Luar nikah

Maaf nak tanya pendapat yg ada dlm apps ni, skng sy bawa kandungan ank luar nikah 6 minggu , perlu ke sy gugurkan atau jaga seperti biasa hingga bersalin atau selepas bersalin beri pada org? Hati sy berbelah bgi.. bapak kpda budak ni suruh jga tpi dia xnk nikah dgn sy .. dia hanya hulur kan duit dan bantuan shja.. tpi sy takut dia bantu setengah jalan .. sy tkde tempat bergantung.. x tahu nk pergi mana dan apa patut sy buat, sy risau keadaan sy x kuat nak hadap ni.. sy boleh jga tpi emosi sy tkde sape ii fhm , asik menangis sorang ii

30 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Tahniah sebab awak ada kekuatan nak bertanya di sini. 👍 1st, awak bertaubat nasuha dan mohon Allah kurniakan kekuatan buat awak meneruskan kehamilan. Saya cadangkan awak cari pusat penjagaan ibu hamil di sekitar awak. Untuk lelaki yang tidak menghormati awak sbg wanita muslim dan membuat awak hamil luar nikah ni, perlahan2 awak jauh diri daripadanya. Usah berharap padanya. Awak kena kuat hadapi ujian ni. Ramai di luar sana yg menyayangi awak; pusat jagaan ibu hamil luar nikah ni. Awak search je.. Mudahan Allah keluarkan awak drpd masalah. ujian yg awak hadapi ni Allah nak uji samada awak kembali kepada - NYA atau tidak. So, ambil peluang kembali kepada Allah, ajaran Islam. 🤲🌻❣️💐

Baca lagi