni. Seeloknya jangan gugurkan sebab haram & berdosa gugurkan kandungan melainkan memudaratkan kesihatan ibu (dr kena sahkan yang nyawa puan terancam kalau teruskan kndungan). Kalau nak gugurkan sebab aib & menjaga nama keluarga memang tak boleh. Solat taubat & mohon keampunan dari Allah atas dosa yang lalu.

Baca lagi

benda dah jadi tak boleh nak undur tapi jangan la gugurkan kandungan tu. baby tu tak berdosa & jangan ditambah dosa yang dah dibuat. bagi la dia peluang untuk hidup. insyaAllah ada ramai pasangan kat luar sana sedia ambil sebagai anak angkat. semoga Allah permudahkan urusan awak dan kandungan.

jaga lah dia hingga di lahirkan.dan jaga lah dia membesar menjadi anak yang Soleh dan beriman.kerana kita bagi orng pun dia tetap akan cari kita bila besar nanti. rezeki ada di mna2 sis.lebih baik sis p rumah lelaki tu bawah keluarga berbincang dengan baik2 pasti ada jalan penyelesaian nya.

Jgn percaya kata2 lelaki. Dia xnk nikah tu pn dah nmpak sifat xjujur amanah dia. Kena kuat kn fizikal dan mental.. Tgok je dia bantu smpi mna, selebih bya kena usaha sndiri. Sbb anak tu bukan tngjawab dia.. Klu dia tersedar tu bukan tanggungan dia nt dia lepas tgn. Kuat kn semangat ye

jgn lah digugurkn atau bagi orng,, susah mcm mne pun pertahankn anak tu,akk ipar saya ada 2 orang dan dedua lebih 15tahun menanti zuriat sampai skrng ,allah tk izinkn lgi,,awk bersyukur tau ,pikir positif je,insya allah allah akn permudahkn urusan awk,allah tahu ap yg terbaik buat awk

kalau nk gugurkan. biarlah ada sbb yg kukuh. mcm faktor kesihatan dan lain2 yg berat. mcm kes sis ni. lbih baik jgn.klau tak pun, lpas bersalin bg org. tp pastikn pilih org btul2. ank tu tak berdosa. tp apa2 pun, sy doakn sis kuat demi ank. jgn buat tindakan yg bukn2.

Hi. Saya pun sama situasi mcm awak. Trust me awak jaga je. Dan jangan jadi mcm saya lambat inform family. Terus terang dngn family awak sementara ada masa. Kalau nak serahkan kt family lain. Awak tkkan dpt hak langsung. Hm dan mesti kita akan rasa sayang sgt sgt dkt anak kita